Sunday, September 30, 2012

Pelajar Brazil lelong dara

Good deed? Catarina Migliorini had rejected claims she is a prostitute, saying she saw the opportunity to make a positive difference to the world

FLORIANOPOLIS, Brazil - Seorang pelajar wanita, Catarina Migliorini bekerjasama dengan seorang pembikin filem dari Australia untuk melelong daranya kepada pembida tertinggi dalam usaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan, lapor akhbar dalam talian Huffington Post kelmarin.

Migliorini, 20, setakat ini menerima tawaran tertinggi berjumlah AS$160,000 (RM498,000).

Dia berhasrat menyalurkan wang lelongan itu kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membina beberapa buah rumah moden di negeri kelahirannya, Santa Catarina.

Gadis itu yang menolak dakwaan dirinya sebagai pelacur berkata, dia percaya pada cinta tetapi menganggap lelongan tersebut sebagai peluang untuk melakukan perubahan positif kepada masyarakat.

Bagaimanapun, tindakan pelajar jurusan pendidikan jasmani itu mengundang kontroversi kerana setiap langkahnya akan diekori seorang kru filem Australia.

Kru itu merakamkan kehidupan Migliorini untuk sebuah dokumentari yang berjudul, Virgins Wanted.

"Saya menganggap melelong dara sebagai satu perniagaan. Saya berpeluang untuk melancong, menjadi sebahagian daripada filem selain mendapat bonus," kata Migliorini.

"Jika anda melakukannya cuma sekali, anda bukannya seorang pelacur," tambahnya.

Migliorini menandatangani kontrak untuk projek tersebut dua tahun lalu apabila dia melihat iklan syarikat produksi Thomas Williams yang mencari seorang wanita dara untuk menghasilkan dokumentari tersebut.

Pengarah dokumentari itu, Justin Sisely akan merakamkan emosi Migliorini sebelum dan selepas dia melakukan hubungan seks buat kali pertama.

Pelajar wanita itu akan menerima wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM61,130) dan 90 peratus daripada harga lelongan tertinggi yang akan berakhir pada 15 Oktober ini.

Pemenang lelongan tersebut akan menjalani ujian perubatan bagi memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin sebelum dibenarkan meniduri Migliorini.

Mereka akan melakukan hubungan seks di dalam sebuah pesawat yang terbang antara Australia dan Amerika Syarikat bagi mengelak didakwa menerusi undang-undang pelacuran.

Pemenang juga diwajibkan memakai kondom semasa dia melakukan hubungan seks. - Agensi







Gambar Jesus Dalam Buku Panduan Haji

Gambar Jesus Dalam Buku Panduan Haji


Semua jemaah haji yang sedang mengikuti seminar untuk menunaikan ibadah haji ke Mekah ternyata terkejut apabila menerima sebuah buku panduan haji yang mengandungi gambar Jesus.

Kementerian Agama Kota Bengkulu Indonesia juga terkejut apabila perkara itu diadukan oleh seorang peserta dalam seminar haji yang diadakan baru-baru ini.

Peserta, Yusrati pelik dengan gambar yang dipaparkan kerana memikirkan buku panduan itu seharusnya mengandungi ayat-ayat zikir dan juga cara-cara menunaikan ibadah haji.

“Di buku panduan haji ada gambarnya Jesus sedang menggembala kambing yang tertulis ‘Jesus Penggembala Kambing Yang Baik’,” katanya.

Menurut kenyataan dari Ketua Penyelenggaraan Haji & Umrah Kementerian Agama Kota Bengkulu, Efendi Joni berkata, buku panduan itu disediakan oleh pihak Kementerian Penyelenggaraan Haji dan Umrah Kementerian Agama Republik Indonesia.

Efendi memberitahu buku-buku yang telah dicetak sebanyak 280 naskah itu akan dipulangkan semua kerana bimbang akan berlakunya salah faham yang melibatkan agama Islam dan pengganut agama Kristian.

Dia turut memaklumkan insiden gambar itu mungkin mempunyai motif untuk menaikkan semangat marah di kalangan umat Islam.


Sumber: Yahoo News Indonesi


Simpan Mayat Anak Dalam Peti Sejuk

Simpan Mayat Anak





China – Kerana terlalu sedih dengan kematian anak lelaki mereka yang berusia 18 tahun, kira-kira enam tahun lalu, sepasang suami isteri di Chongqing menyimpan mayat anak mereka itu dalam peti sejuk sejak hari kematiannya.


Dengan berbuat demikian, Tian Xueming dan isterinya dapat merasakan Qinyuan masih hidup dan tidak pernah meninggalkan mereka.


Bagi memastikan mayat itu terpelihara, ia diletakkan dalam peti sejuk dan untuk mengelak bekalan elektrik terputus, Xueming memasang generator tambahan.


“Apabila saya atau isteri saya mahu bercakap dengannya, kami hanya perlu menarik kerusi dan membuka penutup peti sejuk itu.


“Pada mulanya kami melakukan perkara ini secara rahsia namun lama-kelamaan orang ramai berjaya menghidu perkara berkenaan,’’ katanya yang menolak gesaan penduduk supaya mayat itu dikebumikan .


Jelasnya, Qinyuan meninggal dunia pada usia 15 tahun kerana menghidap leukemia, dan kematiannya itu amat menyedihkan selepas mereka kehilangan anak perempuan sebelum ini.


“Pada hari kematiannya, dia begitu nazak dan saya tidak menghantarnya ke hospital kerana menunggu ambulans. Malangnya ambulans itu mengambil masa yang lama untuk tiba di rumah kami.


“Ketika pasukan perubatan sampai, anak kami sudah meninggal dunia,’’ katanya yang tidak dapat menyembunyikan perasaan bersalah kerana tidak membawa sendiri anaknya ke hospital ketika Qinyuan sedang nazak.


Selepas kematian Qinyuan, Xueming berbincang dengan isterinya untuk menyimpan mayat itu dalam peti sejuk, dan selepas mendapat persetujuan daripada wanita itu, dia pun membeli peti sejuk yang agak besar.


Jelasnya, isterinya yang mengalami masalah kesihatan sejak kematian anak mereka itu, sering melawat anaknya dalam peti sejuk itu.


Malah, katanya, jika isterinya runsing atau tidak boleh tidur pada waktu malam, maka dia akan melihat anaknya itu sambil berbual-bual dengannya.


“Akan tiba hari di mana saya dan isteri tidak berupaya lagi menjaga mayat itu, maka pada hari itu kami akan mengadakan upacara pengebumian yang sempurna.


“Kami akan memberikan sepenuh penghormatan kepadanya pada hari berkenaan, namun buat masa ini, lebih baik dikekalkan dengan keadaan sedia ada,’’ katanya yang bekerja sebagai tukang kayu.


Saturday, September 29, 2012

Lelaki Nepal rela kongsi isteri


Upper Dolpa, Nepal: Ketika berusia 17 tahun, Tashi Sangmo mengahwini jirannya yang berusia 14 tahun di sebuah pedalaman Himalaya di Nepal dan bersetuju untuk berkahwin dengan adik lelaki bakal suaminya ketika itu. 

