Sunday, May 29, 2011

Jumlah remaja perempuan hisap rokok meningkat


PUTRAJAYA: Hanya kerana terpengaruh dengan budaya Barat dan ingin menjadi ‘cool’, lebih ramai remaja perempuan berumur antara 13 hingga 15 tahun di negara ini mula merokok sehingga jumlah perokok di kalangan mereka berada pada tahap membimbangkan.

Ia dibuktikan melalui Kajian Tembakau Remaja Global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menunjukkan jumlah perokok remaja wanita di negara ini meningkat dari 4.2 peratus pada 2003 kepada 5.3 peratus pada 2009, manakala remaja wanita yang pernah merokok juga menunjukkan peningkatan iaitu dari 11.5 peratus pada 2003 kepada 12.4 peratus pada 2009.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kebanyakan mereka terpengaruh dengan budaya Barat, filem, laman web dan Internet.


“Kita lihat trend ini membimbangkan. Jadi, saya ingin menekankan seseorang itu lebih ‘cool’ jika tidak merokok kerana mereka mementingkan kesihatan. 

“Jangan terpengaruh dengan iklan, filem atau mana-mana media yang menyebarkan maklumat tidak tepat, kami nak tukar trend ini dan mereka boleh menyertai pelbagai program yang disediakan,” katanya.-metro


Friday, May 27, 2011

Rakyat Malaysia Tertipu,TV LED Hanya Di Jepun

TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya.



Nampaknya ramai tertipu dengan beli Tv LED,sebenar yang ia juga adalah LCD,kena TV LED hanyalah dari Sony dan ia hanya di Negara pengeluar,iatu Jepun.

Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar.

Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.

Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran.

''Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.

''Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,'' katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.

Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.

Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya.

''Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD 'kahwin' LED. Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura.

''Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED,'' katanya.

Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.



sumber:Utusan 

Thursday, May 26, 2011

Hati-hati !SMS berangkai pesong akidah


KANGAR: “Tiada istilah di dalam al-Quran bahawa apabila bulan berada tepat di atas Kaabah, (maka) segala doa kita dimakbulkan, malah khidmat pesanan ringkas (SMS) berangkai seperti Dajal sudah muncul dan sebagainya boleh memesongkan akidah,” kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya ketika diminta mengulas berhubung SMS berangkai yang mengundang pelbagai tanggapan mengelirukan di kalangan umat Islam.

Beliau berkata, orang ramai yang menerima SMS seperti pintu Kaabah sudah dibuka, doa akan dimakbulkan, makam Rasulullah sedang diceroboh dan Dajal sudah muncul sepatutnya tidak mempercayainya kerana boleh membawa kekeliruan.

“Di dalam al-Quran dan hadis, perkara sebegini langsung tidak disebut dan waktu paling mustajab berdoa sudah diberitahu contohnya selepas solat, ketika sujud, sewaktu wukuf di Arafah dan sepanjang Ramadan.

“Keadaan seperti bulan di atas Kaabah dan pintu Kaabah dibuka tidak pernah disebut di dalam al-Quran dan ia boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya terlalu mempercayainya, sedangkan waktu mustajab doa seseorang itu adalah sepanjang masa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung SMS diterima orang ramai yang menyatakan, ‘Pagi ini pada jam 9.15 malam bulan akan berada tepat di atas Kaabah dan sebarang doa yang dibuat akan dimakbulkan’.

Menurut Juanda, umat Islam yang kurang arif dan mempercayai SMS berkenaan tanpa merujuk sekali gus memungkinkan rosaknya akidah.

“Apa yang dinyatakan SMS berkenaan berkaitan dengan alam ghaib dan ia perlu mempunyai nas tertentu bagi membuktikan kesahihannya.

“Umat Islam kini berdepan pelbagai cabaran dan ini antara cabaran baru yang perlu dihadapi. Kita jangan mudah terpedaya dan terus mempercayai apa yang disampaikan sebaliknya menyemaknya serta bertanya terlebih dulu jika kurang arif,” katanya.

Juanda berkata, mereka yang menerima SMS sedemikian perlu mengabaikannya dan bukan menghantarnya kepada rakan lain supaya tidak mengundang pelbagai tanggapan yang akan menjejaskan akidah.


