Monday, May 28, 2012

Matahari tegak di atas Kaabah petang ini, peluang semak arah kiblat


KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini berpeluang menyemak arah kiblat yang betul pada jam 5.16 petang hari ini (waktu Malaysia) berikutan fenomena Istiwa' Matahari di atas Kaabah, iaitu matahari akan berada tegak di atas Kaabah, di Masjidil Haram, Makkah. 

Laman Facebook milik Observatori Negara Langkawi (NOL), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, memberikan pautan www.falak-online.net yang menyebut matahari akan berada tepat di atas Kaabah dua kali setahun iaitu pada 5.16 petang 28 Mei dan juga jam 5.28 petang 16 Julai.
Di Makkah, Arab Saudi, ia berlaku pada jam 12.16 tengah hari 28 Mei dan 12.28 tengah hari pada 16 Julai.
Laman sesawang itu juga memaklumkan cara menyemak arah kiblat iaitu dengan memacak kayu atau pancang di atas tanah yang tidak dilindungi sebarang pokok atau bangunan supaya bayang kayu yang dipacakkan itu dapat dilihat dengan jelas. 

"Apabila tepat masanya, pastikan bayang-bayang yang ada jelas dan tidak dilindungi. Kemudian buat garisan bayang-bayang itu ke arah matahari supaya mendapat arah kiblat yang tepat, Insya Allah," menurut laman itu. - BERNAMA 

Thursday, May 24, 2012

Ular sawa kuning jenis Anaconda lahir 30 anak

MEMBIAK. Sebahagian daripada 30 ekor anak ular Anaconda Kuning yang lahir pada 3 dan 19 Mei lepas di Taman Ular Sawa di Kuala Pilah.


MEMBIAK. Sebahagian daripada 30 ekor anak ular Anaconda Kuning yang lahir pada 3 dan 19 Mei lepas di Taman Ular Sawa di Kuala Pilah.

KUALA PILAH – Taman Ular Sawa Hutan Rekreasi Ulu Bendul dekat sini menerima ahli baharu apabila dua ekor ular sawa jenis Anaconda Kuning melahirkan sebanyak 30 ekor anak pada 3 dan 19 Mei lepas.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, ibu pertama ular itu melahirkan tiga ekor anak manakala ibu kedua pula sebanyak 27 ekor.

“Ular spesies ini tidak menetaskan telur tetapi melahirkan anak. Anak-anak ular itu berukuran 30 sentimeter dan berat antara 200 hingga 300 gram.

“Kami mengasingkan anak-anak ular ini daripada ibunya dan dikuarantin selama enam bulan. Selepas itu, kami akan lihat perkembangannya sebelum ia dipamerkan,” katanya kepada Bernama di sini semalam.


Bayi perempuan jadi habuan anjing doktor

DI SEBALIK keindahan kuil Hindu di bandar Beed, berlaku amalan kejam membabitkan pakar bedah yang melakukan aktiviti pengguguran haram.
DI SEBALIK keindahan kuil Hindu di bandar Beed, berlaku amalan kejam membabitkan pakar bedah yang melakukan aktiviti pengguguran haram.


MUMBAI: Sekumpulan doktor memberi anjing peliharaan mereka makan janin bagi melindungi kegiatan pengguguran haram di bandar Beed, Maharashtra.

Media semalam melaporkan, kegiatan itu berlaku akibat kecenderungan pasangan tempatan yang mahukan anak lelaki berbanding perempuan.

Digelar sebagai penghapusan jantina, amalan itu dikaitkan dengan keputusan bancian yang menunjukkan hanya 801 bayi perempuan dilahirkan bagi setiap 1,000 bayi lelaki.

Maharashtra adalah negeri kedua paling padat penduduk di India.

Menurut media, dengan memelihara anjing, doktor terbabit boleh menghapuskan janin berkenaan tanpa perlu membuangnya melalui saluran rasmi.