Pada masa lalu, kebanyakan anak lelaki dalam hampir setiap keluarga di wilayah Upper Dolpa berkongsi mengahwini seorang wanita yang sama tetapi amalan poliandri semakin luput apabila kawasan berkenaan mula menerima cara hidup moden. Tiada perpecahan 
Cara ini lebih mudah kerana kita akan tinggal dalam sebuah keluarga. Tiada perpecahan atau pertelagahan gara-gara isteri ramai, namun semuanya menjadi tanggungjawab saya. 

Kedua-dua beradik itu membawa wang dan saya akan putuskan bagaimana ia dibelanjakan, kata Sangmo. 

Ketika Sangmo mengahwini Mingmar Lama 14 tahun lalu, dia sudah mengetahui adik iparnya, Pasang yang ketika itu berusia 11 tahun turut menjadi suaminya apabila tiba masa. 

Mereka kini mempunyai tiga anak lelaki berusia lapan, enam dan empat tahun. Saya mahu berkongsi ikatan ini dengan abang kerana kehidupan lebih mudah untuk kami, kata Pasang, 25, ketika ditemui di rumah keluarganya di kampung Simen, kira-kira 4,000 meter dari paras laut dan lima hari berjalan kaki dari bandar berhampiran. 

Kongsi kahwin 

Secara tradisi penduduk Upper Dolpa masih menjalankan perniagaan menggunakan yak yang membawa garam dari Tibet dan beras dari selatan Terai. 

Namun, amalan berkongsi suami itu menghalang setiap generasi sesebuah keluarga daripada membahagikan milik mereka dan bekalan makanan hanya meliputi keperluan asas tempatan. 

Perkahwinan biasanya diatur dengan keluarga memilih seorang isteri untuk anak lelaki sulung mereka dan memberi peluang kepada adik beradik lelaki itu untuk mengahwini wanita yang sama kemudian.

Friday, September 28, 2012

Isu Bikini Cetuskan Kemarahan Rakyat India


AUSTRALIA – Baru-baru ini, seluruh masyarakat di India berasa tersinggung dengan pereka baju renang dari Australia iaitu Lisa Burke.

Ini kerana pada Australian Fashion Week, Lisa telah mereka sehelai ‘swimsuit’ dengan memaparkan rekaan gambar Dewi Lakshmi, tokoh suci umat Hindu.

Menurut CNN, kemarahan rakyat India tidak dapat dibendung lagi setelah melihat wajah Lakshmi tercetak di bahagian depan dan belakang pakaian renang tersebut.

Kemarahan itu membuatkan mereka membakar foto-foto rekaan Lisa serta bendera nasional Australia dalam suatu aksi protes di Hyderabad Selatan.

Presiden Federasi Asosiasi Australia India, Vish Viswanathan, turut mengutuk rekaan tersebut.

“Sukar mempercayai bahawa rekaan itu tidak disengajakan. Mereka yang melakukan hal ini hanya untuk mencari publisiti murahan,” katanya yang dipetik melalui Viva News, baru-baru ini.

Tambahnya, rekaan itu membuatkan seluruh rakyat India terluka, malah masyarakat India yang tinggal di Australia turut tersinggung.

Sementara itu, Lisa Burke sudah meminta maaf kepada masyarakat India diatas permasalahan yang timbul akibat kesilapannya mencetak gambar berkenaan.

Menurutnya, pencitraan Dewi Lakshmi pada pakaian renangnya hanya untuk berbagi perbezaan budaya dari label miliknya.

“Saya meminta maaf kepada sesiapa pun yang berasa tersinggung.

“Kami akan menghentikan produksi dan design tersebut, ia tidak akan ada dimana-mana cawangan pun,” katanya.


Bajet 2013: Bonus kakitangan awam ditambah satu bulan

Najib Tun Razak

SHAH ALAM - Bajet 2013 menyediakan bonus satu setengah bulan gaji bagi kakitangan awam, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan kepada kakitangan awam, jumlahnya 1.3 juta orang, sempena sambutan Aidilfitri lalu.

Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telah pun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.

Najib berkata, pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan.


Najib umum BR1M 2.0, RM250-RM500

 Najib Tun Razak

SHAH ALAM - Kerajaan mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia Kedua (BR1M 2.0) iaitu antara RM250 dan RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 manakala RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan

pemberian BR1M sebanyak RM250 kepada rakyat yang masih bujang akan diberikan bermula awal tahun hadapan.

Katanya, "rakyat bujang yang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan diberikan bantuan sebanyak RM250."

"Hakikatnya, bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis malah manifesto sebuah kerajaan bertanggungjwab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya pada perbentangan Bajet 2013 hari ini.



Thursday, September 27, 2012

Ditangkap Ketika Melakukan Seks Dengan Sofa

Ditangkap Ketika Melakukan Seks Dengan Sofa


Wisconsin – Apabila nafsu menguasai diri, macam-macam perkara dilakukan oleh manusia. Walaupun perbuatannya itu merupakan perkara paling keji dan gila, namun ia tetap dilakukan hanya kerana nafsu yang bergelora.

Itu yang berlaku kepada seorang lelaki `gila’ Gerard Streator yang berusia 46 tahun.

Lelaki sakit jiwa ini dilihat melakukan seks dengan sebuah sofa buruk yang tinggalkan di tepi jalan.

Perbuatan kejinya itu dilihat oleh seorang pekerja sebuah hotel.

Menurut pekerja terbabit, ketika melalui jalan berkenaan, dia ternampak Gerard sedang membengkokkan badannya manakala seluarnya sudah ditanggalkan hingga ke paras buku lali.

“Kejadian itu berlaku pada pukul 11 malam selepas saya habis bertugas di sebuah hotel. Saya dapat menyaksikan dia sedang menggoyangkan punggungnya di sofa itu.

“Kejadian itu dapat dilihat dengan jelas kerana sofa itu berada di tepi jalan. Tiada orang berada di atas sofa buruk itu,’’ kata pekerja hotel tersebut.

Ketika Gerard sedang melakukan perbuatan itu, seorang pegawai polis yang kebetulan melalui jalan berkenaan, telah menjerit ke arahnya menyebabkan lelaki itu melarikan diri di sebalik apartment berhampiran.

Dia kemudiannya ditahan dan didakwa kerana melakukan kelucahan melampau.

Sabit kesalahan, Gerard boleh dihukum penjara sembilan bulan dan denda £7,000 fine.





Kesan Yang Sangat Megerikan Bagi Dadah Jenis Baru Di Rusia

Kesan Yang Sangat Megerikan Bagi Dadah Jenis Baru Di Rusia











Sebuah jenis dadah baru telah menjadi trend di kalangan para penagih dadah ini di Rusia. Dadah jenis ini biasa di sebut sebagai Krokodil (buaya). Dadah ini mempunyai kesan yang sangat mengerikan dan mematikan, yang akan memamah kulit, daging dan tulang dari para pengguna.