Wednesday, May 25, 2011

Jutawan Malaysia pelihara 30 ekor anjing RM39.83 juta

KENNY LAI bergambar bersama seekor anjing baka Mastiff Tibet di penthouse miliknya di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Seorang jutawan Malaysia, Kenny Lai mungkin dianggap pencinta haiwan peliharaan paling mewah di Malaysia apabila memiliki 30 anjing baka Mastiff Tibet bernilai lebih £8 juta (RM39.8 juta), lapor sebuah akhbar dalam talian semalam.
Jutawan berkenaan sanggup menjelajah ke seluruh dunia bagi mencari baka yang 100 peratus tulen kerana haiwan tersebut dianggap sebagai raja segala anjing.
"Berdasarkan nilai pasaran terkini, 30 anjing yang saya miliki sekarang bernilai lebih dari £8 juta, "katanya seperti yang disiarkan di laman berita mailonline. Dia memelihara kesemua anjing di sebuah penthouse mewah miliknya di Kuala Lumpur.
Lebih menarik lagi apabila tempat peliharaan berkeluasan 5,000 meter persegi yang dilengkapi pendingin hawa dingin turut mempunyai pasukan penjaga, jurulatih dan doktor haiwan bagi merawat anjing tersebut.
Penakluk agung, Genghis Khan bersama angkatan tenteranya menggunakan 30,000 haiwan tersebut ketika cuba menakluk Eropah Barat
Penduduk tempatan percaya anjing itu memiliki roh sami-sami yang tidak cukup baik dijelmakan sebagai manusia atau untuk ke syurga.
Dia pada mulanya membeli sembilan anjing itu pada harga £3.2 juta (RM15.95 juta) sebelum membiaknya.
Di United Kingdom, anjing tersebut bernilai di antara £850 (RM4,238) dan £1,000 (RM4,986) bagi setiap seekor anak haiwan itu.





Harga RON95 kekal RM1.90 seliter


PUTRAJAYA - Rakyat kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan semalam membuat keputusan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan harga tiga jenis bahan api itu setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet semalam.
"Keputusan itu dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat,'' katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini semalam.
Harga seliter RON95 sekarang ialah RM1.90 manakala diesel RM1.80 dan LPG RM1.90 seliter.
Beliau berkata, pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga bahan api di pasaran global.
Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail berkata, Kabinet tidak membincangkan perkara tersebut.-Kosmo



Tuesday, May 24, 2011

Awas!Sindiket penjualan telefon bimbit tiruan China


KOTA BHARU: Satu sindiket penjualan telefon bimbit tiruan buatan China dikesan mengadakan ‘siri jelajah’ ke seluruh negara dengan menyertai aktiviti perniagaan seperti karnival teknologi maklumat (IT) dan jualan gudang bagi memasarkan telefon berkenaan.

Sindiket berpusat di Kuala Lumpur itu dikesan bergiat aktif di beberapa lokasi, malah pernah dikenakan tindakan di negeri ini seperti di Tanah Merah dan Kok Lanas, di sini, namun tetap menjalankan operasi haram itu.

Siasatan mendapati, sindiket itu menggunakan modus operandi meletakkan sampel telefon bimbit asli di atas meja pameran, manakala telefon bimbit tiruan disembunyikan di tempat lain.

Sebaik pelanggan ‘dipancing’ jurujual, anggota sindiket yang berada di tempat lain akan dihubungi menerusi telefon dan membawa telefon bimbit tiruan untuk ditunjukkan kepada pelanggan.

Taktik itu berjaya dikesan selepas seorang lelaki berusia 30-an dipercayai ketua sindiket ditahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, pada satu operasi di Karnival IT dekat Wakaf Bharu, Tumpat, Ahad lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, Fauzi Haron, berkata penahanan lelaki dipercayai ketua sindiket berkenaan dilakukan hasil intipan dan pemerhatian terhadap aktiviti kumpulannya selama hampir satu jam di lokasi perniagaan di gerai sementara di karnival itu.

“Menyedari aktivitinya berjaya dikesan pihak kami, lelaki terbabit cuba melarikan diri.

