Sunday, July 31, 2011

Artik tiada ais menjelang 2030?

KECAIRAN ais di Kutub Utara turut mengancam habitat beruang kutub.
KECAIRAN ais di Kutub Utara turut mengancam habitat beruang kutub.

Cuaca semakin panas di Kutub Utara

COLORADO: Lautan ais di Artik dilaporkan cair pada kelajuan tertinggi pada tahun ini, menunjukkan kenaikan suhu di Kutub Utara semakin meningkat menyebabkan sebahagian besar kawasan Artik diramalkan tiada lagi ais 30 tahun lagi.
Menurut pemantauan satelit Pusat Data Ais dan Salji Kebangsaan Amerika Syarikat (NSIDC), hanya 15 peratus kawasan Artik diselaputi ais baru-baru ini, iaitu seluas 8.5 kilometer persegi, kadar paling rendah berbanding rekod sebelumnya yang dibuat pada 2007.

Selain itu, data terbaru Pusat Sains Pola Universiti Washington menunjukkan ketebalan ais kawasan Artik tahun ini juga adalah yang paling nipis.
Pengarah NSIDC, Mark Serreze, berkata sejak dua minggu lalu laut Artik kehilangan 150,000 kilometer persegi kawasan berais sehari.

?Kadar ais yang menutupi kawasan semakin berkurangan dan pada masa sama semakin menipis. Keadaan cuaca yang sebelum ini mencairkan ais menyebabkannya cair lebih pantas.

?Keadaan boleh berubah tetapi proses itu akan berterusan sehingga tiada lagi ais di Artik menjelang 2030. Kecairan ais akan berterusan,? kata Serreze.
Pemanasan global mencairkan ais Artik sejak 30 tahun lalu pada kadar tiga peratus setiap dekad secara purata. Tetapi dua data baru menunjukkan bahawa Artik yang bebas ais boleh menjadi kenyataan dalam masa 30 tahun, jika ia berterusan.

Ia adalah 40 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan dalam penilaian laporan terakhir Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC).

Lautan ais yang berada pada tahap maksimum pada Mac dan paling rendah dalam September setiap tahun disifatkan ?keadaan yang membimbangkan? bagi perubahan iklim kerana cuaca kutub semakin panas lebih cepat berbanding tempat lain di Bumi.

Berdasarkan NSIDC, suhu udara bagi Jun 2011 adalah antara 1 dan 4 darjah Celsius lebih tinggi kepanasannya berbanding kebanyakan tempat lain di Artik.

Keputusan itu menyokong kajian dalam jurnal sains baru-baru ini yang mengatakan bahawa aliran air dari Atlantik ke laut Artik adalah lebih panas hari ini berbanding 2,000 tahun dan boleh menjadi satu penerangan kepada kecairan lautan ais besar-besaran sekarang yang dipantau.

Simulasi komputer oleh NASA menunjukkan bahawa kecairan ais Laut Artik tidak akan berterusan secara tetap. Berbanding dengan 1950-an, lebih separuh ais Laut Artik sudah hilang.

Pengasas halaman web pemantauan iklim Weather Underground, Jeff Masters, berkata satu sistem tekanan tinggi berpusat di utara Alaska menyebabkan langit cerah dan sinaran matahari mencairkan ais Artik.

?Gabungan tindakan udara mengikut aliran jam di sekitar kawasan tinggi tinggi dan melawan arah jam di seluruh sistem tekanan rendah berhampiran pantai barat Siberia menyebabkan panas, angin selatan ke Artik yang mendesak ais jauh dari pantai Siberia, menggalakkan pencairan,? katanya. ? Agensi


Friday, July 29, 2011

Gua Superman didesak jadi warisan dunia

GUA mirip dalam komik Superman yang terdapat di lombong Naica, Mexico.

