Sunday, March 31, 2013

Belah perut anjing cari jari


Bradenton (Florida): Kerana marah selepas anaknya kehilangan jari akibat digigit anjing peliharaan keluarga, seorang bapa menembak haiwan berkenaan berkali-kali sebelum membelah perut anjing itu untuk mengeluarkan jari anaknya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada doktor berjaya menyambung semula jari kanak-kanak itu.


Syerif di wilayah Manatee berkata, kejadian berlaku Jumaat lalu apabila kanak-kanak berusia 11 tahun itu menghulurkan tangannya ke dalam kandang anjing berkenaan.

Anjing itu menggigit jari kelengkengnya. Kejadian itu turut menyebabkan lengan kanak-kanak itu patah. Syerif berkata, bapa kanak-kanak itu menembak anjing berkenaan dan mengeluarkan jari anaknya dari perut haiwan itu sementara menunggu ketibaan ambulans. - DM


Friday, March 29, 2013

Doktor Brazil dituduh bunuh 7 pesakit, angka sebenar mungkin 300

Doktor Brazil dituduh bunuh 7 pesakit, angka sebenar mungkin 300
Virginia Helena Soares de Souza
Doktor Brazil dituduh bunuh 7 pesakit, angka sebenar mungkin 300
Hospital Evangelico di mana Virginia Soares de Souza berkhidmat. 


CURITIBA, Brazil - Seorang doktor Brazil didakwa membunuh sekurang-kurangnya tujuh pesakit dalam usaha mengosongkan katil sebuah hospital di Curitiba, tenggara Brazil, semalam.

Virginia Helena Soares de Souza mengambil sekumpulan doktor untuk membantunya melakukan pembunuhan itu di Hospital Evangelico.

Dia didakwa memberi arahan memasukkan bahan-bahan sedatif dan ubat tahan sakit selain mengawal tahap oksigen dan penggunaan ubat-ubat lain, lapor CNN.

Tujuh pegawai penjagaan kesihatan turut didakwa bersama de Souza.

De Souza tidak mengaku salah.

Laporan Reuters pula menyebut angka kematian pesakit disebabkan tindakan doktor itu kemungkinan mencecah 300 orang.

Pendakwa raya mendakwa de Souza mencabut palam, tindakan yang bertentangan dengan hasrat seseorang pesakit dan keluarga mereka dan ia juga bercanggah dengan peruntukan undang-undang Brazil.

Polis pula berkata, doktor itu bertindak demikian bagi mengosongkan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan membebaskan 'suasana tidak menyenangkan', yang diakibatkan oleh pesakit.

De Souza yang ditahan bulan lalu dikatakan memberi arahan kepada kumpulan doktor terbabit antara 2006 dan 2013.

Dalam temu bual dengan rakan media CNN, TV Globo, doktor yang menyiasat kes itu, Mario Lobato berkata, jumlah kematian akibat tindakan de Souza kemungkinan lebih banyak.

Kata Lobato, pasukannya sedang menganalisis carta perubatan membabitkan lebih 1,700 pesakit dan menemu bual lebih ramai doktor.

Sepanjang tujuh tahun lalu, de Souza sendiri tidak menyenaraikan ubat-ubatan yang diberikan kepada pesakit terbabit tetapi ada mengarahkan doktor-doktor yang membantunya agar menukar peralatan pernafasan mekanikal.

Malah, de Souza juga membebarkan doktor terbabit melihat rekod-rekod perubatan untuk menyenaraikan ubat-ubat yang perlu atas namanya.

Peguam de Souza, Elias Mattar Assad berkata, beliau akan membuktikan arahan anak guamnya bersandarkan keperluan perub




Wednesday, March 27, 2013

Pelajar mati dibaham 5 anjing


 Mandatory Credit: Photo by Mark St George/Rex / Rex USA (1275656c)

JADE28N_4_WEB

JADE28N_9_WEB

Seorang rakan berkata: “Jade pergi ke kedai untuk membeli pai daging dan membawanya ke kediaman Kimberley. Kami dengar anjing itu menyerangnya ketika dia makan pai itu. Dia cuba mengelak tetapi anjing berkenaan berang dan menerkam lehernya.