“Bagaimanapun, kami yang mengekorinya hampir dua jam menahannya di hadapan sebuah hotel di Kampung Lembah Sireh, di sini. Hasil pemeriksaan, didapati dia menyimpan stok telefon bimbit tiruan di dalam keretanya dan hanya membekalkannya kepada pembeli apabila dikehendaki berbuat demikian,” katanya, semalam.

Menurut Fauzi, hasil soal siasat turut mendapati lelaki itu mengakui dari Kuala Lumpur dan menjelajah ke seluruh negara dengan menyertai pelbagai aktiviti perniagaan seperti karnival IT dan jualan gudang.

“Kami turut mendapati ahli kumpulannya pernah ditahan di Tanah Merah dan Kok Lanas dan dikenakan tindakan, namun sindiket itu masih berdegil apabila tetap meneruskan kegiatan mereka.

“Kita memandang serius aktiviti itu kerana membabitkan penipuan barangan tiruan selain perlu menjaga kepentingan umum dan kita akan terus mengesan mereka yang terbabit,” katanya. Fauzi berkata, sebanyak 86 unit telefon bimbit tiruan berjenama terkenal buatan China dan sebuah Proton Iswara dengan nilai sebanyak RM46,000 dirampas daripada lelaki itu.

“Siasatan lanjut akan dijalankan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1)(b) Akta Perihal Dagangan 1972 dan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 18(1), Akta yang sama yang boleh didenda sehingga RM100,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.-metro


Kadar tarif elektrik pasti naik?



KUALA LUMPUR: “Tarif elektrik tidak akan dinaikkan sewenang-wenangnya, malah apa pun keputusan yang akan diumumkan dalam mesyuarat Kabinet pasti tidak akan membebankan konsumer,” kata Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings (RAM), Dr Yeah Kim Leng.

Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi bahawa kerajaan akan membenarkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menaikkan kadar tarif elektrik dan semakan itu akan dibawa dalam mesyuarat Kabinet yang bersidang pada hari ini.

Menurutnya, kadar tarif elektrik pasti akan naik, namun ia masih dalam skala yang kecil iaitu antara 0.1 hingga 0.2 peratus berikutan pada masa ini terdapat peningkatan harga bahan bakar termasuk arang batu dan petroleum di peringkat global.

“Pengguna tidak perlu risau kerana kerajaan juga akan memastikan sebarang semakan yang akan dilakukan tidak akan membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah yang akan diutamakan sebelum membuat sebarang keputusan menaikkan tarif elektrik itu nanti.

“Bagaimanapun kedudukan syarikat strategik seperti TNB juga perlu diambil kira selain jika kita lihat seperti semakan tarif elektrik sebelum ini yang mana ia tidak menjejaskan majoriti pengguna,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, sebarang keputusan mengenai tarif baru elektrik itu perlu diterima oleh semua pihak yang mana pengguna perlu bijak menggunakan tenaga elektrik dan mengelak pembaziran berlaku.

Katanya, penyelarasan kadar tarif baru elektrik berikutan penghapusan subsidi tahun lalu juga dilihat tidak memberi kesan terhadap 56 peratus pengguna isi rumah di seluruh negara, malah peratusan itu membabitkan 20 peratus pengguna di kalangan rakyat yang memperoleh bekalan elektrik secara percuma, manakala 30 peratus lagi masih menikmati harga lama sekarang ini.

“Sama ada tarif elektrik naik atau kekal, saya yakin ia tidak akan memberi kesan atau membebankan pengguna kerana penggunaan tenaga yang minimum bagi setiap pengguna isi rumah di negara ini,” katanya.-Metro

Zaquan Adha, Amber Chia, Faizal Tahir dan Ziana Zain Berkempen untuk Pilihanraya Susu Dutch Lady Sumber: Zaquan Adha, Amber Chia, Faizal Tahir dan Ziana Zain Berkempen untuk Pilihanraya Susu Dutch Lady


Pilihanraya Susu Dutch Lady, apa tu? Kalau nak tau pilihanraya susu Dutch Lady ini adalah untuk mengenal pasti susu perisa apa yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia di samping untuk mengajak anda semua untuk minum susu Dutch Lady yang kaya dengan kalsium dan vitamin. Bukan budak-budak je yang minum susu, orang dewasa, veteran, pak long, mak lang, kak non semua boleh minum susu.