Krokodil termasuk jenis desomorphine sebuah sintetik opioid yang lebih berbahaya daripada heroin. Ubat terlarang ini dibuat melalui beberapa siri reaksi kimia dan campuran beberapa bahan saraf yang lain

Di Rusia, heroin biasa dijual dengan harga sekitar $ 40 per-dosis di Rusia. Penggunaan desomorphine biasanya di campur dapat dengan Kodein-ubat penghilang rasa sakit berasaskan dan bahan-bahan konsumsi rumah tangga yang lain.

Gambar-gambar ini menunjukkan kesan yang sangat buruk sekali dari Ubat terlarang ini. Kesannya menimbulkan luka pada anggota tubuh dengan kerosakan yang sangat fatal, bahkan banyak di antaranya mengakibatkan pembusukan pada daging dan kulit pengguna. Kulit dan daging korban terrkelupas dari tulangnya.

Gambar sangat mengerikan, tidak sesuai untuk orang-orang yang sensitif terhadap luka.


Wednesday, September 26, 2012

Wanita tertelan tikus dalam sandwic


LONDON: Apabila seorang ibu dua anak menggigit sandwic ayam yang dicampur dengan bakon dan salad yang dibeli dari sebuah pasar raya Tesco, dia menelan sesuatu yang tidak dijangkanya.

Katie Crabtree terkejut mendapati binatang berbulu, seekor tikus, di dalam snek prabungkus yang dibelinya dari rangkaian pasaraya itu di Stockport. 
Wanita berusia 31 tahun itu hanya ternampak ‘objek berbulu itu’ selepas memakan separuh daripadanya dengan menyangka ia bakon salai yang hangus. 

“Saya menggigitnya dan melihat benda hitam di dalamnya. Saya menyangka ia bakon salai dan menelannya.


“Kemudian saya melihat sesuatu yang buruk dalam sandwic itu. Ia berwarna hitam dan berbulu. Saya juga melihat kakinya. Ia sungguh dahsyat,” katanya.


Katie berkata, penemuan mengejutkannya itu membuatnya tidak selesa. 

“Saya tidak boleh lagi makan sandwic bungkus kerana ia akan mengingatkan saya kepada peristiwa itu,” katanya. 

Dia menuduh pasar raya berkenaan tidak menghiraukannya selepas mengadu hal itu kepada pasar raya terbabit dan ibu pejabatnya. 

“Saya menghubungi pasar raya berkenaan dan ibu pejabatnya tetapi tidak ada orang yang tahu mengenai kejadian itu,” katanya. 

“Mereka akhirnya memberi saya baucar �10 (RM50). 

“Saya berpendapat mereka tidak mempedulikan saya. Mereka sepatutnya menyiasat kejadian dan membuat tindakan selanjutnya,” kata Katie. 

Tesco menghantar wanita itu surat permohonan maaf dan berkata, ia akan menyiasat, di samping menawarkan pampasan sebanyak �10. - DM



Tuesday, September 25, 2012

Alih dosa ke dalam air


SEJUMLAH penduduk ortodoks Yahudi berdoa di depan 

kolam plastik yang mengandungi beberapa ekor ikan di Bnei Brak, dekat Tel Aviv kelmarin

BNEI BRAK, Israel - Sejumlah penduduk ortodoks Yahudi mengelilingi sebuah kolam plastik yang mengandungi beberapa ekor ikan di sini kelmarin.

Mereka kemudian berdoa bagi membuang dosa masing-masing ke dalam air.

Cebisan roti kemudian dibaling ke dalam kolam tersebut sebagai lambang keluarnya dosa-dosa penganut agama Yahudi itu. - Agensi







Monday, September 24, 2012

Penganggur menyamar juruterbang untuk naik pesawat percuma

http://i.imgur.com/27p5I.jpg


ROME: Seorang penganggur berpakaian seperti juruterbang sebagai helah menaiki kokpit bagi mendapat penerbangan percuma, kata polis semalam.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Caselle di Turin apabila kad pengenalan digunakannya mencurigakan. Bagaimanapun, sebelum ditahan, lelaki terbabit sempat menaiki penerbangan secara percuma dari Munich, Jerman ke Turin, April lalu. Sumber polis Itali berkata, dua juruterbang yang mengendalikan pesawat syarikat Air Dolomiti itu berkata, lelaki terbabit tidak menyentuh sebarang suis sepanjang berada di kokpit berkenaan.

 Kes itu mengingatkan orang ramai kepada Frank Abagnale yang menyamar sebagai juruterbang sebelum ini dan menjadi inspirasi kepada filem Hollywood, Catch Me If You Can. Polis berkata, mereka menjejaki lelaki itu – mendakwa bernama Andrea Sirlo di Facebook – selama beberapa bulan sejak mendapat maklumat mengenainya.

Penyiasat berkata, dia mengaku dia juruterbang komersial yang dinaikkan pangkat sejak muda dan ia mencurigakan pihak berkuasa. – DM








Sunday, September 23, 2012

Perkahwinan Anak Sultan Brunei Cecah RM60 Juta?

Perkahwinan Anak Sultan Brunei



Jumaat lalu, negeri Brunei Darussalam meraikan satu upacara perkahwinan yang gilang-gemilang di mana Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan isterinya, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha meraikan kehadiran menantu baru dalam keluarga diraja itu.

Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, dan pasangannya, Pengiran Muhammad Ruzaini Mohd Yakub, 29, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz selepas solat Zohor di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, semalam.

Majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung hari ini di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan dihadiri hampir 2,000 tetamu termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta delegasi antarabangsa.

Di sebalik sambutan perkahwinan yang gemilang dan meriah itu, perkahwinan diraja itu dicatatkan sebagai perkahwinan yang paling mahal setakat ini.

Menurut laman Yahoo! News Malaysia, perancang perkahwinan kerabat diraja Brunei, Maya Kalman, pengasas Swank Productions di New York mengesahkan yang jumlah perbelanjaan mencecah USD 20 juta, bersamaan dengan RM60 juta.

Berbeza sewaktu sambutan majlis perkahwinan abang sulung Puteri Hafizah Sururul Bolkiah pada tahun 2004, sebanyak USD 5 juta sahaja dibelanjakan.

“Purata untuk perkahwinan mewah seperti ini menelan belanja sebanyak USD 1 ribu bagi setiap tetamu. Jadi, anggaran saya jumlah perbelanjaan perkahwinan ini sebanyak USD 15 hingga USD 20 juta,” kata Kalman.

Malah, Kalman menambah, jumlah itu hanyalah untuk sambutan majlis persandingan kedua-dua pengantin pada hari ini sahaja.

Ia masih lagi tidak ditambah dengan kos tambahan lain untuk sambutan perkahwinan yang berlangsung selama seminggu ini.


Saturday, September 22, 2012

Kes Remaja Hamil Luar Nikah: ‘Satu Kelahiran Setiap Hari’


KLANG – Semakin ramai remaja Malaysia hamil luar nikah dengan beberapa hospital utama mencatatkan sekurang-kurangnya satu kes setiap hari.

Menurut Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr Mohamad Farouk Abdullah, kira-kira 12,000 anak luar nikah dilahirkan di hospital tersebut.