LOMBONG NAICA, Mexico - Sebuah gua yang mengandungi gipsum berwarna putih kelihatan mirip gua dalam komik mengenai kisah adi wira, Superman yang ditemui di sini dicadangkan dijadikan warisan dunia, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Gua itu ditemui dua pelombong sepuluh tahun lalu dan dianggap fenomena ajaib di dunia.
"Ia salah sebuah daripada keajaiban dunia," kata seorang ahli geologi dari Institut Andaluz de Las Ciencias de la Tierra, Juanma Garcia Ruiz yang mengkaji lombong berkenaan.
"Gua itu merupakan sesuatu yang mengagumkan dan masih terdapat orang di Mexico yang tidak mengetahui betapa pentingnya ia dipelihara sebaik mungkin," tambahnya.
Pembentukan batang-batang umpama kristal itu yang terletak 290 meter di bawah permukaan Bumi terjadi apabila air yang amat panas menjadi sejuk dan tepu bersama gipsum.
Ia umpama gua yang terdapat dalam komik Superman yang dikenali sebagai Fortress of Solitude. - Agensi


Tuesday, July 26, 2011

Proton Saga FLX dengan CVT dan ABS


Proton SAGA telah melancarkan generasi baru yang diberi nama Saga Flx (yg diupgrade dari Saga Fl)Saga Flx kali ni dilengkapi dengan  Anti- lock Braking system (ABS), pengagihan tenaga Break elektronik (EBD) dan beg udara berkembar( bagi penumpang dan pemandu). Apa yang istimewa tentang Saga Flx ni, sudah semestinya lebih baik dari Saga Fl, kini tampil dengan sentuhan teknologi baru dan terkini iaitu CVT. Apa CVT ni, ye ia singkatan bagi Continuously variable transmission, memberi pemanduan yang lebih lancar dan cekap serta menjimatkan.


Jimat minyak
Saga Flx dilengkapi enjin 1.3 lietr CamPro IAFM 4-silinder DOHC yang menghasilkan kuasa kuda 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum yg dipertingkatkan berbanding Saga Fl yang terdahulu. Tahap penjimatan minyak pulak dianggarkan sebanyak 4 % untuk pemanduan biasa (di bandar2) dan 10 % untuk pemanduan di lebuh raya. Didatangkan dalam dua varian Standard dan Executive. Perbezaan Saga Fl dgn Flx ialah tahap penggunaan petrol Saga Flx bagi 100km lebih cekap dgn manual 5 kelajuan berbanding 6.0 liter Saga Fl sebelumnya, dan 6 liter penggunaan kotak gear CVT 6 kelajuan automatik lebih cekap berbanding 6.3 liter Saga Fl (dgn auto 4AT.)
Pendek kata, Saga FLX memberikan anda pemanduan yang licin. Gear tansition  “stepless” memperbaiki pemanduan dan responsif kereta, peralihan yang lancar kereta antara gear membantu kereta melaksanakan dengan lebih cekap, menjimatkan bahan api.

ABS, CVT dan EBD
Untuk Saga Flx Executive, ia dilengkapi ABS, CVT dan EDB dan jugak beg udara keselamatan berkembar bagi penumpang di hadapan dan pemandu. Tapi bagi Saga flx STANDARD ketiga tiga ciri keselamtan tu tidak dilengkapi, harap maklum. Secara amnya ciri ciri standard Saga Flx tidak jauh beza dengan Saga Fl terdahulu.
Interior: warna trim lebih gelap berbanding yang lama dan sedikit perubahan pada meter console.



Warna Saga Flx
.
Saga Flx boleh didapati dengan warna Elegant Brown (coklat elegant) yang lebih menyerlah. Warna lain ialah  Solid White, Tranquility Black, Genetic Silver dan Blue Rock.
Harga Saga Flx 1.3 masih berpatutan dan kekal rendah walaupun diperkenalkan dgn CVT, anda hanya tambah RM600 dan 1,700. HArga bermula dari RM41,598.00 (CVT Standard) dan RM44,998.00 (CVT Executive). Bagi versi  manual Standard ianya berharga RM38,598.00, manakala versi  manual Executive berharga RM42,398.00.
Tempahan untuk model Saga Flx boleh dibuat di semua bilik pameran Proton Edar Sdn Bhd dan Edaram Otomobil Nasional Berhad (EON) di seluruh negara. Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang Saga Flx , gallery dan spesifikasi, warna dan info lebih lanjut di www.epicsaga.com.my 




Saturday, July 23, 2011

Kotak rokok imej lebih ngeri


ANTARA imej penyakit kronik pada kotak rokok ketika ini.