“Maksudnya, amalan pengguguran haram yang didorong kecenderungan pasangan memilih jantina anak mereka di India kini disembunyikan,” lapor media.



Sunday, May 20, 2012

FENOMENA gerhana matahari cincin mula kelihatan di Jepun





FENOMENA gerhana matahari cincin (Anulus) yang julung kalinya berlaku jelas kelihatan di Yokohama, Tokyo, pagi ini. Jepun adalah antara negara yang dapat melihat fenomena itu secara penuh atau dipanggil fasa Anulus. Gambar bawah, orang ramai menyaksikan gerhana anulus matahari di taman tepi laut di Yokohama, berhampiran Tokyo. - Foto AP




Friday, May 18, 2012

Lelaki kudung rentasi lautan

Lelaki kudung rentasi lautan
Croizon tetap bersemangat untuk melaksanakan misinya dengan menggunakan anggota tangan dan kaki palsu serta sirip getah.


PASAR SKOW - Kecacatan anggota badan yang dialaminya tidak menghalang lelaki warga Perancis ini untuk menunjukkan kemampuannya untuk menamatkan misi pertama berenang merentasi lima benua.

Philippe Croizon, 43, yang kudung kedua-dua tangan dan kaki selepas terlibat dalam satu kemalangan elektrik pada 1994 berjaya menyahut cabaran untuk berenang merentasi lautan dari kampung Wutung, Papua New Guinea menuju ke Pasar Skow, Indonesia, kelmarin.

Walaupun angin kencang dan arus deras seakan menyukarkan lelaki cekal ini untuk menamatkan cabaran Oceania-Asia itu, dia tetap gigih berenang sejauh 20 kilometer selama kira-kira lapan jam.

“Ia adalah cabaran paling sukar kerana saya terpaksa berenang melawan arus,” menurutnya yang turut diiringi perenang tempatan.

Jurucakapnya yang turut merakam ekspedisi tersebut untuk dokumentari, Robert Iseni berkata, masih ada tiga lagi cabaran perlu Croizon tempuh untuk menamatkan misinya.

Pada bulan hadapan, Croizon merancang untuk berenang dari Teluk Aqaba di Jordan menuju ke pantai Mesir pada jarak 25 kilometer.


Monday, May 14, 2012

'Snow White and the Huntsman' lakonan Kristen Stewart


Snow White dan Huntsman adalah filem fantasi yang diarahkan oleh Pengarah Rupert Sanders dan skrip oleh Evan Daugherty.

Cerita ni dari adaptasi sebuah novel tau iaitu Brothers Grimm. 
Filem yang mengambil kisah dongeng Snow White and the Seven Drawf ini dibingtangi oleh Kristen Stewart, Oscar Winning Actress, Charlize Theron juga Chris Hemsworth dikatakan bakal mendapat sambutan hangat.Untuk info yang lebih lengkap sila layari disini >>> http://dld.bz/bzJEY


Thursday, May 10, 2012

Wanita cantik Pakistan jadi mangsa simbah asid

Wanita cantik Pakistan jadi mangsa simbah asid



Wajah Shama selepas disimbah asid. Gambar kecil - Wajah Shama sebelum tragedi yang meragut kecantikkan dan seluruh kehidupannya.


Seiring dengan namanya, Shama yang bermaksud ‘lilin’, wanita malang ini telah disimbah asid sehingga wajahnya berparut dengan 15 peratus badanya terbakar bagaikan sebatang lilin oleh suaminya sendiri hanya kerana tidak berpuas hati ketika bertengkar.

Kini, ibu muda kepada empat cahaya mata itu tersenarai sebagai mangsa simbahan asid di kalangan wanita Pakistan dan menjadi mangsa kepada kecantikannya sendiri.