“Kami ingat kes remaja hamil luar nikah hanya berlaku di Klang tetapi senario sama turut dihadapi enam hospital pakar di Selangor,” katanya.

“Remaja berusia 12 tahun merupakan remaja termuda melahirkan anak di hospital ini,” kata Dr Mohamad Farouk pada seminar ‘Pregnant by Choice, Not by Chance or Force’.

Ia dianjurkan hospital tersebut sempena bulan Perancangan Keluarga.

Kementerian Kesihatan merekodkan kira-kira 18,652 kelahiran oleh remaja berusia di bawah 19 tahun pada 2011 berbanding hanya 5,962 kes pada separuh kedua 2010.

Pegawai perubatan kebajikan sosial HTAR, Nurul Azira Mahamad Jafar berkata, dia menguruskan sekurang-kurangnya satu kes remaja hamil luar nikah setiap hari pada tahun ini.

“Saya pernah mengendalikan 14 kes, bilangan tertinggi dalam tempoh sehari melibatkan remaja hamil di usia muda,” katanya.

Nurul Azira memberitahu dia pernah menguruskan kes yang melibatkan remaja hamil luar nikah, mangsa rogol dan penderaan seksual di hospital tersebut dalam tempoh enam tahun.

Kebanyakan remaja yang hamil ini diarahkan oleh klinik untuk merujuk kepada hospital.

Ini kerana, kehamilan di usia remaja dianggap kes berisiko tinggi.

Seorang remaja berdepan risiko dua kali ganda untuk meninggal dunia akibat komplikasi kehamilan atau ketika melahirkan anak berbanding wanita berusia 20-an.

Kebanyakan remaja datang ke hospital mengadu mengalami ketidakselesaan di bahagian perut.

Sebagai sebahagian daripada protokol hospital, doktor akan melakukan pemeriksaan kehamilan ke atas mereka.

Sekiranya disahkan hamil, mereka akan dimasukkan ke wad dan pihak hospital akan memaklumkan perkara itu kepada keluarga remaja terbabit.

Nurul Azira berkata, remaja di bawah usia 18 tahun yang hamil dan anak mereka dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 serta akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam kebanyakan kes, remaja hamil luar nikah kerana mereka melakukan hubungan seks dengan pasangan masing-masing.

“Mereka terdiri daripada keluarga bermasalah dan berpendapatan rendah. Ada sesetengah daripada mereka melarikan diri dari rumah.

“Kami menjalin hubungan baik dengan remaja-remaja ini. Oleh kerana takut, mereka tidak akan menceritakan perkara itu kepada keluarga, jadi kami perlu mendapat kepercayaan mereka untuk memperoleh maklumat keluarga,” katanya.

Nurul Azira berkata, kebanyakan ibu bapa malu apabila dimaklumkan mengenai keadaan anak mereka.

“Mereka bimbang jiran akan mengetahui perkara tersebut. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang mengakui gagal mengawal tingkah laku anak mereka.

“Kebiasaannya kami akan menasihatkan remaja terbabit dan ibu bapa mereka untuk mendapatkan kaunseling,” katanya.

Jelasnya lagi, sekiranya ibu bapa tidak dapat menjaga ibu dan anak tersebut, mereka boleh menyerahkan kedua-duanya kepada JKM.

Beliau menceritakan kes remaja berusia 13 tahun yang melahirkan anak luar nikah baru-baru ini.

“Ibu bapanya berkata mereka enggan memberi jaminan bahawa remaja tersebut tidak akan hamil semula sekiranya bapa kepada anak luar nikah itu tinggal di kawasan sama,” katanya.

“Jadi mereka bersetuju untuk menghantar remaja dan bayi tersebut ke JKM,” katanya. - The Star


Friday, September 21, 2012

Lelaki Putus Kaki Selepas Diserang Harimau Di Zoo

Lelaki Putus Kaki Selepas Diserang Harimau Di Zoo

NEW YORK – Seorang pelawat Zoo Bronx diserang harimau selepas dia melompat keluar daripada tren monorel dan terjatuh ke dalam sangkar haiwan berkenaan, kata polis dan pegawai zoo.

Lelaki berkenaan putus kakinya dalam kejadian berkenaan.

Serangan harimau itu berlaku pada kira-kira jam 3 petang waktu tempatan di kawasan binatang liar Asia, di mana tren membawa pelawat menyeberangi Sungai Bronx dan melalui kawasan hutan, melepasi bahagian hujung pagar yang didiami gajah, rusa dan harimau.

Penumpang tidak mempunyai tali pinggang keledar dan lelaki berusia 25 tahun itu tiba-tiba melompat keluar daripada tren dan melompat melepasi pagar. – AP

Seorang wanita merantai anaknya selama 21 tahun

HENG terpaksa menghabiskan masanya dengan tangannya dirantai dalam bilik khas.
HENG terpaksa menghabiskan masanya dengan tangannya dirantai dalam bilik khas

CHEN berharap ada pihak tampil membantu anaknya.
CHEN berharap ada pihak tampil membantu anaknya.

NANJING: Seorang wanita merantai anaknya yang sakit mental dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu dengan sebahagain besar masanya hanya terlantar di katil.

Menurut media semalam, Hong Chunlin terpaksa dirantai dan dikurung di rumahnya apabila dia mula menjadi ganas dan sukar dikawal. 

Hong, 37, kini dijaga ibunya, Chen Jiufang, 71, di rumah mereka di di Nanjing, Jiangsu, timur China.

Disebabkan terlalu lama dirantai, pergelangan tangan Hong mempunyai parut yang dalam.


Chen berkata, Hong mula mengalami gangguan mental ketika berusia 16 tahun akibat kemurungan melampau kesan gagal bercinta.


“Sebelum ini, Hong pernah dibiarkan bebas tetapi dia selalu bergaduh, memaksa saya mengurungnya di rumah,” katanya. 

Menurut Chen, Hong mudah menjadi agresif jika ternampak warna merah kerana bekas kekasihnya mengenakan pakaian berwarna itu ketika mereka berpisah. 

“Kami petani miskin dan tak mampu membiayai perubatan Hong di hospital atau membeli ubat untuk mengawal perlakuannya,” katanya. 

Apa yang boleh dilakukannya, kata Chen, adalah memastikan Hong kekal bersih, selamat dan mendapat cukup makan. 

“Memang sedih melihat Hong dirantai, tetapi jika tidak dibuat begitu, dia akan mencederakan orang lain dan dirinya,” katanya. 

Walaupun terlalu lama dirantai, Chen masih berharap Hong akan pulih satu hari nanti walaupun masalah kewangan tetap menjadi kekangan kepada mereka.

“Mudah-mudahan ada mana-mana pihak tampil membantunya,” katanya. - DM



Wednesday, September 19, 2012

Pembedahan pertama pemindahan rahim ibu kepada anak di dunia

TIGA daripada lebih sepuluh pakar bedah yang melakukan 
transplan rahim ibu kepada anak perempuan di Sweden. Dari kiri: Andreas G Tzakis, Pernilla Dahm-Kähler dan Mats Brannstrom.

STOCKHOLM - Sepasukan doktor di Sweden berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim daripada ibu kepada anak perempuan yang pertama di dunia, kata satu pasukan perubatan kelmarin.