“Dia tewas diserang haiwan itu di dalam rumah Kimberley.

“Ketika polis tiba, empat anjing berkenaan berada di luar rumah.


“Jade berada di dapur. Kami dengar bunyi tembakan. Kami percaya anjing terbesar ditembak sembilan das sebelum ia mati.” Thomas Jefferies, 18, berkata: “Sepupu saya kata, dia dengar bunyi tembakan dan jeritan.” Seorang lagi rakan berkata: “Anjing itu memang menakutkan. Tetapi Jade kenal dengan haiwan itu.

Saya tidak faham mengapa haiwan itu menyerangnya. “Mungkin ia terbau darah selepas anjing pertama menyerang Jade. Ia satu tragedi. Jade benar-benar gadis yang baik.” Seorang penduduk berkata: “Anjing itu selalu menyalak dalam rumah kecil itu. 

Semua kanak-kanak di sini takut dengan anjing itu.” Oliver Carrick, 15, berkata: “Ia betul-betul anjing yang jahat - ia tidak pernah dibiarkan di taman dan tiada siapa pun masuk ke situ.” Anjing berkenaan milik ibu Kimberley, Beverley. Kedua-dua beranak itu berada dalam kediaman terbabit ketika kejadian. - Agensi



Wednesday, March 20, 2013

Payudara terkoyak



London: Walaupun menghabiskan wang sehingga £4,000 (RM18,888) untuk mencantikkan payudaranya, seorang wanita terpaksa berdepan dengan realiti menakutkan.

Bagi Lauren Yardley, 25, ia memang pengalaman amat pahit apabila payudaranya tiba-tiba terkoyak dan menyebabkan implan yang dimasukkan ke situ terkeluar. Kata Lauren, pada awalnya dia mendapatkan khidmat pakar untuk membesarkan payudara daripada saiz A kepada DD.


“Saya malu kerana dada saya seperti budak lelaki,” katanya.

Dua bulan selepas memperoleh saiz yang diidamkan, Lauren menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila payudara kanannya lebih besar berbanding kiri.


Katanya, payudara itu juga lebih keras daripada sepatutnya.


Keadaan itu, katanya, menyebabkan Lauren berasa tidak selesa.

“Apabila dirujuk kepada doktor, saya diberitahu implan berkenaan tidak diterima badan dan pembedahan semula terpaksa dilakukan,” katanya.


Walaupun baru dua bulan, tisu di sekitar implan itu mengetat dan menolaknya ke luar melalui kesan jahitan di bahagian bawah payudara Lauren. Selepas diperiksa, doktor berkata, implan itu tidak boleh dimasukkan semula kerana tubuh Lauren perlukan masa untuk sembuh.

Justeru, Lauren terpaksa hidup dengan payudaranya tidak seimbang selama enam bulan. Disebabkan malu, Lauren - berasal dari Coventry - menggunakan potongan daging ayam untuk dimasukkan ke colinya bagi menyeimbangkan payudara berkenaan sementara menunggu waktu dibedah semula. Hasil pengalaman pahit dan menyakitkan itu, Lauren menasihati wanita lain supaya lebih berhati-hati.


“Saya sendiri tak percaya apabila implan itu mula keluar sedikit demi sedikit dari payudara,” katanya. Ketika diperiksa, doktor sendiri mengakui tidak pernah melihat insiden itu berlaku.


Bagaimanapun, Lauren bersyukur kerana keadaan masih boleh diselamatkan.


“Perkara paling menakutkan ialah apabila saya hanya mempunyai satu payudara selama tujuh bulan,” katanya. - The Sun


Friday, March 15, 2013

Bayi jatuh tingkat lapan terselamat

Tingkap di apartmen West Harlem ini tidak dilengkapi jeriji besi. Foto: CBS
Tingkap di apartmen West Harlem ini tidak dilengkapi jeriji besi. Foto: CBS

NEW YORK - Seorang wanita maut selepas dipercayai terjun bersama anaknya dari tingkap tingkat lapan apartmen West Harlem, namun bayi lelaki berumur 10 bulan itu dilaporkan terselamat, menurut polis New York, kelmarin.