Kempen Pilihanraya Susu ini juga melibatkan selebriti tempatan yang mana setiap mereka mewakili satu flavour susu Dutch Lady yang dicalonkan. 

Flavour susu Dutch Lady ada 4 seperti Red Bean, Sweet Corn, Moo Melon dan Caramel Toffee. Untuk Red Bean diwakili oleh Ziana Zain, Faizal Tahir dengan flavour sweet corn, supermodel Amber Chia memilih Moo Melon untuk mengekalkan kejelitaan dengan antioxidants, dan last but not least pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dengan flavour Caramel Toffee yang memberikan energy bost untuk beliau bermain bola sepak.

Lagi yang menarik, jika facebook Dutch Lady mencecah 200,000 fan, mereka akan mengedarkan 20,000 paket susu Dutch Lady untuk tujuan amal, So apa tunggu lagi, sama-sama kita undi susu faveret kita sebelum 29 Mei dan minum susu sambil beramal.




Monday, May 23, 2011

Keputusan subsidi petrol minggu depan


KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengumumkan langkah rasionalisasi subsidi termasuk penyelarasan harga petroleum minggu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.

"Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat daripada RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai spekulasi kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95.

Ismail Sabri berkata, kerajaan berpandangan wang yang diguna untuk menanggung subsidi sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti membasmi kemiskinan dan menyediakan perumahan rakyat.


Hati-hati ubat Cina palsu di pasaran


SIBU - Orang ramai di Sarawak dinasihati berhati-hati dengan ubat Cina palsu yang terdapat di pasaran.


Presiden Persekutuan Persatuan Tabib dan Penjual Ubat Cina Malaysia, Ting Ka Hua berkata, adalah tidak mudah untuk mereka membezakan antara yang palsu dan tulen hanya kerana melihat bungkusannya.
Tetapi orang ramai boleh mengetahuinya kerana yang tulen ada hologram Kementerian Kesihatan pada bungkusan atau periksa pada laman web www.bpfk.gov.my untuk nombor penghantaran produk wajib Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Saturday, May 21, 2011

Paracetamol tepung gandum

Hati-hati dengan Paracetamol tiruan di Pasaran


IPOH: Pengguna dinasihatkan berhati-hati berikutan muncul sindiket penipuan menggunakan tepung gandum dan serbuk pewarna untuk menghasilkan pil paracetamol palsu yang diedarkan meluas di pasaran.

Pil ubat demam dan sakit kepala tiruan berkenaan dibimbangi mendatangkan mudarat kerana dicampur dengan kimia atau bahan pewarna yang masih belum dikenal pasti kandungannya. 

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mazlan Ismail berkata, penemuan pil paracetamol palsu itu dikesan selepas pihaknya melakukan serbuan dan pemeriksaan mengejut di seluruh negara sejak awal bulan lalu. 

Menurutnya, pihak sindiket cuba memperdaya orang ramai dengan meniru sepenuhnya bentuk termasuk pembungkusan dan kotak produk pil paracetamol berkenaan.

“Sekali pandang, pengguna memang sukar membezakan antara produk tulen dan tiruan namun pihak KKM mempunyai kaedah khas untuk mengenal pasti ubat-ubatan tiruan ini.

“Memudahkan tugas apabila semua produk ubat-ubatan diwajibkan melekatkan pelekat keselamatan hologram Meditag KKM sebagai bukti ia diluluskan penjualan oleh KKM,” katanya-Metro





Wednesday, May 18, 2011

Sakit jantung sudah wujud pada zaman firaun

GAMBAR yang disiarkan kelmarin menunjukkan salah satu mumia yang diimbas dengan menggunakan 
komputer di Muzium Kaherah Mesir pada 10 Mei lalu.