Universiti Gothenburg menyatakan, dua wanita tempatan berusia dalam lingkungan 30-an menerima rahim daripada ibu mereka dalam pembedahan di Hospital Sahlgrenska, barat Sweden pada hujung minggu lalu.

Identiti mereka tidak didedahkan.

"Lebih sepuluh orang doktor bedah yang berlatih bersama untuk prosedur tersebut selama beberapa tahun mengambil bahagian dalam pembedahan sukar ini," kata ketua pasukan pakar bedah berkenaan, Mats Brannstrom.

Beliau merupakan seorang profesor Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Gothenburg.

Menurutnya, rahim seorang wanita itu telah dibuang bertahun-tahun lalu akibat kanser servik. Sementara wanita kedua pula dilahirkan tanpa rahim.

" Kedua-dua pesakit yang menerima rahim baharu berada dalam keadaan baik tetapi penat selepas menjalani pembedahan. Ibu mereka sudah boleh berjalan dan akan dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari lagi," jelas Brannstrom.

Pihak universiti berkenaan memberitahu, dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 wanita di Sweden tidak dapat mengandung kerana ketiadaan rahim.

Pasukan perubatan tersebut memberitahu, kualiti rahim dikawal oleh ovari dan hormon di dalam badan manusia. Berdasarkan teori tersebut, mereka menjelaskan, rahim wanita yang sudah mengalami menopaus boleh menampung kehamilan.

Seorang penerima rahim tersebut yang dikenali sebagai Anna berkata, dia memilih untuk menjalani pembedahan tersebut bagi memulihkan semula fungsi badannya seperti wanita lain.

"Satu perasaan hebat kerana dapat merasai pengalaman ini (mempunyai rahim)," katanya dalam komen yang disiarkan di laman web Hospital Sahlgrenska.

Menurutnya, tiada jaminan dia dan teman lelakinya akan dapat menimang cahaya mata selepas prosedur tersebut.

"Namun, kami ada peluang yang baik. Jika saya hamil, ia adalah bonus buat kami," katanya.






Tuesday, September 18, 2012

CCTV: Bila Pencuri Amatur Nak Rembat Ducati

Bila Pencuri Amatur Nak Rembat Ducati

Sekumpulan enam pemuda yang menaiki tiga buah skuter dikesan CCTV cuba melarikan dua buah motorsikal mewah jenis Ducati 1199 di sebuah premis di Croydon, London baru-baru ini.

Namun cubaan itu gagal apabila salah seorang pekerja kedai motorsikal berkenaan dan rakannya yang berada di luar premis itu berjaya mematahkan percubaan tersebut.

Para pencuri amatur itu kemudiannya berjaya melarikan diri setelah cubaan mereka gagal seperti yang dirancang sebelumnya.






Monday, September 17, 2012

Pengguna tandas di hotel mewah terkejut aksi diperhati

|


Baring all: This woman is obviously unaware her behind is being seen by passersby in the Meatpacking District


Disbelief: Tourists point at the shocking views of people using bathrooms in the hotel above


NEW YORK: Ketika pelawat sebuah hotel eksklusif di New York boleh menikmati pemandangan indah dari tandas di tingkat 18 bangunan itu, keadaan yang sama tidak dirasai orang lain yang ada di sekitar kawasan berkenaan.

Pelanggan Kelab Boom Boom Boom di Hotel Standard di Manhattan dapat melihat ke luar melalui kaca yang menjadi lantai, dinding dan siling di tandasnya.

Pada masa sama, kaca itu juga membolehkan orang lain melihat aksi mereka di tandas. Keadaan itu membimbangkan sesetengah pengguna tandas kerana tiada sebarang notis diletakkan mengenai situasi berkenaan. Lebih memalukan, sesetengah aksi mereka turut dirakam orang tidak dikenali yang melihat mereka dari bawah. Pelancong dari Melbourne, Australia, David Langdon, 55, berkata melihat ke luar dari tandas itu memang menyeronokkan.

“Tetapi pemandangan di dalam tandas amat menakutkan,” katanya. Menurut Langdon, dia melihat pejalan kaki melambai ke arahnya dari bawah.

Katanya, keadaan itu bukan sesuatu yang diharapkan apabila seseorang membuang air. Deretan mangkuk tandas pada dinding bilik itu dibina berhampiran dengan tingkap kaca dan ia membolehkan orang lain melihat setiap pergerakan yang ada di situ. Pemilik premis itu juga tidak memasang langsir atau bidai bagi melindungi pengguna tandas berkenaan. Menurut sumber, hotel berkenaan memang popular di kalangan selebriti.

Antara bintang yang pernah menggunakan tandas itu ialah Leonardo DiCaprio dan Cameron Diaz. Walaupun ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati, sesetengah pengguna lain tidak keberatan aksi mereka dalam tandas menjadi tontonan. Malah, ada antara mereka sempat melambai ke arah orang lain yang melihatnya dari bawah. Pengurus hotel berkenaan pula enggan memberikan sebarang komen ketika dihubungi media. - DM


Sunday, September 9, 2012

13 kali hamil anak orang lain

CAROLE menunjukkan kandungan terbarunya yang kini berusia dua bulan.
CAROLE menunjukkan kandungan terbarunya yang kini berusia dua bulan.

CAROLE menunjukkan gambar bayi yang pernah dilahirkanya.
CAROLE menunjukkan gambar bayi yang pernah dilahirkanya.

LONDON: Dalam tempoh tujuh bulan lagi Carole Horlock akan bersalin dan bayi itu akan diserahkan kepada pasangan warga Itali tanpa perlu menunggu dia menggendongnya walaupun untuk seketika.

Dalam keadaan begitu, Carole tidak berasa apa-apa, malah gembira kerana sekali lagi dia berjaya membantu pasangan suami isteri yang tidak memiliki zuriat. Wanita Britain berusia 45 tahun itu menjadi ibu tumpang paling prolifik di dunia dan kini hamil untuk kali ke-13.


Kata Carole, pasangan yang tidak mempunyai anak dibantunya sangat menghargai pertolongan sedemikian.

“Anda boleh lihat kegembiraan di wajah pasangan terbabit sebaik saja menyentuh bayi mereka untuk kali pertama.


“Melihat kepada perasaan teruja dan penuh emosi itu mendorong saya menjadi ibu tumpang,” katanya. Lahir di Stevenage, Carole mempunyai dua anak perempuan - kini berusia 22 dan 19 tahun - hasil hubungannya dengan dua lelaki berbeza. Kata Carole, dia mengetahui mengenai ibu tumpang itu selepas membaca satu rencana di akhbar pada 1995 ketika bekerja di kedai dobi.


“Walaupun berusia 20-an, saya menjadi ibu tunggal dan membesarkan dua anak perempuan.

“Saya faham bagaimana perasaan seorang ibu terhadap anaknya dan betapa sedih seorang wanita yang tiada zuriat.