“Saya dan suami saya sering bertengkar di rumah. Pada hari itu sebelum tidur suami saya berkata,’anda terlalu bangga dengan kecantikan anda'. Kemudian, di tengah malam, tiba-tiba dia menyimbah asid ke badan saya dan melarikan diri," katanya ketika ditemui wartawan di hospital.

Lebih parah lagi kata Shama, suaminya turut membawa telefon bimbitnya ketika melarikan diri supaya wanita malang itu tidak dapat membuat panggilan bagi mendapatkan bantuan.

Sedangkan, empat bulan lalu, wanita malang yang mempunyai raut wajah yang jelita itu sedang menikmati kehidupan yang gembira ketika sambutan hari lahir anaknya tetapi kini semuanya tersimpan dalam lipatan sejarah sehingga menyebabkan keyakinan dirinya terlupus.

“Apa yang berlaku benar-benar melukakan hati saya,” katanya dipetik BBC baru-baru ini.

“Saya berasa sakit pada apa yang saya, dan apa yang saya telah menjadi," katanya, dengan air mata pemburuan arnab pipi Scorched beliau.

“Semua warna telah pergi dari hidup saya. Saya rasa seperti saya mayat hidup, malah lebih teruk daripada mayat yang hidup. Saya kini seolah-olah tidak mempunyai hak untuk hidup," katanya sambil mengesat air mata.

Laporan BBC menyebut, menurut sukarelawan di Pakistan,  kes-kes serangan asid bertambah di kebanyakan kawasan, walaupun tindakan undang-undang sukar diperkenalkan pada tahun lepas.
Sementara itu, satu dokumentari yang memenangi anugerah Oscar telah meletakkan jenayah itu di bawah perhatian dengan memfokuskan lebih 150 wanita mangsa simbahan asid yang dilaporkan setiap tahun.

Jenayah ini biasanya dilakukan oleh suami mangsa sendiri tetapi sehingga kini masih tiada undang-undang yang dapat memberikan wanita Pakistan keadilan.

Sementara itu, di Karachi, seorang bekas penari, Fakhra Younis turut mengalami nasib sama dengan Shama akhirnya memilih untuk mengakhiri nyawanya.

Fakhra dikatakantelah ‘mati’ dua kali. Kali pertama ketika dia disimbah asid dan kali kedua ketika dia membunuh diri di Itali bulan lalu.

Sebelum membunuh diri, gadis malang itu terpaksa menjalani hampir 40 kali pembedahan bagi mengembalikan kecantikan wajahnya namun, masih tetap gagal.

Aktivis berkata, Fakhra telah putus harapan untuk mendapatkan keadilan dan bekas suaminya yang berasal dari keluarga politik telah dibebaskan dari dituduh membuat serangan itu.

Dalam pada itu, kematian Fakhra telah menjadi tajuk utama di sini, tetapi menurut aktivis, sebaliknya mangsa sering dipulaukan.

“Hanya kira-kira 10 peratus kes seperti ini sampai ke mahkamah.

“Walaupun dalam kes-kes berprofil tinggi seperti Fakhra, terdapat pendakwaan yang dikemukakan lemah. Ada ketika, mangsa tidak dapat pun membuat laporan polis," kata Zohra Yusuf, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan.

Namun, menurut seorang bekas ahli parlimen, Marvi Memon, pesalah terpaksa berhadapan dengan kesukaran apabila undang-undang baru yang diluluskan tahun lepas menetapkan hukuman penjara 14 tahun atau hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.

Tetapikatanya, masih ramai penyerang masih bebas walaupun undang-undang baru itu telah dikuatkuasakan.

“Malah jika dia (penyerang) ditangkap, mereka akan merasuah polis dan mereka akan melarikan diri.

Golongan mereka berpendapat, ini adalah cara paling mudah untuk menghukum seorang wanita. Anda hanya boleh membuang asid dan memusnahkan seluruh hidupnya dalam satu saat," katanya.

Dalam pada itu, Marvi berkata, kurangnya kesungguhan ahli politik untuk melaksanakan undang-undang adalah penyebab kepada semua masalah ini.