PARIS - Seorang puteri Mesir yang hidup di antara 1580 dan 1550 Sebelum Tahun Masihi merupakan manusia pertama dalam sejarah diketahui menghidap penyakit jantung koronari.
Penyakit itu dikesan menerusi imbasan komputer yang memberikan imej terperinci ke atas mumia Puteri Ahmose-Meryet-Amon yang meninggal dunia semasa berumur dalam lingkungan 40-an.
Menurut Persatuan Kardiologi Eropah, puteri itu didapati mempunyai aterosklerosis atau satu pengumpulan bahan lemak di dua dari tiga saluran koronari.
"Pada hari ini, dia mungkin memerlukan pembedahan pintasan jantung," kata ketua analisis mumia itu, Gregory Thomas yang juga Pengarah Pendidikan Nuklear Kardiologi di Universiti of California di Irvine, Amerika Syarikat menerusi telefon.
Menurutnya, dia berasa terkejut dengan jumlah pengumpulan lemak yang ditemui itu.
Separuh daripada mumia yang dikaji itu menunjukkan terdapat tanda-tanda pengapuran dalam saluran arteri yang menunjukkan tanda aterosklerosis.
Purata kematian mumia itu ialah kira-kira 45 tahun. -

Tuesday, May 17, 2011

Kopitiam tak peduli


IPOH: Masih banyak restoran kopitiam yang tumbuh bagai cendawan di seluruh negara masih berdegil enggan memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), malah ada restoran kopitiam berkenaan disahkan mendapatkan bekalan bahan mentah dari syarikat pengedar yang dikesan turut membekalkan produk berasaskan daging babi ke pasaran.

Tindakan ini menyebabkan ramai pelanggan di kalangan orang Islam menjadi mangsa dan teraniaya apabila tidak menyedari bahawa kopitiam terbabit ‘bersubahat’ dengan syarikat pembekal daging haram berkenaan. 

Perkara itu dikesan selepas Jakim melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kopitiam yang mendapat bekalan bahan mentah masakan dari ‘sebuah’ syarikat pengeluar daging dan produk nilai tambah berasaskan ayam seperti sosej dan bebola daging. 

Hasil pemeriksaan dan ujian pada sampel diambil mendapati bahan makanan disajikan di kopitiam berkenaan mengandungi unsur Deoxyribonucleic Asid (DNA) babi.

Difahamkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang turut mengambil sampel bahan mentah dari kopitiam sama dan mengesahkan ia turut mengandungi unsur babi.

Kajian harga RON95 awal Jun


IPOH: Kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada pada kadar RM1.90 akan kekal atau sebaliknya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kajian semula itu akan dilakukan bersama agensi lain termasuk Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) bertujuan menentukan sama ada harga sedia ada kekal berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

Katanya, kerajaan tidak boleh terus menanggung subsidi produk petroleum pada jumlah tinggi sehingga berbelas bilion ringgit kerana jumlah sebesar itu sepatutnya boleh dibelanjakan untuk projek yang memanfaatkan rakyat.


“Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, kajian semula dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. “Sehubungan itu, untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lalu.



“Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun. “Saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan dibuat dan tanggungan subsidi kerajaan adalah tinggi,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di sini, semalam.



Menurutnya, buat masa ini, tanggungan kerajaan bagi produk petroleum terlalu tinggi, malah tahun lalu kerajaan menanggung RM8 bilion dan jika kenaikan harga petroleum dunia berterusan, tanggungan akan menjadi RM18 bilion iaitu kenaikan RM10 bilion.


“Walaupun minggu lalu saya mengatakan tidak ada kenaikan (RON95) buat masa ini, namun ia tidak menjamin harga minyak akan kekal selama-lamanya kerana tanggungan subsidi kerajaan terhadap produk petroleum pada masa sekarang adalah tinggi,” katanya.


Menurutnya, jika subsidi dikurangkan, jumlah peruntukan RM10 bilion itu dapat digunakan bagi membina lebih banyak sekolah, jalan kampung, projek perumahan rakyat serta memberi lebih bantuan pelajaran kepada rakyat.


“Rakyat perlu sedar jumlah subsidi besar ditanggung kerajaan,” katanya.


dan ia sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat," katanya.- 



Menurutnya, kali terakhir harga RON95 naik adalah pada Disember tahun lalu iaitu lima sen kepada RM1.90 seliter.



Sementara itu, Ismail Sabri turut memberi amaran kepada mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan pada kadar tidak munasabah dan boleh diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan.