“Saya tak mampu mengubah hidup sesiapa dengan bekerja di kedai dobi, tetapi jika menjadi ibu tumpang, ramai yang beroleh manfaat,” katanya. Justeru, Carole menghubungi pertubuhan yang menguruskan perkhidmatan ibu tumpang seperti dipapar di akhbar. Setakat ini Carole melahirkan lapan bayi perempuan dan empat lelaki untuk pasangan bermasalah, termasuk sepasang kembar dua dan tiga. Biasanya Carole menerima bayaran antara �10,000 (RM49,787) dan �15,000 (RM74,681) daripada pasangan yang dibantunya. - DM



Friday, September 7, 2012

Wanita Turki tembak alat sulit, penggal kepala perogol

Wanita Turki tembak alat sulit, penggal kepala perogol
Nevin (gambar kanan, atas) menembak dan memeggal Nurettin yang merogolnya selama lapan bulan. Foto utama menunjukkan kepala Nurettin (dibulatkan). – Foto ihsan crimelibrary



SEORANG wanita Turki sedang menunggu perbicaraannya selepas dia ditahan kerana memenggal kepala seorang lelaki yang dikatakan merogolnya berulang kali selama lapan bulan.

Wanita berkenaan membunuh lelaki itu demi maruah diri, kata peguamnya.

Nevin Yildirim, 26, ibu kepada dua cahaya mata, tinggal di sebuah kampung kecil di barat daya Turki.

Menurut sumber yang dekat dengan kes, lelaki durjana itu, Nurettin Gider dikatakan mula menyerang wanita itu beberapa hari selepas suaminya meninggalkannya pada Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.

Tambah sumber itu, Nurettin telah mengancam Nevin dengan pistol dan mengugut akan membunuh anak-anaknya yang berumur dua dan enam tahun jika dia bising.

“Selepas itu, itu adalah pertama kali Nevin dirogol dan kemudiannya perbuatan itu terus berulang selama lapan bulan.

“Pada satu ketika, Nevin berkata, Nurettin menyelinap ke dalam rumahnya ketika dia sedang tidur dan mengambil gambar dia dan salah sekeping gambar itu menunjukkan badannya yang sedang berbadan dua.

“Lebih kejam, Nurettin mengugut untuk menyiarkan gambar jika dia tidak taat kepadanya,” kata sumber itu lagi.

Di kampung-kampung kecil di negara itu, harga diri seorang wanita adalah segala-galanya dan penghormatan itu menjadi beban kepada keluarga mereka.

Sementara itu, gambaran buruk yang berlaku ke atas Nevin, boleh mendatangkan bahaya kepada keluarganya.

Pada 28 Ogos lalu, ketika sedang sarat mengandung lima bulan, Nevin akhirnya memutuskan untuk menghentikan tindakan lelaki itu dari terus merogolnya.

Ketika Nurettin memanjat dinding belakang rumahnya, "saya tahu dia akan rogol saya lagi," katanya pada pendengaran awal pada 30 Ogos lalu.

Nevin berkata, ketika itu, dia mengambil senapang bapa mertuanya yang tergantung di dinding dan menembaknya.

Nurettin bagaimanapun cuba merampas senapang itu tetapi gagal dan Nevin ‘menghadiahkan’ sedas lagi tembakan.

"Saya mengejar dia," katanya. "Dia jatuh di atas tanah dan mula mengerang kesakitan. Saya kemudiannya menembak organ seksualnya dan lelaki itu terus diam.

“Saya tahu dia telah mati dan kemudian memotong kepalanya," katanya.

Saksi kejadian berkata, Nevin berjalan ke sekeliling kampung membawa kepala lelaki itu sambil menggenggam rambutnya.

"Jangan bercakap di belakang saya, jangan bermain dengan penghormatan saya.

"Ini ialah kepala manusia yang bermain dengan penghormatan saya," katanya kepada seorang lelaki yang duduk di sebuah kedai kopi.

Nevin kemudiannya melemparkan kepala Nurettin ke tanah, kata saksi.

Tidak lama kemudian, jurukamera dari agensi penyiar Turki, DHA yang tiba di tempat kejadian sebelum pihak berkuasa, berjaya merakamkan kepala Nurettin di atas tanah.

Selepas kejadian itu, pihak berkuasa memanggil saksi untuk membantu siasatan dan wanita itu ditangkap.

Nurettin, 35, merupakan bapa kepada dua anak yang berusia sembilan dan 15 tahun. Dia telah berkahwin dengan ibu saudara suami Nevin.

Menurut sumber, ketika diadili, Nevin memberitahu dia menyesali apa yang berlaku.

"Pada mulanya saya ada terfikir untuk melaporkan kejadian yang menimpanya kepada pihak polis ataupun peguam daerah, tetapi saya tidak mahu dikatakan sebagai perempuan murahan.

"Daripada saya mendapat reputasi yang buruk, saya telah membuat keputusan untuk membersihkan maruah diri saya dan membunuhnya.

“Saya juga terfikir untuk membunuh diri tetapi saya tidak tergamak melakukannya,” kata Nevin yang bimbang orang ramai akan menghakimi anak-anaknya atas apa yang berlaku.

"Sekarang tiada siapa yang boleh memanggil anak-anak saya haram.

"Saya telah membersihkan penghormatan saya. Semua orang akan memanggil anak-anak saya sebagai ‘anak-anak wanita yang dibersihkan maruahnya,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, Nevin telah pergi ke sebuah klinik kesihatan untuk melakukan pengguguran, tetapi jururawat memberitahunya adalah mustahil untuk meneruskan hasratnya itu kerana dia sudah 14 minggu hamil.

Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, di Turki, pengguguran dibenarkan hanya semasa 10 minggu pertama kehamilan dan selain itu pengguguran hanya dibenarkan untuk kes-kes untuk menyelamatkan nyawa atau kesihatan ibu atau dalam kes-kes kerosakan janin sahaja.

Sewaktu kes Nevin dibicarakan, dia mengakui tidak mahu menjaga bayi itu dan lebih rela mati.

Pejabat pendakwa raya telah mengarahkan pemeriksaan perubatan dijalankan ke atasnya untuk mematikan sama ada Nevin pernah membuat pengguguran yang mungkin mengganggu kestabilan mentalnya, kata sumber itu.

Bapa Nevin, Zekeriya Yildiz berkata, DNA anak perempuannya menunjukkan tidak ada elemen sumbang muhrim di kalangan keluarganya.

"Jika dia ada memberitahu kami, kita akan mengambil langkah berjaga-jaga lain," katanya.

Sementara itu, Nevin kini ditempatkan di penjara tempatan sementara menanti hari perbicaraan.

Dalam satu laporan tahun lepas, kumpulan pemerhati Hak Asasi Manusia menjelaskan bahawa terdapat jurang dalam undang-undang Turki di mana gadis dan wanita tidak dilindungi daripada penderaan domestik.

Mereka mendapati, kira-kira 42 peratus wanita yang berusia lebih 15 tahun tinggal di bandar dan 47 peratus wanita berada di luar bandar dilaporkan mengalami keganasan fizikal atau seksual sama ada oleh suami atau pasangan mereka.

“Dia telah hidup dalam trauma yang sangat dahsyat.

