Monday, February 27, 2012

API MISTERI BAKAR PELUKIS KARTUN HINA NABI MUHAMMAD!!!

 
 gambar di dakwa kartunis tersebut namun kesahihannya x dpt di pastikan

 

 bilik pelukis laknat.. yg di dakwa tempat di mana ia mati terbakar….wallahualaam…

DALAM laporan siasatan sebuah akhbar  yang diterbitkan dari Arab Saudi, telah mendakwa bahawa Kurt Westergaard, kartunis Denmark yang menggemparkan dunia Islam kerana menghina Nabi Muhammad SAW dalam karikaturnya, telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran.

Pihak berkuasa Denmark telah cuba sedaya upaya  untuk menyembunyikan kematiannya yang telah membuatkan seluruh umat Islam seluruh dunia marah  dengan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. Rentetan dari itu kartunis ini telah menerima ancaman dari  seluruh dunia yang marah kerana penerbitan yang berulang-ulang di akhbar Eropah.

Pada Februari 2008, tiga warga Arab telah ditangkap kerana tuduhan penglibatan mereka dalam yang merancang kematian Kurt. Seorang lelaki Somalia telah juga cuba menikam beliau  tetapi polis berjaya  menyelamatkan beliau.

Laporan siasatan berkata, kejadian itu berlaku di mana Westergaard telah terbakar serius dan mati di tempat kejadian dan kejadian berlaku dalam biliknya, anehnya, bilik itu telah di kawal ketat tanpa sesiapa pun boleh masuk…. bagaimana dia boleh terbakar? takkan pengawal di luar rumah x perasan?? misteri kematiannya x terungkai dan yang paling penting ia di rahsiakan dari pengetahuan umum.

Laporan itu juga mendakwa bahawa beberapa saksi-saksi juga bersedia untuk memberi keterangan tentang apa yang berlaku. Pihak berkuasa Denmark  setakat ini tidak dapat mencari sebarang punca mengenai  api tersebut, sambil menganggap ini adalah konspirasi dari luar yang ingin membunuh kartunis tersebut.

Menurut BBC, sebanyak dua belas orang yang terlibat dalam penerbitan karikatur menghina Nabi Muhammad, tetapi semua mereka, kecuali Kurt, telah memilih untuk bersembunyi untuk melarikan diri dari kemarahan awam selepas umat Islam di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam perhimpunan bantahan yang dihadiri oleh berjuta-juta orang. Orang2 di Malaysia juga telah menyertai saudara-saudara mereka seperti orang-orang di Indonesia, Bangladesh, India dan banyak negara-negara Arab untuk menyatakan bantahan terhadap konspirasi untuk memburuk-burukkan Agama Islam .

Yang membuatkan lagi ramai umat Islam kesal ialah beliau tidak menyesal dengan apa yg di lakukan.

Akhbar Saudi berkata kematian Kurt menunjukkan betapa kekuasaan  Allah SWT,  walaupun di kawal ketat dan di tempatkan di dalam bilik yg selamat, tiada dapat menyelamatkan dia dari balasan dan azab dari Allah Taala.



sumber




Sunday, February 26, 2012

Lihat hantu pocong luar rumah

 


MARANG – Sebelum ini, keluarga Mazlan Ali, 56, di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan di sini menggemparkan penduduk selepas mereka mendakwa diganggu makhluk halus yang rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Kini, selepas hampir dua bulan cerita itu senyap daripada bualan umum, keluarga Mazlan mengalami satu lagi kejadian aneh.

Anaknya, Masliana, 32, mendakwa, dia mampu melihat makhluk halus dan mengesan penyakit pada badan seseorang yang berpunca daripada gangguan atau kehadiran makhluk halus.

Anak kedua Mazlan itu berkata, walaupun mereka sekeluarga bersyukur apabila tidak lagi diganggu, malah tiada lagi tangisan anak kecil di tengah malam, namun dia pula mengalami kejadian pelik selepas gangguan itu.

Perkara itu disedari Masliana yang juga ibu tunggal empat anak kira-kira seminggu lalu selepas dia pergi melawat seorang rakannya yang jatuh sakit, dikenali sebagai Kak Nor di Kampung Mak Kemas, Bukit Payong.