PUTRAJAYA - Semua enam imej penyakit kronik pada kotak rokok sedia ada akan digantikan kepada yang baharu dan lebih ngeri mulai Januari tahun depan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abd. Rahman berkata, ia bertujuan mengingatkan kira-kira tiga juta perokok di negara ini terhadap bahaya tabiat merokok dengan lebih berkesan.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai imej baharu yang bakal diperkenalkan itu.
Imej penyakit kronik pada kotak rokok ketika ini ialah kelahiran bayi pramatang, kanser paru-paru, kanser mulut, kanser leher, gangren dan keguguran janin.
"Kami belum memutuskan imej yang bakal digunakan tetapi ia tetap diganti setiap dua tahun sekali sebagaimana perancangan asal,'' katanya pada sidang akhbar selepas hadir ke Seminar Pendidikan Fatwa-Merokok Adalah Haram di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.
Kerajaan memperkenalkan imej penyakit kronik akibat merokok yang meliputi 40 peratus di bahagian depan dan 60 peratus di bahagian belakang berkuat kuasa 1 Jun 2009.


Kotak rokok imej lebih ngeri

ANTARA imej penyakit kronik pada kotak rokok ketika ini.

PUTRAJAYA - Semua enam imej penyakit kronik pada kotak rokok sedia ada akan digantikan kepada yang baharu dan lebih ngeri mulai Januari tahun depan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abd. Rahman berkata, ia bertujuan mengingatkan kira-kira tiga juta perokok di negara ini terhadap bahaya tabiat merokok dengan lebih berkesan.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai imej baharu yang bakal diperkenalkan itu.
Imej penyakit kronik pada kotak rokok ketika ini ialah kelahiran bayi pramatang, kanser paru-paru, kanser mulut, kanser leher, gangren dan keguguran janin.
"Kami belum memutuskan imej yang bakal digunakan tetapi ia tetap diganti setiap dua tahun sekali sebagaimana perancangan asal,'' katanya pada sidang akhbar selepas hadir ke Seminar Pendidikan Fatwa-Merokok Adalah Haram di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.
Kerajaan memperkenalkan imej penyakit kronik akibat merokok yang meliputi 40 peratus di bahagian depan dan 60 peratus di bahagian belakang berkuat kuasa 1 Jun 2009.


Friday, July 22, 2011

Gali tanah untuk selamatkan kuda

SEEKOR kuda ditarik keluar dari lubang yang telah digali di sebuah rumah di daerah Elbert, Denver, Amerika Syarikat pada Isnin lalu.

DENVER, Amerika Syarikat - Sebuah lubang digali di dinding bawah tanah sebuah rumah di daerah Elbert, Colorado untuk menyelamatkan seekor kuda yang terperangkap di dalamnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Beberapa pekerja pembinaan dan jabatan bomba mengambil masa selama empat jam untuk membawa keluar haiwan itu pada Isnin lalu.
Lubang itu digali dengan menggunakan sebuah jentolak bagi membolehkan haiwan tersebut keluar menerusi sebuah tingkap.
Kuda itu terperangkap selepas ia terjatuh dari sebuah lubang yang menyambungkan ke tingkat bawah tanah tersebut.
Seorang doktor haiwan dipanggil untuk memberi ubat pelali ke atas kuda tersebut selepas ia didapati mengalami luka kecil akibat terjatuh. - Agensi


Thursday, July 21, 2011

Ujibakat Make The Pitch Ganjaran Setengah Juta



SETENGAH JUTA MENJADI REBUTAN!
Jayakan idea perniagaanmu dalam program realiti ntv7 terkini

Pelbagai idea dihasilkan setiap hari tetapi berapa banyak idea yang boleh membuahkan setengah juta ringgit sebagai ganjaran bagi idea yang telah dihasilkan? Terkini Saluran Ceria Anda bukan sahaja menyediakan sebuah landasan bagi para usahawan membentangkan idea perniagaan mereka melalui program realiti ntv7 – Make The Pitch – tetapi juga turut diberi ganjaran pembiayaan bernilai sehingga RM500,000 kepada pemenangnya.