“Dia mesti didakwa kerana mempertahankan diri," kata ahli sosiologi di Universiti Akdeniz dan ahli Organisasi Sokongan Wanita Antalya, Gursel Oztunali Kayir.





Wednesday, September 5, 2012

Haramkan loket bertenaga skalar

loket bertenaga
Mohamed Idris menunjukkan loket bertenaga skalar yang boleh memberi kesan buruk kepada si pemakai.

GEORGETOWN - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak lagi menggunakan loket bertenaga skalar (skalar energy) atau beradioaktif yang disahkan memberi kesan buruk kepada penggunanya.

Ia berikutan hasil analisis ujikaji Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) yang menunjukkan penemuan paras radiasi yang tinggi serta melebihi had yang dibenarkan pada permukaan loket selain menunjukkan kepekatan bahan radioaktif thorium-22 dan uranium-238.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata,penjualan loket itu didapati masih berleluasa malah CAP turut menerima aduan pengguna bahawa terdapat sebuah syarikat jualan langsung yang berpusat di Kepala Batas, giat menjual loket
berkenaan manakala sebuah laman web syarikat jualan langsung yang berlainan juga turut memasarkan jualannya.

“LPTA melalui Kementerian Kesihatan Malaysia sudah memutuskan bagi mengharamkan penggunaan Quantum Pendant dan SE Pendant yang masing-masing dijual dua syarikat jualan langsung yang berlainan, malah difahamkan, wakil KKM sudah memaklumkan kepada
LPTA bahawa tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan penggunaan loket terbabit memberi manfaat kesihatan kepada pemakainya.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu bertindak tegas ke atas syarikat berkenaan yang menggunakan lesen mereka bagi menyembunyikan penjualan produk itu selain menyita stok loket berkenaan sebelum menyerahkan kepada LPTA bagi tujuan penyimpanan dan pengendalian yang selamat,” katanya pada sidang media di Pejabat CAP, disini semalam.

Mohamed Idris berkata,pemakaian loket itu yang didakwa boleh melancarkan peredaran darah, menambah tenaga, meningkatkan tahap kepekaaan serta daya tumpuan dan lain-lain lagi sebenarnya mengundang risiko kerana si pemakai terdedah kepada penyakit kanser atau kesan genetik manakala pendedahan yang paling rendah pula boleh meninggalkan kesan stochastic.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan supaya mengharamkan segera penjualan dan penggunaan loket berkenaan.

Menurutnya,keputusan pengharaman itu selaras dengan Peraturan 4(1), Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas 2101 yang menyebut bahawa tiada seorang individu pun yang boleh menjalankan atau menyebabkan amalan itu dijalankan kecuali mempunyai justifikasi.

Pengharaman sama ke atas loket dengan paras radiasi tinggi, SE Pendant 0352, juga diperkenalkan badan berkuasa Hong Kong pada 2009.


Tuesday, September 4, 2012

Gadis diganggu lembaga hitam

Sopiah
Sopiah menunjukkan ruang di mana dia terlihat lembaga hitam. Gambar kecil: Siti Intan Shafinaz Abdul Aziz.

TOKAI, PENDANG – Sepasang suami isteri di Jalan Tokai di sini bimbang melihat keadaan anak kedua mereka yang menjadi tidak bermaya selepas dipercayai diganggu lembaga hitam di rumah mereka, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu,  Siti Intan Shafinaz Abdul Aziz, 26, bertindak menjerit dan menangis sambil menepis bahagian perutnya kerana mendakwa perutnya begitu panas selepas ternampak lembaga hitam dalam bilik tidurnya.

Ibu mangsa, Sopiah Mat,47, berkata, dia dan suaminya tidak menyangka anaknya itu diganggu lembaga hitam memandangkan setengah jam sebelum itu dia sedang bermain dengan dua cucunya dalam bilik.

“Saya mendengar dia (Intan) menjerit, namun menyangka mereka sedang bergurau, namun tiba-tiba dua cucu saya keluar daripada bilik memberitahu mak mereka menangis menyebabkan saya bergegas masuk di dalam bilik melihat anak saya sedang menjerit.

“Saya tidak dapat melakukan apa-apa sehingga lebih dua jam keadaan anak saya begitu dan selepas itu dia tertidur sendiri. Namun selepas itu, anak saya nampak tidak bermaya seperti sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sopiah berkata, anaknya pernah diganggu lembaga hitam tiga tahun yang lalu namun, tidak menyangka perkara sama berulang lagi.

Sopiah turut berkongsi cerita pada malam sehari sebelum kejadian itu berlaku kepada anaknya.

Menurutnya, dia sendiri ternampak sepasang mata lembaga hitam dari arah dapur rumah ketika sedang tidur bersama suami dan anak di ruang tamu.

“Ketika kejadian kira-kira jam 4 pagi saya terkejut dari tidur  selepas bermimpi ada lembaga hitam mengganggu saya, namun selepas saya membuka sahaja mata saya ternampak lembaga hitam berjalan-jalan di bahagian tempat kami tidur.

“Saya tidak melakukan apa-apa, hanya melihat sahaja. Saya kemudiannya ternampak sepasang mata dari arah dapur rumah dan jelmaan itu hilang secara tiba-tiba selepas saya mendengar suara seperti anak saya (Intan) menangis tetapi keesokan pagi dia memaklumkan dia tidak menangis,” katanya.




Sunday, September 2, 2012

Kawal TV dengan kelipan mata

Kawal TV dengan kelipan mata
Kelip sahaja mata anda, siaran tv pasti bertukar mengikut mode mata


BEIJING - Satu lagi inovasi teknologi kali ini menyebelahi mereka yang gemar melepak dan menonton televisyen (TV) dan hanya perlu mengelipkan mata jika mahu mengubah siaran atau sebagainya.

TV Kawalan Mata yang dikeluarkan di bawah jenama Haier China itu, dilengkapi dengan alat peranti besar yang diletakkan di hadapan tv kemudian pengguna hanya perlu mengelipkan matanya bagi menukar saluran, mengubah nada suara, mematikan atau membuka siaran tv mereka.

Teknologi penderiaan mata diaplikasikan melalui sensor Kinect-style yang mana siaran atau program tv tidak akan terganggu jika mata penonton berkelip secara normal dan bukan bertujuan mahu mengubah siaran.

Alat pengesan itu perlu diletakkan di hadapan pengguna dan harus diselaraskan dengan mata pengguna itu sendiri untuk memastikan skrin tv berkenaan dapat mengenali mata yang bakal mengeluarkan arahan kepadanya kelak.

Pengguna yang sering berhadapan masalah kehilangan dan sakit mata melihat susunan alat kawalan jauh tv yang memenuhi meja kopi mereka boleh menyelesaikan masalah itu dengan teknologi terbaru ini.

Dalam pada itu, satu lagi cara terbaik mengawal siaran tv anda adalah menerusi telefon pintar yang baru sahaja direka.

Menerusi satu ujian yang dilakukan rangkaian blog teknologi melibatkan barangan dan elektronik pengguna di persidangan tekonologi IFA di Bderlin, Jerman pada minggu lalu telah menyimpulkan inovasi tv itu sebagai 'konsep yang menambat hati' walaupun ia masih belum bersedia untuk dipasarkan pengeluar.