“Kenaikan harga gula 20 sen yang diumumkan baru-baru ini sepatutnya tidak membebankan pengeluar makanan kerana kajian mendapati setiap kenaikan harga produk sepatutnya tidak melebihi 0.05 sen,” katanya.- metro



Jakim sahkan susu 1Malaysia halal


YAN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan logo halal pada kotak susu 1Malaysia yang diragui statusnya sejak mula diagih secara percuma kepada pelajar sekolah mulai 11 Mei lalu, adalah produk yang mematuhi prosedur dan piawaian halal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, meskipun produk itu dikeluarkan di Korea, ia mematuhi piawaian halal berdasarkan penilaian Jakim dan badan Islam di negara berkenaan. 

Katanya, banyak produk keluaran badan Islam dari negara luar ketika ini dijual menggunakan logo halal selain logo dikeluarkan Jakim, namun ia tetap perlu mematuhi peraturan dan piawaian negara ini sebelum boleh dipasarkan.

“Terdapat badan Islam luar negara yang mengeluarkan produk mereka sendiri dan kini dipasarkan secara meluas di Malaysia, namun ia memenuhi piawaian serta peraturan ditetapkan Jakim. 

“Dalam hal ini, Jakim sendiri membuat pengawasan dan penilaian terus terhadap produk itu sebelum ia boleh dipasarkan sebagai produk halal di negara ini. “Di peringkat kementerian juga kita ketika ini sedang berusaha untuk membolehkan isu halal ini diselaraskan dan hal berkaitan Akta Perihal Dagangan 1972 berhubung isu halal akan dibentangkan di Parlimen Jun ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Haji Yaacob di Kampung Batu 16, Padang Lumat, Guar Chempedak, di sini, semalam.


Monday, May 16, 2011

Skuter elektrik tanpa pencemaran berharga RM8,944

BENTUK skuter elektrik tanpa pencemaran.

BERLIN - Sebuah skuter elektrik buatan Jerman yang dijual pada harga 2,112 euro (RM8,944) tidak mengeluarkan sebarang pencemaran, lapor sebuah akhbar semalam.
Skuter itu sepanjang 139 sentimeter (sm), tinggi 62sm dan lebar 35sm selain menggunakan sebuah bateri mudah alih.
Pembeli boleh mengecaj skuter itu di kedai kopi dan di tempat kerja kerana ia menggunakan bateri mudah alih.
Skuter itu berjenama TP yang bermaksud Tante Paula atau ibu saudara Paula dalam bahasa Melayu.
Kelajuan skuter itu ialah 19 kilometer sejam.




Sunday, May 15, 2011

25 peratus pelajar obes pada 2020?

NASI lemak menjadi pilihan utama ketika tinjauan bagi laporan khas mengenai para pelajar
 yang mengalami masalah obesiti di Sekolah Menengah Tinggi, Setapak, baru-baru ini.


Satu perempat atau 25 daripada 100 pelajar di negara ini dikhuatiri akan mengalami masalah obesiti atau kegemukan pada 2020 yang juga berisiko mempunyai penyakit.

Anggaran tersebut berdasarkan trend peningkatan satu peratus obesiti pelajar setiap tahun yang peratusannya didapati terus meningkat.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman menjelaskan, anggaran itu berdasarkan kajian pada 2007 yang mendapati hampir 12 daripada 100 pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun mengalami obesiti berbanding hanya dua orang dikesan 10 tahun sebelumnya.

“Maka itu tidak mustahil jika tidak ditangani segera, pada 2020 sejumlah 25 daripada 100 pelajar atau satu perempat daripada mereka akan mengalami masalah itu.

“Jika diperincikan lagi, ini bermakna 10 pelajar dalam kelas yang mengandungi 40 orang adalah pelajar gemuk yang tidak aktif dan berisiko berpenyakit,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pada masa ini terdapat lebih 5.24 juta pelajar sekolah rendah dan menengah.

Ridzoni berkata, walaupun selepas pelbagai pendedahan dan usaha dilakukan kerajaan, gejala obesiti atau kegemukan di kalangan remaja khususnya pelajar sekolah masih gagal diatasi.

“Oleh sebab itu, kantin berperanan sebagai tempat membentuk pemikiran pelajar berkaitan pemakanan seimbang sekali gus boleh mempengaruhi ibu bapa di rumah.