Make The Pitch merupakan sebuah kerjasama antara stesen televisyen ntv7 dan MyEG. Ia dibuka kepada individu yang berumur 18 tahun dan ke atas yang mempunyai syarikat berdaftar di atas nama mereka. Persatuan yang berdaftar atau pertubuhan NGO yang mempunyai idea yang inovatif juga dialu-alukan. Organisasi tersebut hendaklah diwakili oleh seseorang yang mempunyai kewibawaan yang tinggi serta mampu membuat perubahan terhadap organisasi itu.

Program ini yang dijadualkan bersiaran pada 12 Oktober, setiap hari Rabu pada jam 8.30 malam telah dibuka untuk sesi uji bakat. Lokasi pertamanya juga telah dimulakan pada hari Ahad yang lalu di Cititel Hotel, Pulau Pinang. Maklumat lokasi ujibakat seterusnya adalah seperti berikut:

Ahad (24 Julai) – Persada Johor International Convention Centre, Johor Baru
Sabtu & Ahad (30 & 31 Julai) – Sri Pentas, Bandar Utama

Selain itu, sesiapa yang berminat untik menyertai rancangan ini juga boleh menghantar penyertaan mereka di laman web rasmi Make The Pitch di www.myeg.com.my/makethepitch. Penyertaan dibuka mulai 1 Julai 2011 hingga 27 Julai 2011. Pemohon dalam talian yang disenarai pendek akan dihubungi melalui telefon untuk menghadiri satu lagi sesi ujian.

Peserta yang telah disenarai pendek semasa uji bakat akan dijemput ke sesi rakaman di mana mereka dikehendaki menyampaikan idea mereka kepada barisan panel yang merupakan pelabur yang berpotensi membiayai mereka. Peserta yang berjaya dalam pusingan ini akan diberi tugasan pemasaran dan wang modal untuk menghasilkan sebuah kempen bagi mempromosikan idea mereka kepada orang ramai. Peserta yang berjaya akan menerima sejumlah wang pelaburan yang dimohon dan diberi butiran senarai pelabur yang berpotensi untuk tindakan susulan selepas program tersebut berakhir.

Sekumpulan pelabur yang komited untuk membantu usahawan baru merealisasikan idea-idea inovatif mereka telah pun dikenal pasti dan mereka akan melaburkan wang mereka sendiri ke dalam syarikat usahawan tersebut.

Bagi mereka yang mempunyai idea perniagaan yang hebat tetapi tidak mempunyai modal, pastikan anda hadir ke sesi uji bakat yang akan datang pada 24, 30, dan 31 Julai yang merupakan peluang emas buat sepanjang hidup anda! Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat-syarat, sila layari laman web rasmi Make The Pitch di www.myeg.com.my/makethepitch.



Saturday, July 16, 2011

Ibu gemuk peroleh AS$90,000 setahun


NEW JERSEY, Amerika Syarikat - Seorang wanita yang mahu menjadi ibu yang paling gemuk di dunia, Donna Simpson memperoleh pendapatan sebanyak AS$90,000 (RM269,910) setahun daripada para peminat yang membuat bayaran di online untuk menyaksikan dia makan, lapor sebuah akhbar semalam.
Ibu itu, Donna Simpson, 44, yamg mempunyai dua anak kini memiliki berat 317.51 kilogram (kg) dan dia perlu menambah berat badan untuk menjadikan ibu paling gemuk di dunia. Donna perlu menambah berat badan sehingga 457.22kg untuk menjadi ibu paling berat di dunia.
Keuntungan daripada laman online yang menyiarkan imej dia makan membolehkannya menyimpan wang untuk membeli makanan yang dianggarkan AS$805.35 (RM2,415.24) seminggu.
Para peminatnya menyaksikan dia makan burger, piza, kek, kentang goreng, daging dan minuman berkarbonat di laman webnya dengan kadar bayaran AS$20 (RM60.14) untuk tempoh 30 hari.
Donna yang menghidap diabetes, jantung dan tekanan darah tinggi kini menaiki skuter khas untuk bergerak selain memakai pakaian saiz XXXXXXXL. - Agensi

Ubah suai Ford jadi Bugatti Veyron

KERETA Ford Cougar yang diubah suai menjadi Bugatti Veyron.
(gambar kecil) KERETA Ford Cougar.