Kata Masliana, dia ke rumah Kak Nor selepas mendapat tahu rakannya itu mengalami masalah mulut kejang dan sering jatuh sakit belakangan ini.


Rasa ada orang lain dalam tubuh sendiri

“SEBAIK tiba di rumahnya, hati saya berdebar-debar. Malah, apabila berada di sisinya badan saya terasa seram sejuk dan menggeletar.

“Ketika saya menyentuh kakinya pula, saya terus menangis, secara spontan saya memberitahu bahawa dia terkena buatan orang,” katanya.

Masliana berkata, tingkah lakunya juga agak pelik dan ia seolah-olah di luar kawalan.

“Saya rasa seperti ada orang lain dalam tubuh saya.

“Paling mengejutkan, pada malam hari sama saya lihat lembaga berbungkus di luar rumah,” katanya.

Masliana berkata demi-kian ketika ditemui Sinar Harian pada majlis kenduri doa selamat dan aqiqah anak saudaranya, Nurul Badriah Mohd Syawal, empat bulan.

Majlis diadakan di rumah adiknya, Mohd Syawal, 23, selepas solat Jumaat, di sini, petang kelmarin.


Anggap ujian ALLAH SWT

MENGULAS lanjut mengenai lembaga misteri berbungkus dilihatnya itu, Masliana berkata, kelibat makhluk misteri yang dipercayai mengikutnya dari Kampung Mak Kemas itu akhirnya menghilangkan diri dalam kepekatan malam.

Makhluk dikatakan Masliana hantu pocong itu juga tidak lagi kelihatan sehingga kini.

Justeru, Masliana me-nggagap ia hanya ujian ALLAH SWT, termasuk kelebihan baru pada dirinya iaitu dapat mengesan kehadi-ran makhluk halus pada tubuh badan seseorang.

“Mungkin makhluk halus itu menunjukkan dirinya sebagai amaran agar saya tidak membantu dan memberitahu keadaan sebenar Kak Nor.

“Mungkin juga ini semua berlaku secara kebetulan kerana gangguan tidak lagi berlaku selepas hantu Kak Limah ditangkap,” katanya enggan mengulas kelebihannya yang mampu mengesan penyakit berpunca daripada gangguan makhluk halus itu.

Katanya, dia juga me-nganggap kelebihan itu kesan daripada pengalaman dilalui sepanjang tempoh diganggu hantu Kak Limah sebelum ini.


Tidak lagi diganggu

NOVEMBER lalu, keluarga ini hidup dalam keadaan tertekan selepas diganggu lembaga wanita misteri berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik.

Namun, gangguan itu berakhir selepas pengamal perubatan dari Selangor datang menawarkan khidmatnya untuk menangkap jin yang dikatakan mengganggu keluarga terbabit.

Kini, menurut Masliana, misteri hantu Kak Limah tidak lagi mengganggu keluarganya, malah anak kecil yang tinggal di kawasan rumah keluarganya tidak lagi menangis pada waktu malam seperti yang berlaku sepanjang November hingga Disember tahun lalu.

“Ia termasuk makhluk berbungkus yang saya lihat lebih kurang seminggu lalu itu.

“Makhluk itu juga tidak lagi muncul dan saya anggap semua itu sebagai ujian Tuhan terhadap saya dan berharap keadaan itu tidak berpanja-ngan,” katanya.


Syukur semuanya berakhir

BAPANYA, Mazlan juga masih tinggal bersama lima daripada lapan anaknya di kawasan seluas kurang satu hektar.

Mereka sekeluarga tinggal berasingan bersama keluarga masing-masing di lima rumah di atas tanah milik ketua keluarga itu.

Sementara itu, adik Masliana, Mohd Syawal ketika ditemui, mengucapkan terima kasih di atas segala pertolongan semua pihak dalam mengatasi masalah gangguan hantu Kak Limah sebelum ini dan berharap keadaan aman itu terus kekal.

“Kini, keluarga termasuk bapa kami (Mazlan) bersyukur apabila semuanya sudah berakhir,” katanya.