“Seandainya pengusaha kantin sekolah mampu menyediakan hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dalam setiap menu, budaya pemakanan sihat secara praktikal dapat dibentuk dan menggalakkan para pelajar membawa amalan tersebut ke rumah,” katanya.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi menangani peningkatan masalah tersebut dengan mencadangkan larangan 15 jenis makanan 'tidak sihat' dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah.

Turut dicadangkan ialah supaya indeks jisim badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar.

Mengambil pengalaman beliau ketika berada di Jepun, Ridzoni berkata, pakar nutrisi dan pengusaha kantin sekolah akan bekerjasama dalam memastikan hidangan dijual adalah sihat.

Tambah Ridzoni, pelajar memerlukan kalori sebanyak 1,500 hingga 2,200 dalam sehari bergantung pada aktiviti harian yang dilakukan dan pihak berkaitan seharusnya peka dengan jumlah kalori yang sepatutnya diambil-  Bernama




Saturday, May 14, 2011

Teruja hendak balas dendam

AMENEH menunjukkan gambarnya sebelum diserang asid di Teheran, semalam.


TEHERAN: Seorang wanita yang buta dan cacat selepas seorang lelaki yang kecewa kerana cintanya ditolak melontar asid pada mukanya berkata, dia gembira untuk membalas dendam terhadap lelaki itu.

Sebuah mahkamah di Iran memberi kebenaran kepada Ameneh Bahrami untuk menitiskan asid pada mata penyerangnya, bekas rakan pelajarnya di Universiti Teheran.


Mahkamah memberikan pampasan berjumlah kira-kira RM95,000 dan menjatuhkan hukuman penjara ke atas lelaki itu, Majid Movahedi.

Bagaimanapun, Ameneh menolak pampasan berkenaan, sebaliknya mahu penyerangnya menderita sepertinya.


Persediaan dibuat untuk membolehkan Ameneh menyuntik asid ke dalam mata Majid di sebuah hospital semalam, di bawah pengawasan doktor. Ameneh dibenarkan menitik 20 titisan asid pada setiap belah mata lelaki itu.


Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan semalam ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Namun, Ameneh yang kembali ke Teheran dari Sepanyol untuk melaksanakan hukuman itu memberitahu wartawan, dia tetap mahukan lelaki itu buta sepertinya.


“Saya mahu hukuman qisas dilaksanakan. Saya sudah bersedia untuk menjalankan tugas itu. Hanya dengan membutakan dia baru saya boleh tenteram,” kata Ameneh.


Dia berkata, segala rayuan, supaya dia membatalkan hasratnya, termasuk daripada ibu lelaki itu sudah terlambat. - Agensi


Friday, May 13, 2011

Kapal terbang jadi restoran

PESAWAT lama DC6 diubah suai menjadi sebuah restoran di Lapangan Terbang Coventry, Britain.

COVENTRY – Sebuah pesawat lama, DC6 yang pernah digunakan pada tahun 1950-an diubah suai menjadi restoran 40 tempat duduk di Lapangan Terbang Coventry, Britain.
Pihak pengurusan restoran itu juga memberi peluang kepada pengguna untuk berjalan di kokpit pesawat tersebut.–


Penonton berang aktres porno diundang jadi tetamu televisyen

BANGGA...Schofield bergambar dengan Chelsea dalam studio ITV, semalam.



LONDON: Orang ramai mengecam stesen televisyen ITV semalam kerana mengundang bintang filem lucah berpayu dara gergasi menjadi tetamu rancangan This Morning.

Sebahagian penonton membantah tindakan ITV menonjolkan Chelsea Charms sebagai undangan membincangkan pengalamannya dalam industri seks.


Chelsea ditemubual hos Phillip Schofield.

Seorang ibu, Paula Rogowski, menyatakan kemarahannya dalam Facebook program itu: Saya tak percaya anda mengundang wanita ini dalam rancangan anda - ia amat memalukan. 

This Morning bukan rancangan porno.” Suri rumah, Clare Marie Sparkes, berkata anak lelakinya yang baru berusia lima tahun terkejut melihat Chelsea.


