Tuesday, July 5, 2011

Cermin mata bionik untuk si buta


LONDON - Sekumpulan penyelidik di Universiti Oxford, London sedang mencipta cermin mata bionik yang menggunakan kamera kecil dan komputer poket bagi kegunaan orang buta.
Cermin mata itu akan memudahkan orang buta untuk mencari arah di pusat beli-belah, stesen kereta api yang sibuk serta membolehkan mereka 'membaca'nombor bas dan tanda harga elektronik di kaunter bayaran.
"Kami berpuas hati dengan ciptaan ini. Dengan kos berpatutan, orang ramai boleh menggunakannya," kata penyelidik sains neuro klinikal, Dr. Stephen Hicks.
Penyelidikan awal mengenai kaca mata itu telah selesai dan pasukannya sedang menyediakan prototaipnya.
Kombinasi cermin mata yang ringan dan murah itu akan berada di pasaran seawal tahun 2014, sekiranya ujian yang dilakukan berjaya. Ia dikatakan sesuai digunakan oleh lebih 300,000 warga Britain yang dilaporkan buta. - Agensi




Monday, July 4, 2011

Pemandu van ‘tergantung’

VAN yang dipandu Lyons terbabas di tepi gaung di Colorado National Monumen, Colorado.

DENVER - Seorang lelaki, Daniel Lyons mengalami pengalaman paling menakutkan apabila van yang dipandunya terbabas di tebing sebuah gaung selepas terlibat dalam satu kemalangan .
Lyons terpaksa bertungkus-lumus cuba mengimbangi berat van itu bagi mengelakkan ia terjatuh dari ketinggian 52 meter sementara menunggu pasukan penyelamat di Colorado National Monumen tiba.
Seorang saksi, Joan Anzelmo berkata, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan lelaki itu dari van sebelum dia dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan ringan.
"Ia satu keajaiban. Sekiranya van itu gagal diimbangkan ia akan terjatuh ke dalam gaung," katanya. - Agensi


Sunday, July 3, 2011

Jual permainan Transformers demi kekasih

SHANE FENTON bersama koleksi permainan Transformers yang disimpan di dalam bilik tidur utama di rumahnya di Boddam, Scotland

BODDAM, Scotland - Seorang pengajar teknikal sebuah syarikat marin, Shane Fenton terpaksa menjual koleksi permainanTransformers miliknya yang bernilai £200,000 (RM967,815) atas permintaan kekasihnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Fenton yang berusia 32 tahun membuat keputusan untuk menjual koleksi permainan itu yang dikumpulnya sejak kanak-kanak bagi membayar hutang rumahnya di sini.
Koleksi permainan itu melibatkan lebih 1,000 model patungTransformers itu yang disimpan di bilik tidur utama rumah mereka.
"Benar, saya dapat membayar hutang rumah jika saya menjual permainan itu," kata Fenton.
Menurutnya, kekasihnya itu mahu memulakan hidup berkeluarga dan mempunyai anak menyebabkan koleksi permainan tersebut yang disimpan di dalam bilik tidur utama itu perlu dijual bagi membolehkan mereka menggunakan bilik berkenaan.
Selama ini, bilik tidur itu tidak boleh digunakan kerana ia hanya menyimpan alat permainan berkenaan.
"Saya memberitahu Fenton bahawa dia bukannya kanak-kanak lagi. Dia akan berusia 33 tahun pada tahun depan," kata kekasihnya itu yang enggan namanya didedahkan.
Pasangan tersebut kini sibuk membuat senarai alat permainan itu yang akan dijual. -


Kecilkan payu dara kerana bosan diraba

GEMMA WESTMORELAND selepas menjalani pembedahan mengecilkan payu dara.