Saturday, September 1, 2012

Jamil dipatuk ular tedung selar, 'mati hidup semula'

Jamil dipatuk ular tedung selar, 'mati hidup semula'
Mohd Sabron Jamil bersama ular tedung

TANGGAL 3 Mac 2012,  Mohd Sabron Jamil, 24, yang juga kakitangan Zoo Teruntum, Kuantan, koma apabila dipatuk ular tedung selar betina sepanjang 14 kaki ketika membersihkan kandang ular berkenaan.

Taring ular berkenaan terbenam selama 20 saat di lengan kirinya mengakibatkan anak muda ini terlantar lebih sebulan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. Doktor mencadangkan agar lengannya dipotong namun cadangan ini ditentang keras oleh keluarganya.

Kini, selepas lebih tiga bulan, meski pun sudah sihat namun tangan kirinya disahkan tidak berfungsi sepenuhnya. MW berkongsi kisah anak muda ini tatkala bertandang ke rumahnya di Sungai Karang Darat, Beserah, Kuantan.

Tangan kiri Mohd Sabron Jamil atau mesra disapa Jamil masih membengkak. Penulis sempat meminta izin untuk memegangnya. Ketika ditanya adakah ia sakit, pantas kata Jamil, “bakar pun tak terasa kak.”

Ternyata patukan ular tedung selar yang dipanggilnya Hana mengubah keseluruhan perjalanan hidup anak muda ini. Jika suatu ketika dahulu, pengunjung Zoo Teruntum dapat melihat pelbagai aksinya bersama haiwan itu termasuk aksi mencium, memasukkan Hana ke dalam mulut namun segalanya kini berubah.

Jamil lebih banyak duduk di rumah menanti tangannya pulih dan ada kalanya dia menjadi pengacara bagi acara-acara persembahan binatang yang dilakukan kawan-kawannya.

Bercerita lebih lanjut tentang hari kejadian kata Jamil ia berlaku selepas dia cuba membersihkan kandang Hana, ular tedung selar yang ditangkap sendiri di kawasan rumahnya. Secara tiba-tiba ular yang masih punya bisa itu mematuk tangannya sekali gus membenamkan taring di lengan kirinya.

“Kejadian berlaku sekitar jam 5.30 petang. Tanpa sedar taring Hana sudah membenam di tangan kiri. Saya tak menjerit atau terasa sakit sebelum adik sepupu dan seorang kawan Nasarudin segera menerpa ke arah saya.

“ Sebelum itu saya cuba membuka mulutnya namun gagal sebelum dibantu. Lebih kurang 20 saat lamanya taring Hana terbenam di lengan saya.

Sebaik berjaya membuka mulut Hana, Nasarudin dan adik sepupu bergilir menyedut bisa ular dan kemudian terus menghantar saya ke hospital.

“Semasa sampai di hospital, saya segera menelefon ayah dan memberitahu saya dipatuk ular. Semasa di wad kecemasan, keadaan saya mula lemah kerana suntikan antivenom tiada di HTAA dan perlu menunggu stok dari Kuala Lumpur yang memakan masa lebih lima jam. “Ketika ini juga saya berkata pada diri sendiri, saya tak mahu mati begini dan saya harus kuat.

Meskipun tidak sedarkan diri lagi selepas itu, tapi syukur kerana Allah masih memanjangkan usia saya lagi,” katanya yang kemudian memberitahu Nasarudin dan adik sepupunya turut ditahan tiga hari di wad kesan dari bisa yang disedut mereka.

Cerita Jamil lagi, keadaan selepas itu menjadi semakin kalut apabila dia tidak sedarkan diri selain mulutnya mengeluarkan buih dan matanya turun naik ke atas sehingga menyebabkan seluruh ahli keluarganya berasa sangat bimbang.

Apa yang ditakuti terjadi

Dalam pada itu kata ibunya, Noor Azahariah Ramli, 53, sejak kecil, anak-anaknya seramai enam orang sudah terbiasa dengan reptilia berbisa ini. Setiap kali suaminya, Kamarudin Abdullah, 56 menangkap ular dia suka menayangkan binatang ini kepada anak-anaknya.

“Suami saya tak memiliki sebarang kemahiran menangkap ular tetapi bila jiran-jiran minta tolong, dia  akan membantu tambahan pula masa dahulu, agak sukar mendapatkan pertolongan cepat.

“Bila bawa balik ke rumah, dia akan tunjuk pada anak-anak. Ajar mereka tentang reptilia ini, apa yang boleh dan tidak. Apabila dewasa, Jamil mengikut jejaknya dan sering kali pergi menangkap ular yang masuk ke rumah jiran-jiran di sini,” katanya mengakui di kawasan sekitar rumahnya di Sungai Karang Darat, Beserah, Kuantan dipenuhi dengan reptilia ini.

“Hinggalah suatu hari Jamil membawa pulang seekor ular tedung selar yang agak besar dan saya perhatikan seakan Jamil akrab dengannya. Ke mana saja akan dibawa dan tak pernah lekang,” katanya.  

Tambah ibu ini lagi, setiap kali anaknya bermain pertunjukan ular di tempat kerjanya, doanya tidak pernah putus. Malah dia pernah menasihatkan anaknya untuk mengurangkan aktiviti bermain dengan Hana kerana bimbang sesuatu terjadi.

“Tetapi percaturan Allah lebih adil. Apa yang saya takuti akhirnya jadi kenyataan apabila Jamil dipatuk ular sehingga koma berbulan lamanya,” katanya yang segera menelefon adiknya selepas anaknya dipatuk ular.

“Adik saya terus  menelefon kawannya yang juga pengamal perubatan tradisional.  Katanya   bisa ular sudah merebak ke seluruh tubuh Jamil dan mereka cuba menyekatnya dengan menarik bisa berkenaan,” katanya yang berusaha memberi air penawar awal bisa ular iaitu  batang pokok pisang yang dikisar lalu diambil airnya.

“Malangnya,  air batang pokok pisang yang kami bawa ditolak oleh doktor.  Semasa sampai di hospital, dalam tempoh sejam Jamil masih ok malah sempat minta maaf pada semua. Namun selepas itu, matanya mula naik dan kekejangan. Mulutnya berbuih dan mula tak sedarkan diri sementara menunggu antivenom tiba,” katanya menceritakan kembali detik anaknya bertarung maut itu.

Jelas Noor Azahariah, kala semua merasakan hayat anaknya tidak panjang, suaminya dengan penuh keyakinan menyatakan bahawa anaknya itu akan hidup dan mereka semua perlu bersabar.

“Alhamdulillah, berkat doa dan solat hajat lebih tujuh masjid di seluruh negara, meski pun antivenom belum disuntik di tubuh Jamil jam 10 malam, Alhamdulillah, kami mendapat anak kami kembali,” katanya sambil memberitahu setiap satu dos antivenom itu memakan masa setengah jam untuk disuntik ke tubuh dan Jamil memerlukan sembilan dos pada malam tersebut.