Saturday, June 18, 2011

Maxis Mulakan Pra-Daftar Untuk BlackBerry PlayBook

Maxis bakal menawarkan BlackBerry PlayBook

Maxis yang sebelum ini membawa masuk Motorola Xoom, HTC Flyer dan pelbagai tablet lain bakal membawakan orang ramai pakej BlackBerry Playbook pula. Antara ciri spesifikasi Blackberry Playbook adalah processor 1 GHz dual-core dengan RAM sebanyak 1GB. Dua kamera depan belakang, 3MP dan 5MP dengan kualiti 1080HD serta menyokong HTML untuk pelayan internet.

Maxis dilihat membawakan banyak pakej menarik berasaskan internet tablet untuk pengguna. Pengguna boleh mendapatkan harga yang rendah bagi peranti-peranti yang ada dengan mendaftar pelan yang disediakan. 


Tarikh rasmi pelancaran masih belum diketahui tetapi orang ramai yang berminat untuk mendapatkan info seawal pelancaran boleh mendaftar di laman Maxis BlackBerry Playbook





Maxis Mulakan Pra-Daftar Untuk BlackBerry PlayBook

Maxis bakal menawarkan BlackBerry PlayBook

Maxis yang sebelum ini membawa masuk Motorola Xoom, HTC Flyer dan pelbagai tablet lain bakal membawakan orang ramai pakej BlackBerry Playbook pula. Antara ciri spesifikasi Blackberry Playbook adalah processor 1 GHz dual-core dengan RAM sebanyak 1GB. Dua kamera depan belakang, 3MP dan 5MP dengan kualiti 1080HD serta menyokong HTML untuk pelayan internet.

Maxis dilihat membawakan banyak pakej menarik berasaskan internet tablet untuk pengguna. Pengguna boleh mendapatkan harga yang rendah bagi peranti-peranti yang ada dengan mendaftar pelan yang disediakan. 


Tarikh rasmi pelancaran masih belum diketahui tetapi orang ramai yang berminat untuk mendapatkan info seawal pelancaran boleh mendaftar di laman Maxis BlackBerry Playbook





Thursday, June 16, 2011

Gambar Perodua Myvi 2011 Dan Harga Pasaran





Perodua Myvi 2011 terbaru telah dilancarkan secara rasmi tadi yang diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Terdapat 3 pilihan untuk pengguna iaitu Standard, Premium dan Elegance. 

Kesemua pilihan dilengkapi beg udara berkembar untuk pemandu dan penumpang depan, namun Standard tidak dilengkapi ABS, EBD dan BA seperti mana yang terdapat pada Premium dan Elegance. Bagi pilihan Elegance harga mencecah RM57,908.00 kerana kereta nie paling lengkap antara ketiga-tiga pilhan tadi kerana mendapat tambahan seperti kit badan penuh, panel skrin sesentuh 6 inci dengan sistem GPS dan kusyen kulit.

Bagi pilihan Standard pulak harganya antara RM44,426.00 sehingga RM48,326.00 kerana tidak dilengkapi rim aloi, sebaliknya menggunakan rim besi yang ditutup menggunakan penutup plastik (wheel cap). 

Sebelum nie ada ura-ura Myvi terbaru bakal menggunakan enjin berkapasiti 1.5L, malangnya untuk keluaran terbaru nie, Perodua masih mengekalkan enjin 1.3 untuk kesemua 3 pilihan tadi. Pasal enjin nie yang ramai yang kecewa kerana Perodua masih menggunakan enjin lama.



Kenderaan tenggelam kerana pemandu percaya GPS

GAMBAR menunjukkan kenderaan utiliti sukan ditarik keluar dari dalam tasik.

WASHINGTON - Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di sini kelmarin selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).
Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel.
Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS.
Namun, kenderaan itu bergerak memasuki sebuah tasik.
Ketiga-tiga wanita itu menggigil selepas mereka berjaya keluar dari kenderaan tersebut yang kemudian tenggelam ke dalam tasik berkenaan.
Sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi namun kenderaan tersebut sudah tenggelam ke dalam tasik.
Ia kemudian ditarik keluar dari tasik tersebut dengan menggunakan trak penunda itu. - Agensi


51 laman web kerajaan kena godam

LAMAN web KRU Studios yang sebelum ini ditutup akibat diserang oleh penggodam kembali pulih semalam

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan sebanyak 51 laman web milik agensi kerajaan digodam oleh penggodam yang tidak dikenali.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat SKMM, Muhamad Tahir Muhamad Noor berkata, sehingga awal pagi semalam, 41 daripada jumlah itu mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.
Menurutnya, serangan tersebut dikesan bermula pada pukul 11.30 malam kelmarin dan menjangkakan tempoh memulihkan kesemua laman web tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
"Pemantauan kami mendapati serangan semakin berkurangan menjelang pukul 4 pagi semalam (kelmarin) dan selepas membuat penilaian, kami menganggap kesan serangan itu terhadap pengguna di Malaysia adalah kecil," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.