Saksi, Steven Dominiquez, 18, memberitahu dia melihat bayi tersebut melantun beberapa kali sebelum jatuh ke tanah dalam keadaan tertiarap berhampiran mayat ibunya, Cynthia Wachenheim, 45.

"Saya terkejut selepas mendengar bayi itu meraung dengan kuat. Dia amat bernasib baik kerana terselamat," katanya.

Difahamkan, bayi malang itu kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Hasil siasatan awal polis mendapati Wachenheim turut meninggalkan tujuh nota di bawah katilnya dan tiada tanda berlaku pergelutan di rumahnya.

Menurut dalam laporan AP rakaman kamera pengawasan juga menunjukkan suami mangsa meninggalkan rumah mereka kira-kira sejam sebelum kejadian .








Saturday, March 9, 2013

Layar internet di dinding

TEKNOLOGI Openarch mengubah dinding ruang tamu menjadi paparan komputer.Gambar kecil,Cuervas-Monshe

MADRID - Penghuni sebuah kediaman futuristik di Sepanyol boleh melayari paparan internet di dinding ruang tamu, mematikan jam loceng atau menukar latar belakang bilik tidur kepada pemandangan tepi pantai atau suasana jalanan hanya dengan pergerakan tangan.

Teknologi canggih itu yang sebelum ini digunakan dalam permainan video telah dipasang di sebuah apartmen prototaip di Fuenterrabia, utara Sepanyol.

Menggunakan sensor yang dibangunkan oleh firma Microsoft untuk konsol permainan video X-box 360, teknologi itu membolehkan penghuni mengawal persekitaran di kediaman mereka dengan melambaikan tangan.

"Apa yang kami lakukan adalah menampal lapisan digital pada ruang untuk membolehkan interaksi digital menggunakan pergerakan tangan," kata pereka konsep kediaman pintar tersebut, Ion Cuervas-Monshe.

Cuervas-Monshe melancarkan teknologi yang dikenali sebagai Openarch itu pada November 2011 dengan membina sebuah prototaip di apartmennya sendiri.

Namun, menurutnya Openarch bukan sahaja boleh digunakan di kediaman persendirian.

"Kami masih membincangkan kerja sama dengan sektor peruncitan dengan teknologi ini bakal digunakan di pasar-pasar raya," kata Cuervas-Monshe.- AFP





Lelaki China Tersepit Antara Dinding


Hangzhou (China): Gara-gara mahu sampai cepat ke rumahnya, seorang lelaki tersepit di antara dua dinding ketika pulang dari bar di Xinqiao di bandar Wenzhou, Zhejiang.

Menurut media tempatan, Jian Tsui tersepit di situ begitu rapat sehingga dia sukar bernafas atau menjerit untuk meminta tolong.

Disebabkan masalah itu, nasib menimpa Jian hanya disedari apabila hari siang dan anggota penyelamat terpaksa menebuk lubang pada satu daripada dinding berkenaan untuk menyelamatkannya.

Saksi berkata, Jian meninggalkan bar kira-kira jam 1 pagi dan meredah cuaca sejuk untuk pulang.

“Dia mahu mengambil jalan pintas dan cuba lalu di antara dinding dua rumah, tetapi gagal meloloskan diri,” katanya. Sementara itu, Jian berkata, dia kesejukan dan mahu segera sampai ke rumah.

“Apabila tersepit, saya cuba keluar semula, namun gagal kerana saya tidak boleh bergerak banyak.

“Saya cuba menjerit meminta tolong, tetapi disebabkan tak mampu bernafas dengan betul, saya tak boleh menjerit,” katanya. Jian bernasib baik kerana seorang penduduk kampung ternampak dia tersepit ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Dia cuba menarik Jian keluar, tetapi ia hanya menyebabkan kecederaan.