MIAMI - Seorang peminat kereta, Mike Duke mengubah suai kereta Ford Cougar miliknya yang berharga AS$1,600 (RM4,812) menjadi kereta sport Bugatti Veyron, lapor sebuah akhbar semalam. Dia menghabiskan masa selama sembilan bulan untuk mengubah suai kereta itu.
Duke kini menjual kereta seperti Bugatti Veyron itu pada harga AS$89,000 (RM267,667.49). Harga sebenar kereta Bugatti Veyron ialah AS$1.6 juta (RM4.81 juta).
Namun, kereta Ford yang diubah suai menjadi Bugatti Veyron itu menggunakan enjin 2.5 liter V6. Bugatti Veyron menggunakan enjin lapan liter yang boleh memecut sehingga 407.16 kilometer sejam. - Agensi



Thursday, July 14, 2011

pix_middle

TOKYO: ‘Tali leher Nemuri’ yang bermakna ‘Tali Leher Tidur’ dalam bahasa Jepun adalah peralatan unik yang membolehkan pekerja yang keletihan tidur dalam keadaan selesa dan bergaya di meja mereka.
Ia kelihatan seperti tali leher biasa tetapi mempunyai lubang udara kecil yang tersembunyi di belakangnya. Ia akan menggelembung seperti bantal apabila ditiup.


Tali leher itu diperbuat daripada sutera dan mempunyai fiber mikro khas yang akan membantu menyejukkan kulit ketika cuaca panas, menurut akhbar Asahi.
Tali Leher Tidur itu, yang dicipta oleh KTM Co, mensasarkan pekerja pejabat yang suka tidur sekejap di meja mereka dan buat masa ini ia dijual dengan harga 2,500 yen (RM100).


Jepun terkenal dengan budaya korporat yang menyaksikan rakyatnya bekerja untuk tempoh masa yang panjang dan satu daripada segelintir tempat di dunia di mana perkataan ‘mati akibat terlalu kuat bekerja’ dicipta. - Agensi

Monday, July 11, 2011

Tidak pernah minum kopi

Saad (tengah) diraikan sanak saudara di rumahnya di Kampung Paya Guring, Pauh, Arau, Perlis semalam.

ARAU - Seorang warga emas di sini yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 bukan sahaja masih kuat bekerja malah mampu berjalan kaki sejauh lima kilometer sehari mengalahkan orang muda.
Saad Jasin memiliki rahsia tersendiri untuk kekal sihat walaupun usia sudah lanjut iaitu dia tidak mengambil makanan bergoreng dan tidak minum kopi.
Kelmarin insan istimewa itu diraikan oleh anggota keluarganya seramai 76 orang di rumahnya di Kampung Paya Guring dekat sini.
Majlis berlangsung cukup meriah termasuk acara memotong kek dan pulut kuning oleh insan berkenaan.
"Saya tidak pernah makan makanan bergoreng dan minum kopi kerana ia melemahkan anggota badan dan tulang.
"Saya hanya makan nasi berlauk dan minum air kosong dan teh sahaja setiap hari.
"Bagi mengelak badan jadi bongkok, saya bangun pagi dengan duduk perlahan-lahan sebelum berjalan.
"Elak bangun dengan keadaan tergesa-gesa yang boleh mengejutkan tulang kita," katanya pada pemberita di sini semalam.


Fesyen guna model terlalu kurus dikritik

SEORANG wanita terlalu kurus digunakan sebagai model dalam laman web jenama pakaian Topshop.com.