“Saya mahu hukuman berat dijatuhkan kepada beliau supaya hukuman itu dapat memberi pengajaran kepada semua orang agar berfikir panjang sebelum melakukan sebarang jenayah.

"Amat sukar untuk mendapatkan kerjasama antara pihak polis dengan wanita kerana mereka turut tertekan untuk berbuat demikian," katanya.

Kerajaan mengakui perlu lebih banyak lagi cara dalam membantu mangsa asid dan perlaksanaan undang-undang adalah satu cabaran besar.

“Kelulusan” undang-undang adalah langkah pertama, kata Shahnaz Wazir Ali, seorang penasihat kerajaan.

Namun beliau mempersoalkan mengapa kes ini tidak mendapat keadilan dengan cepat? Inilah sebahagian yang kita perlu buat, kita perlu lebih peka dengan polis, mahkamah dan masyarakat.

Tuesday, May 8, 2012

2 beradik kembali jadi kanak-kanak





MICHAEL (kiri) dan Matthew bermain kereta api mainan.
MICHAEL (kiri) dan Matthew bermain kereta api mainan


LONDON: Sejenis penyakit yang menyebabkan usia penghidapnya berundur ke belakang menyebabkan pasangan adik beradik pertengahan umur kembali kepada zaman kanak-kanak mereka.
Bekas anggota Tentera Udara Diraja Britain (RAF), Michael Clark, 42, kehilangan tempat kediaman dan kini berkelakuan seperti budak 10 tahun.
Sementara adiknya, Matthew, 39, hilang pekerjaan di sebuah kilang dan mula berkelakuan seperti kanak-kanak walaupun mempunyai seorang anak perempuan berusia 19 tahun, Lydia, yang kini mengandung.

Keadaan menyedihkan itu mempunyai persamaan dengan filem lakonan Brad Pitt, The Curious Case of Benjamin Button, yang mengisahkan seorang lelaki tua kembali menjadi muda.


Pasangan adik beradik itu kini menghabiskan masa menonton siri The Smurfs, memakan keropok dan bermain permainan ular dan tangga.

Bapa, Anthony, 63, yang menjaga kedua-dua anaknya itu bersama isteri, Christine, 61, berkata: “Mereka berubah dari orang dewasa dengan berpekerjaan dan berumah tangga kepada keadaan kanak-kanak.

“Mathhew keluar beberapa hari lalu dan membeli set permainan kereta api. 
Perkara yang menarik minat kanak-kanak menjadi minat mereka.”

Bekas pengawal penjara itu yang berasal dari Lincoln juga berkata: “Matthew sering berkelakuan teruk. Dia akan menjerit, ‘Saya tidak tahu apa yang saya lakukan.

“Tidak ada apa yang boleh kami lakukan untuk membantu mereka. Kami tidak berupaya.”

Kedua-dua beradik itu mula berkelakuan ganjil selepas ibu bapa mereka bersara dan berpindah ke Sepanyol pada 2007.

Keadaan semakin teruk tahun lalu apabila Michael diusir dari rumahnya dan hidup bergelandangan selama tiga minggu.

Pekerja sukarela yang bersimpati membawanya menemui seorang doktor sebelum pakar mengesahkan dia menghidap leukodistrofi. 

Ujian lanjut mengesahkan, Matthew yang pernah bekerja dengan syarikat pembuat biskut, Walkers, juga menghidap penyakit itu.

Penyakit neurologikal atau kecelaruan saraf itu adalah perkara biasa di kalangan bayi yang baru lahir tetapi dihidap oleh kira-kira 100 orang dewasa di Britain. 

Ia menyerang otak, sistem saraf dan saraf tunjang. 

Kedua-dua beradik itu kini semakin hilang kemampuan untuk bercakap dan kini tidak boleh berjalan.