BARNSLEY - Seorang wanita di Britain, Gemma Westmoreland menjalani pembedahan untuk mengecilkan payu dara besarnya bersaiz 34J kerana bosan diraba oleh lelaki dan wanita nakal, lapor sebuah akhbar semalam. Wanita berusia 26 tahun setinggi 1.5 meter itu berkata, dia bukan sahaja menjadi tumpuan ketika berada di tempat awam malah, ada lelaki dan wanita meraba dadanya kerana menyangka payu daranya tidak asli.
"Orang ramai menyangka hanya kerana payu dara saya amat besar, mereka bebas untuk merabanya," tambah wanita itu Selepas menjalani pembedahan mengecilkan payu dara selama tiga jam di sebuah hospital kerajaan di sini beberapa bulan lalu, saiz payu dara Westmoreland kini berkurangan separuh daripada saiz asalnya. "Pakar-pakar bedah saya hebat, saya lega kerana menjalani pembedahan ini," ujarnya. - Agensi



Saturday, July 2, 2011

Kejutan Zuckerberg minggu depan

KOMPUTER tablet iPad keluaran syarikat Apple.

SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa laman jaringan sosial terbesar di dunia itu akan melancarkan 'sesuatu yang hebat' pada minggu depan.
Sebuah akhbar semalam melaporkan komen Zuckerberg pada Rabu lepas itu mencetuskan spekulasi bahawa Facebook memperkenalkan aplikasi terbaharu untuk kegunaan telefon bimbit atau komputer tablet seperti iPad.
iPad kini menjadi popular dan dikeluarkan syarikat Apple.
Tanpa mengulas lanjut, Zuckerberg dalam satu sidang media di pejabatnya di sini memberitahu, produk terbarunya akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Facebook memiliki lebih 500 juta pengguna sejak ia dilancarkan pada Februari 2004.
Laman sosial berkenaan merupakan pesaing utama gergasi Internet seperti Google dan Yahoo untuk merebut pelanggan dan iklan. - Agensi


Friday, July 1, 2011

Pegawai bank letak jawatan untuk jadi bomoh


CAPE TOWN – Seorang pegawai bank Britain, Thomas Heathfield (gambar) sanggup meletakkan jawatan untuk menjadi seorang bomoh selepas dia menjalani latihan tiga bulan bersama beberapa pakar di sebuah desa di pedalaman Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Heathfield, 32, menari tarian tradisi suku kaum tempatan setiap malam pada pukul 2.30 pagi dan memuntahkan darah kambing untuk lulus latihan perbomohan tersebut.
Dia juga perlu tidur di dalam semak, memakai jubah tradisional dan memburu bahagian badan haiwan yang disembunyikan penduduk tempatan.
Setelah menamatkan ujiannya, Heathfield diiktiraf sebagai bomoh atau sangoma di Afrika Selatan dan dia turut diberi nama tempatan, Gogo Mndawe dalam satu upacara pada minggu ini.
“Sukar untuk saya mempercayainya tetapi saya akhirnya selesai menjalani latihan ini,” kata Heathfield.
Ibu bapanya yang tinggal di Berkshire, England turut menghadiri upacara tersebut.
Menurut lelaki itu, dia rela melalui proses sukar untuk menjadi bomoh kerana mahu mengubah nasib malangnya sejak sedekad lalu termasuk ditinggalkan oleh beberapa teman wanitanya. – Agensi


Mati dipatuk ular senduk peliharaan

GAMBAR fail menunjukkan Luke Yeomans mencium kepala seekor ular senduk.

EASTWOOD, Britain - Seorang lelaki yang memelihara 24 ekor ular senduk di belakang rumahnya di sini mati dipatuk seekor haiwan peliharaannya itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu, Luke Yeomans, 47, pernah menyatakan dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa dia tidak akan mati dipatuk ular peliharaannya.
Dia mati diserang sakit jantung selepas dipatuk ular kelmarin manakala mayatnya ditemui polis berada di kawasan tempat dia menyimpan ular tersebut di belakang rumahnya.
Lelaki itu mempunyai pengalaman mengendalikan ular senduk selama 30 tahun.
Kawasan belakang rumahnya itu dianggap sebagai taman perlindungan haiwan ular senduk yang pertama di dunia.
Seorang penduduk tempatan berkata: "Kejadian itu amat mengejutkan. Setiap orang mengetahui bahawa Luke menyimpan ular namun dia amat berpengalaman dan kami tidak menyangka kejadian ini akan berlaku." - Agensi