Akhirnya, seorang pemilik rumah membenarkan anggota penyelamat menebuk lubang dinding rumahnya untuk selamatkan Jian. - DM


Thursday, March 7, 2013

Anjing Selamatkan Wanita Cuba Bunuh Diri


AVIGNON, Perancis: Seekor anjing jenis German Shepherd milik wanita Perancis menyelamatkannya daripada cubaan membunuh diri dengan menyalak apabila dia cuba untuk menembak jantungnya menggunakan senapang, kata pegawai polis tempatan.
Wanita berusia 63 tahun itu berjalan ke tamannya di bandar Sorgues di wilayah Vaucluse, melakukan beberapa cubaan tembakan menggunakan peluru kaliber-22 dan memalingkan senjata itu ke arah dadanya.
“Pada ketika dia mahu memetik picu senjata, anjingnya melompat kepadanya dan tembakan itu terlepas ke arah lain,” kata seorang pegawai polis tempatan kepada AFP, sambil menambah bahawa anjing itu “mungkin dapat mengesan sesuatu dan menyalak ke arah wanita itu bagi menyelamatkannya.”
Wanita itu dijumpai dalam keadaan sedar oleh suaminya tetapi mengalami sakit dada.
Dia dibawa ke hospital tetapi kecederaannya tidak mengancam nyawa. - AFP





Tuesday, March 5, 2013

'Batman' tangkap suspek dikehendaki polis

Hebat! 'Batman' Bekuk dan Serahkan Buronan ke Polisi


BRADFORD - Seorang lelaki yang berpakaian seperti ‘Batman’ menangkap dan menyerahkan suspek dikehendaki kepada polis sebelum menghilangkan diri.

Menurut pihak polis, penjenayah yang berusia 27 tahun itu dibawa oleh lelaki yang memakai kostum Batman pada awal pagi 25 Februari lalu.

Penjenayah itu didakwa atas kesalahan mencuri dan menipu.

“Individu yang membawa penjenayah itu ke balai polis memakai kostum Batman dan hingga kini, identitinya masih lagi menjadi misteri,” kata sumber polis.

“Bukan saja identiti Batman itu tidak diketahui, malah kami sendiri juga kurang pasti sama ada lelaki itu terlibat sama atau tidak dengan penjenayah yang diserahkan kepada polis,” ujar pihak polis.

Pemilik kedai The Joke Shop di Kirkgate, Kathryn Sutcliffe berkata, dia ada menjual kostum Batman kepada seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an beberapa hari sebelum kejadian itu.

Sutcliffe berkata, lelaki itu menggunakan loghat penduduk tempatan dan berambut kerinting.

Tambah beliau, mungkin lelaki itu yang terlibat menyerahkan penjenayah kepada pihak polis baru-baru ini kerana dia membeli kostum batman menggunakan kad kredit dan berkata mahu merahsiakan identitinya.



Friday, March 1, 2013

Telefon bimbit tak perlu caj 15 tahun



SPARONE PLUS cuma memerlukan sebiji bateri saiz AA untuk bertahan selama 15 tahun.


BARCELONA - Tidak dapat membuat panggilan kecemasan kerana telefon pintar anda kehabisan bateri? Jangan bimbang, Xpal ada penyelesaiannya.

Telefon bimbit baharu firma berkenaan, SpareOne Plus boleh bertahan sekitar 15 tahun menggunakan hanya sebiji bateri bersaiz AA.

Gajet tersebut turut didatangkan dengan pek kalis air supaya anda dapat menyimpannya untuk kegunaan kecemasan bagi dekad akan datang.

"Ini bermakna saya boleh mematikan telefon ini dan menyimpannya di dalam laci atau kompartmen kereta contohnya, se lama 15 tahun dan jika saya di timpa kecemasan dan perlu membuat panggilan, gajet ini sentiasa boleh digunakan," kata pengarah Xpal, Alan Cymberk noh pada pameran Kongres Mo bil Sedunia 2013 di sini yang berakhir semalam.

Pengguna juga katanya, tidak perlu berlanggan dengan pembekal telekomunikasi kerana panggilan kecemasan adalah percuma tetapi ia masih memerlukan kad modul identiti pelanggan (SIM) jika mereka mahu membuat panggilan biasa.

"Setahun sejak versi pertama dilancarkan, jualan telefon ini amat memberangsangkan di Amerika Syarikat," ujar Cym berknoh

Model terbaharu telefon itu boleh menghantar lokasi pemanggil melalui sistem pengesanan global apabila panggilan kecemasan dibuat. - AFP