LOS ANGELES - Jenama fesyen Topshop dikecam apabila ia menggunakan seorang model wanita yang mempunyai bentuk badan terlalu kurus di laman webnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Wajah model muda yang kelihatan pucat itu memakai pakaian bersaiz kecil.
Imej yang dipaparkan menimbulkan bantahan dalam kalangan penghidap anoreksia.
Salah seorang ahli sebuah persatuan kebajikan anoreksia, Halen Davies memberitahu: "Gadis-gadis yang melihat gambar model berbadan kurus ini menyatakan dia cantik tetapi sebenarnya tidak. Imej itu bukan yang kita mahu lihat di dalam majalah dan internet.
"Topshop perlu bertanggungjawab dan perlu menggunakan model yang sihat," jelasnya. - Agensi



Thursday, July 7, 2011

Facebook lancar panggilan video

MARK ZUCKERBERG (kiri) melihat perbualan video Facebook di ibu pejabat 
parti itu di Palo Alto, California kelmarin.

NEW YORK Amerika Syarikat (AS) - Pihak pengurusan Facebook kelmarin mengumumkan 750 juta penggunanya kini boleh menggunakan laman jaringan sosial berkenaan untuk membuat panggilan video.
Ciri terbaru itu menggunakan perkhidmatan telefon Internet, Skype.
Facebook juga mengubah susun atur aplikasi laman sembang itu supaya ia lebih mesra pengguna.
Bagi membuat panggilan video, para pengguna Facebook yang menggunakan komputer dilengkapi kamera web, perlu terlebih dahulu memilih rakan sembang mereka.
Selepas satu tetingkap sembang akan tertera pada skrin, para pengguna perlu mengklik ikon video kecil berwarna biru untuk menggunakan aplikasi berkenaan.
Kemunculan produk terbaru itu seiring dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, 27, yang menjanjikan beberapa pelancaran baharu untuk tahun ini. - Agensi




Wednesday, July 6, 2011

Peminat hiasi kereta dengan lambang Man City

MIKE RADCLIFFE (kiri) dan Shaun Donohoe dengan kereta mereka yang dihiasi dengan lambang kelab Manchester City.

MANCHESTER - Dua peminat kelab bola sepak Manchester City (Man City) menghiasi sebuah kereta Chevrolet yang dibeli di Amerika Syarikat (AS) dengan logo dan wajah bintang kelab tersebut.
Mike Radcliffe dan Shaun Donohoe membeli kereta buatan 1975 itu pada harga £15,000 (RM72,262) di Carolina, AS dan membayar sebanyak £5,000 (RM24,087) untuk kos penghantaran ke Britain.
Kos menghiasi kereta itu dengan gambar pemilik kelab tersebut, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan dan wajah beberapa pemain di badan kereta selain kerusi dan bonet dihiasi lambang kelab berkenaan ialah £50,000 (RM240,874). - Agensi


Kereta Bugatti Veyron Edisi Khas berharga RM6.73 juta

PORSELIN digunakan sebagai material utama untuk kemasan dalaman dan luaran Bugatti Veyron ini.

BERLIN - Pengeluar kereta supersport mewah, Bugatti baru-baru ini memperkenalkan model Veyron terbarunya yang menggunakan kemasan porselin dan dijual pada harga AS$2.24 juta (RM6.73 juta) seunit.
Kereta yang turut dikenali sebagai Grand Sport L'Or Blanc tersebut dilancarkan di luar kilang porselin milik syarikat Koenigliche-Porzellan-Manufaktur (KPM) di Berlin, Jerman. Ia dihasilkan sebagai meraikan permulaan kerjasama antara KPM dan Bugatti.
Menjadi kereta pertama yang menggunakan material porselin pada bahagian dalaman dan luarannya, hanya sebuah Veyron sebegini dihasilkan.
Bugatti Veyron dengan spesifikasi biasa dijual pada harga AS$1.6 juta (RM4.81 juta) seunit. Ia dilengkapi dengan sebuah enjin V8 dan mampu mencecah kelajuan sehingga 407 kilometer sejam (km/j).
Pemilik KPM, Jorg Woltman memberitahu idea untuk bekerjasama dengan Bugatti sebenarnya diinspirasikan oleh Rembrandt Bugatti yang merupakan seorang pembuat arca terkenal. "Sekarang, kami telah menghasilkan porselin paling laju di dunia," kata Woltman. - Agensi