“Anak saya terkejut melihat wanita itu memiliki ‘perut’ yang besar,” katanya.



Sementara itu, Schofield, 49, membandingkan berat buah dada Chelsea dengan mengangkat dua beg berisi dua tembikai.


Berasal dari Minneapolis, Amerika Syarikat, Chelsea memiliki buah dada besar melampau dengan menyuntiknya dengan polypropylene - sejenis cecair yang digunakan untuk membuat bungkusan. - TS

Wednesday, May 11, 2011

Kitar makanan tong sampah

ANGGOTA penguat kuasa KPDNKK memeriksa pelbagai produk minuman dalam serbuan 
di Kampung Sungai Salak, Gombak malam kelmarin.


GOMBAK – Selama ini tiada siapa yang mengambil peduli kewujudan sebuah banglo terpencil di Batu 10, Jalan Gombak dekat sini.
Bagaimanapun, rahsia banglo yang terletak di Kampung Sungai Slak itu terbongkar semalam apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Gombak yang membuat serbuan mendapati ia dijadikan markas membungkus semula pelbagai produk minuman dan kegunaan harian yang tamat tarikh luput atau rosak.
Dalam serbuan pada pukul 10.15 malam itu, pasukan penguat kuasa yang diketuai Ketua Cawangan KPDNKK Gombak, Ramli Nayan menemui pelbagai produk minuman dan kegunaan harian yang dalam proses dibungkus semula untuk dijual.
Antara produk minuman yang ditemui dalam serbuan itu termasuk susu pekat, pelbagai minuman perisa coklat, serbuk teh dan produk tenusu.
Selain itu, terdapat juga produk kelengkapan diri seperti syampu, tuala wanita dan losen.
Semua barangan itu yang kebanyakannya tamat tarikh luput atau rosak dipercayai dikutip dari tempat-tempat pembuangan sampah sebelum dibungkus semula dan dijual dengan harga murah.


Tuesday, May 10, 2011

Terowong canggih penyeludup dadah

SEBUAH tangga terletak dalam terowong canggih untuk penyeludup dadah dari Mexico ke bandar Nogales,
 Arizona, Amerika Syarikat kelmarin.

TUCSON - Sebuah terowong canggih ditemui polis sempadan Amerika Syarikat (AS) yang dilengkapi lampu, sistem pengudaraan dan pam air untuk menyeludup dadah, kata pihak berkuasa kelmarin.
Terowong itu sepanjang 76 meter digunakan untuk menyeludup dadah dari Mexico melalui sempadan negeri Arizona, AS.
Ia bermula dari sebuah bangunan tinggal di Nogales, Mexico ke bandar Nogales, Arizona dengan kedalaman 15 meter. - 



Monday, May 9, 2011

Aguilera tidak dapat dicam tanpa mekap


KIRI:CHRISTINA AGUILERA anggun bergaya pada 1 Mei lalu di New York, KANAN:WAJAH Christina Aguilera tanpa mekap semasa keluar ke sebuah kelab malam di New York baru-baru ini.


NEW YORK - Wajah penyanyi terkenal, Christina Aguilera hampir tidak dapat dicam kerana dia kurang berdandan semasa keluar malam bersama teman lelakinya, Matt Rutler, lapor sebuah akhbar semalam.
Kehadiran wanita berusia 30 tahun di kelab yang menjadi tumpuan golongan selebriti, The Darby di sini itu cukup mengejutkan pengunjung lain disebabkan dia tidak mengenakan solekan dan mendandan rambutnya.
Artis yang terkenal dengan lagu Beautiful itu selama ini cukup dikenali dengan memakai lipstik merah, berambut perang dan memakai pakaian ketat.
Aguilera bagaimanapun dilaporkan hanya berpakaian santai dengan jaket dan kemeja semasa keluar ke kelab berkenaan.
Teman lelakinya yang merupakan pereka set filem Burlesque itu memakai baju-T putih dan jean lusuh.
Aguilera yang merupakan ibu seorang cahaya mata lelaki itu kemungkinan sengaja berpakaian santai kerana enggan menjadi tumpuan jurugambar atau dia mungkin tidak memiliki waktu untuk menukar pakaian. - Agensi