Wednesday, June 15, 2011

Kereta baharu diletak dalam van kecil

SEBUAH kereta Mazda 626 diletakkan di dalam sebuah van kecil untuk dibawa pulang 
ke Kazakhstan dari Bargteheide, Jerman baru-baru ini.

BARGTEHEIDE, Jerman - Sebuah kereta baharu diletakkan dalam sebuah van kecil dalam keadaan menegak oleh pemiliknya untuk dibawa pulang ke Kazakhstan sejauh 3,540 kilometer dari sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Van itu digunakan kerana pemilik kereta tersebut tidak mahu menggunakan perkhidmatan penghantaran kenderaan berkenaan dengan menggunakan treler yang melibatkan kos yang tinggi.
Kusyen diletakkan di sisi kereta tersebut bagi mengelak badan kereta itu mengalami sebarang calar.
Bagaimanapun, polis Jerman menahan van yang membawa van tersebut semasa ia dalam perjalanan ke Kazakhstan baru-baru ini.
Kertas akhbar digunakan untuk menutup kereta jenis Mazda 626 itu daripada dilihat oleh orang ramai.
Dua lelaki, Konstanty Krol, 38, dan Cezar Chielewski, 28, yang membeli kereta itu ditahan oleh polis bersama dengan van berkenaan.
Anggota-anggota polis menahan van itu selepas mereka mendapati ia bergerak dalam keadaan tersenggut-senggut.
Seorang jurucakap polis berkata, kereta dan van tersebut telah dirampas.
Namun, katanya, kereta berkenaan akan dibenarkan dibawa pulang ke Kazakhstan setelah semua dokumen perjalanan yang sah disediakan oleh kedua-dua lelaki itu. - Agensi


Portal kerajaan digodam penjahat Dragon Force

SEBUAH kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous turut memberi 
amaran untuk menggodam laman web kerajaan.

KUALA LUMPUR - Portal rasmi Jabatan Pengajian Politeknik dan sebuah portal pelancongan swasta menjadi mangsa pertama sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Dragon Force Malaysia di sini awal pagi semalam.
Dalam kedua-dua portal itu, penggodam terbabit menyatakan tindakan tersebut dibuat sebagai protes terhadap kerajaan Malaysia supaya tidak menghalang kebebasan menggunakan Internet.
"Tiada yang selamat, terima kasih ahli Dragon Force. Kepada pentadbir, Dragon Force sudah datang. Terkejut huh? Jangan bimbang banyak yang akan datang lagi.
"Hormati kami, kami masukkan kod, kami ubah sistem anda, kami buka kata kunci anda, kami salah guna jaringan anda bukan kerana kami benci tetapi kami suka. Enjoy!," kata penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Kambeng Merah melalui mesej yang ditinggalkan dalam portal yang digodam.
Bagaimanapun, kedua-dua portal yang digodam selama 13 jam bermula tengah malam kelmarin sehingga kira-kira pukul 1 petang itu boleh diakses semula setelah dibaik pulih oleh pentadbir portal berkenaan.
Dalam pada itu, sumber daripada Jabatan Pengajian Politeknik mengesahkan kejadian tersebut dan sedang menunggu laporan penuh pembekal perkhidmatan laman webnya.
"Kami mempunyai dua portal iaitu www.politeknik.edu.my dan politeknik.gov.my. Yang telah diserang ialah politeknik.gov.my sementara portal yang satu lagi tidak digodam.
"Buat masa sekarang, memang tiada sebarang kerosakan serius dan semua kerosakan itu sudah dibaiki. Selepas pihak kami mendapat laporan penuh daripada pembekal, kami akan buat laporan terus kepada pihak atasan mengenainya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Selain itu, sebuah lagi portal milik syarikat Impressions Holidays & Resort Sdn. Bhd. iaituwww.tourmalaysia.com.my turut menjadi mangsa kumpulan sama.