Tuesday, July 5, 2011

Cermin mata bionik untuk si buta


LONDON - Sekumpulan penyelidik di Universiti Oxford, London sedang mencipta cermin mata bionik yang menggunakan kamera kecil dan komputer poket bagi kegunaan orang buta.
Cermin mata itu akan memudahkan orang buta untuk mencari arah di pusat beli-belah, stesen kereta api yang sibuk serta membolehkan mereka 'membaca'nombor bas dan tanda harga elektronik di kaunter bayaran.
"Kami berpuas hati dengan ciptaan ini. Dengan kos berpatutan, orang ramai boleh menggunakannya," kata penyelidik sains neuro klinikal, Dr. Stephen Hicks.
Penyelidikan awal mengenai kaca mata itu telah selesai dan pasukannya sedang menyediakan prototaipnya.
Kombinasi cermin mata yang ringan dan murah itu akan berada di pasaran seawal tahun 2014, sekiranya ujian yang dilakukan berjaya. Ia dikatakan sesuai digunakan oleh lebih 300,000 warga Britain yang dilaporkan buta. - Agensi




Monday, July 4, 2011

Pemandu van ‘tergantung’

VAN yang dipandu Lyons terbabas di tepi gaung di Colorado National Monumen, Colorado.

DENVER - Seorang lelaki, Daniel Lyons mengalami pengalaman paling menakutkan apabila van yang dipandunya terbabas di tebing sebuah gaung selepas terlibat dalam satu kemalangan .
Lyons terpaksa bertungkus-lumus cuba mengimbangi berat van itu bagi mengelakkan ia terjatuh dari ketinggian 52 meter sementara menunggu pasukan penyelamat di Colorado National Monumen tiba.
Seorang saksi, Joan Anzelmo berkata, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan lelaki itu dari van sebelum dia dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan ringan.
"Ia satu keajaiban. Sekiranya van itu gagal diimbangkan ia akan terjatuh ke dalam gaung," katanya. - Agensi


Sunday, July 3, 2011

Jual permainan Transformers demi kekasih

SHANE FENTON bersama koleksi permainan Transformers yang disimpan di dalam bilik tidur utama di rumahnya di Boddam, Scotland

BODDAM, Scotland - Seorang pengajar teknikal sebuah syarikat marin, Shane Fenton terpaksa menjual koleksi permainanTransformers miliknya yang bernilai £200,000 (RM967,815) atas permintaan kekasihnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Fenton yang berusia 32 tahun membuat keputusan untuk menjual koleksi permainan itu yang dikumpulnya sejak kanak-kanak bagi membayar hutang rumahnya di sini.
Koleksi permainan itu melibatkan lebih 1,000 model patungTransformers itu yang disimpan di bilik tidur utama rumah mereka.
"Benar, saya dapat membayar hutang rumah jika saya menjual permainan itu," kata Fenton.
Menurutnya, kekasihnya itu mahu memulakan hidup berkeluarga dan mempunyai anak menyebabkan koleksi permainan tersebut yang disimpan di dalam bilik tidur utama itu perlu dijual bagi membolehkan mereka menggunakan bilik berkenaan.
Selama ini, bilik tidur itu tidak boleh digunakan kerana ia hanya menyimpan alat permainan berkenaan.
"Saya memberitahu Fenton bahawa dia bukannya kanak-kanak lagi. Dia akan berusia 33 tahun pada tahun depan," kata kekasihnya itu yang enggan namanya didedahkan.
Pasangan tersebut kini sibuk membuat senarai alat permainan itu yang akan dijual. -


Kecilkan payu dara kerana bosan diraba

GEMMA WESTMORELAND selepas menjalani pembedahan mengecilkan payu dara.

