Tuesday, July 16, 2013

Kemaluan dipatuk ular

Foto
GAMBAR hiasan.




Tel Aviv: Seekor ular dilaporkan muncul dan mematuk kemaluan seorang lelaki ketika dia duduk dalam sebuah tandas, kata paramedik di Israel semalam.

Bagaimanapun lelaki terbabit bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia mampu berjenaka mengenai insiden itu.


Lelaki berusia 35 tahun dari utara Israel itu berkata, dia menyedari ada seekor ular menyerang selepas kemaluannya berasa panas seperti terbakar.

“Apabila saya melihat ke bawah, saya nampak seekor ular di dalam mangkuk tandas,” katanya.


Sementara itu anggota paramedik di Pusat Perubatan Rambam di Haifa berkata, mangsa masih bersemangat walaupun mengaku terkejut dengan kejadian itu.


“Walaupun ular itu tidak berbisa, patukannya meninggalkan parut pada kemaluan mangsa,” katanya.


Menurut paramedik itu, pengalaman merawat mangsa patukan ular di kemaluan lelaki adalah yang pertama untuknya. “Dia bernasib baik kerana semua ujian tidak menunjukkan ada ancaman kesihatan dialami mangsa,” katanya. - Agensi



Friday, July 12, 2013

Gigit puting, bayi ditikam ibu 90 kali

Gigit puting, bayi ditikam ibu 90 kali

GARA-gara menggigit puting ibunya ketika menghisap susu, seorang bayi di China yang baru berusia lapan bulan ditikam sebanyak 90 kali menggunakan gunting.

Xiao Bao ditemui bapa saudaranya dalam keadaan berlumuran darah lalu bayi malang itu dikejarkan ke hospital.

Dipetik dari Dailymail,  nyawa Xiao Bao terselamat dan doktor yang merawatnya terpaksa menjahit hampir sebahagian besar wajahnya dengan 100 jahitan.

Si ibu kemudiannya mengakui telah mencucuk bayinya itu.

Jiran-jiran yang mengetahui perkara tersebut meminta kepada pihak berkuasa tempatan agar mengambil Xia Bao dari penjagaan ibu kandungnya itu.

Namun pihak berkuasa tidak dapat mencampuri kes tersebut kerana bayi itu sudah memiliki dua orang bapa saudara.

Mereka juga mengatakan tidak menemukan sebarang tanda yang menunjukkan ibu kandung Xiao Bao mengalami ganguan jiwa.

Saturday, July 6, 2013

Datuk 92 nikahi gadis 22 tahun

Datuk 92 nikahi gadis 22 tahun




SAMMARA - IRAQ. Seorang datuk berusia 92 tahun menikahi seorang gadis berusia 22 tahun, Khamis lalu.

Musali Mohammed al-Mujamaie dan isterinya, Muna Mukhlof al-Juburi berbeza umur 70 tahun.

Majlis pernikahan mereka diadakan sekali dengan pernikahan cucunya.

Mujamaie yang bekerja sebagai petani menikahi Muna setelah tiga tahun kematian isterinya yang pertama.

Bersama isterinya yang pertama, Mujamaie memiliki 16 anak.

Akui sangat bahagia dengan pernikahan itu, Mujamaie merasa kembali berusia 20 tahun.

“Saya sangat bahagia dapat menikah sekali bersama cucu saya.

“Saya merasa seperti kembali berusia 20 tahun,” katanya yang sudah merancang untuk menikah bersama-sama dua cucunya yang berusia 16 dan 17 tahun itu.