Mereka mudah buat perangai dan merangkak sekeliling rumah ibu bapa mereka yang terpaksa berhenti daripada persaraan untuk menjaga kedua-dua beradik itu.

Dalam filem The Curious Case of Benjamin Button, Brad Pitt memainkan peranan lelaki yang usianya mengundur ke belakang. 

Ia bermula dengan seorang pembuat jam yang meratapi kematian anaknya pada 1918 dan memutarkan jam untuk mengundurkan masa. - Mirror


Monday, May 7, 2012

Penyelam bina masjid pertama di bawah air

PENYELAM bersolat jemaah di masjid pertama bawah air yang mereka bina.
PENYELAM bersolat jemaah di masjid pertama bawah air yang mereka bina


JEDDAH: Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di dalamnya. 
Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air. 
Akhbar harian Almadina melaporkan, penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang diisi pasir untuk membina masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan. Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al Masoudi, berkata seorang rakannya mendapat idea untuk membina masjid berkenaan pada musim panas lalu dan mereka mengambil keputusan untuk melakukannya.

“Masjid ini adalah satu simbolik untuk menjelaskan bahawa walau di mana sekalipun kita berada, kewajipan solat hendaklah ditunaikan,” katanya. 

Al Masoudi berkata, pembinaan masjid itu selesai ketika waktu Zuhur dan beliau bersama rakannya segera menunaikan solat Zuhur berjemaah. – Agensi

Sunday, May 6, 2012

Projek Sparkle bersama Yuna Dan Samsung Galaxy Note

Optimized 1 Projek Sparkle bersama Yuna Dan Samsung Galaxy Note

2 Projek Sparkle bersama Yuna Dan Samsung Galaxy Note




Pernah terfikir tak untuk hasilkan video sendiri tapi tak perlu pun guna video camera yang canggih bagai? Malah bukan setakat tak perlu guna gadget mahal tapi idea anda mungkin menjadi pilihan difeaturedkan bersama Yuna?

Kali ini, Yuna nak minta tolong anda yang berbakat untuk hasilkan video muzik dia yang pertama  dipanggil ‘’The Sparkle Project’’

Samsung dengan bangganya memberi peluang kepada mereka yang berbakat untuk kerahkan idea dengan hanya submit video ataupun boleh lukis gambar idea anda melalui galaxy note yang terpampang kat website dorang. Hebat tak? Simple dan mudah

Jom sama-sama submit idea yang best – best untuk Yuna mana tahu nanti haa boleh muncul dalam klip video dia. Nak tahu lebih lanjut, anda boleh klik The Sparkle Project 

Friday, May 4, 2012

‘Kubur’ Osama ditemui?

Warren nekad untuk melakukan misi mencari beg mengandungi jenazah Osama pada Jun depan.

NEW YORK - Lokasi sebenar jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden dibuang ke laut masih tidak dapat dipastikan sehingga kini.

Tetapi, seorang pencari harta karun warga warga Amerika Syarikat (AS), Bill Warren, 60, mendakwa dia telah menemui lokasi yang tepat dan merancang untuk menyelam ke kawasan itu.

Warren yang mempunyai pengalaman mencari lebih 200 bangkai kapal kini cuba untuk mengumpulkan dana berjumlah kira-kira AS$200,000 (RM609,000) untuk misi mencari beg didakwa mengandungi jenazah Osama di sebuah kawasan di Laut Arab Utara.

Dia nekad untuk melakukan misi tersebut selepas mengkaji imej satelit yang diberikan oleh sumber rahsianya di Pentagaon.

Menurutnya, beg jenazah Osama turut diletakkan pemberat supaya kedudukannya di dalam dasar laut tidak berubah.

Sebelum ini, AS gagal mengemukakan bukti kematian Osama dan enggan mendedahkan lokasi jenazah pemimpin Al-Qaeda itu dibuang kerana khuatir kononnya ia akan menjadi tempat pemujaan penyokongnya.