BARNSLEY - Seorang wanita di Britain, Gemma Westmoreland menjalani pembedahan untuk mengecilkan payu dara besarnya bersaiz 34J kerana bosan diraba oleh lelaki dan wanita nakal, lapor sebuah akhbar semalam. Wanita berusia 26 tahun setinggi 1.5 meter itu berkata, dia bukan sahaja menjadi tumpuan ketika berada di tempat awam malah, ada lelaki dan wanita meraba dadanya kerana menyangka payu daranya tidak asli.
"Orang ramai menyangka hanya kerana payu dara saya amat besar, mereka bebas untuk merabanya," tambah wanita itu Selepas menjalani pembedahan mengecilkan payu dara selama tiga jam di sebuah hospital kerajaan di sini beberapa bulan lalu, saiz payu dara Westmoreland kini berkurangan separuh daripada saiz asalnya. "Pakar-pakar bedah saya hebat, saya lega kerana menjalani pembedahan ini," ujarnya. - Agensi



Saturday, July 2, 2011

Kejutan Zuckerberg minggu depan

KOMPUTER tablet iPad keluaran syarikat Apple.

SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa laman jaringan sosial terbesar di dunia itu akan melancarkan 'sesuatu yang hebat' pada minggu depan.
Sebuah akhbar semalam melaporkan komen Zuckerberg pada Rabu lepas itu mencetuskan spekulasi bahawa Facebook memperkenalkan aplikasi terbaharu untuk kegunaan telefon bimbit atau komputer tablet seperti iPad.
iPad kini menjadi popular dan dikeluarkan syarikat Apple.
Tanpa mengulas lanjut, Zuckerberg dalam satu sidang media di pejabatnya di sini memberitahu, produk terbarunya akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Facebook memiliki lebih 500 juta pengguna sejak ia dilancarkan pada Februari 2004.
Laman sosial berkenaan merupakan pesaing utama gergasi Internet seperti Google dan Yahoo untuk merebut pelanggan dan iklan. - Agensi


Friday, July 1, 2011

Pegawai bank letak jawatan untuk jadi bomoh


CAPE TOWN – Seorang pegawai bank Britain, Thomas Heathfield (gambar) sanggup meletakkan jawatan untuk menjadi seorang bomoh selepas dia menjalani latihan tiga bulan bersama beberapa pakar di sebuah desa di pedalaman Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Heathfield, 32, menari tarian tradisi suku kaum tempatan setiap malam pada pukul 2.30 pagi dan memuntahkan darah kambing untuk lulus latihan perbomohan tersebut.
Dia juga perlu tidur di dalam semak, memakai jubah tradisional dan memburu bahagian badan haiwan yang disembunyikan penduduk tempatan.
Setelah menamatkan ujiannya, Heathfield diiktiraf sebagai bomoh atau sangoma di Afrika Selatan dan dia turut diberi nama tempatan, Gogo Mndawe dalam satu upacara pada minggu ini.
“Sukar untuk saya mempercayainya tetapi saya akhirnya selesai menjalani latihan ini,” kata Heathfield.
Ibu bapanya yang tinggal di Berkshire, England turut menghadiri upacara tersebut.
Menurut lelaki itu, dia rela melalui proses sukar untuk menjadi bomoh kerana mahu mengubah nasib malangnya sejak sedekad lalu termasuk ditinggalkan oleh beberapa teman wanitanya. – Agensi


Mati dipatuk ular senduk peliharaan

GAMBAR fail menunjukkan Luke Yeomans mencium kepala seekor ular senduk.

EASTWOOD, Britain - Seorang lelaki yang memelihara 24 ekor ular senduk di belakang rumahnya di sini mati dipatuk seekor haiwan peliharaannya itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu, Luke Yeomans, 47, pernah menyatakan dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa dia tidak akan mati dipatuk ular peliharaannya.
Dia mati diserang sakit jantung selepas dipatuk ular kelmarin manakala mayatnya ditemui polis berada di kawasan tempat dia menyimpan ular tersebut di belakang rumahnya.
Lelaki itu mempunyai pengalaman mengendalikan ular senduk selama 30 tahun.
Kawasan belakang rumahnya itu dianggap sebagai taman perlindungan haiwan ular senduk yang pertama di dunia.
Seorang penduduk tempatan berkata: "Kejadian itu amat mengejutkan. Setiap orang mengetahui bahawa Luke menyimpan ular namun dia amat berpengalaman dan kami tidak menyangka kejadian ini akan berlaku." - Agensi