Tuesday, August 9, 2011

Sperma Tiruan Rawatan Baru Bagi Lelaki Tidak Subur.


TOKYO: Saintis Jepun mencipta sperma tiruan menggunakan sel tunjang buat kali pertama dalam kejayaan saintifik yang bakal membuka jalan menyediakan rawatan baru bagi lelaki tidak subur. 

Penyelidik kesuburan mencipta sel benih yang menghasilkan sperma dalam makmal dan memindahkannya kepada tikus tidak subur dan mendapati haiwan itu mampu melahirkan anak selepas rawatan.Perkembangan itu, dianggap pakar sebagai amat menarik, dipercayai dapat membantu beribu lelaki tidak subur menjadi bapa jika kaedah itu terbukti memberi kesan sama kepada manusia.

Penyelidikan yang diketuai Dr Katsuhiko Hayashi menyuntik sperma tiruan ke dalam te-lur tikus dan memasukkannya ke dalam saluran peranakan tikus betina, yang melahirkan anak sihat. “Anak tikus itu apabila dewasa mampu melahirkan anak secara semula jadi,” kata Dr Katsuhiko dalam kajian diterbitkan jurnal Cell. Uji kaji sebelum ini bertujuan menghasilkan sperma daripada sel saraf tunjang janin tidak begitu berjaya dan dalam kebanyakan kes melahirkan anak tidak sihat yang kemudian mati. 

Pakar kesuburan dan pensyarah kanan bidang andrologi di Universiti Sheffield, Dr Allan Pacey, berkata kejayaan itu langkah hebat bagi mengembangkan proses menghasilkan sperma untuk merawat lelaki tidak subur. “Rawatan ini memerlukan doktor mengambil sel kulit atau tulang sum-sum pesakit untuk diuji. Namun banyak lagi kajian perlu dibuat untuk menapis proses ini,” katanya. Sementara itu, jurucakap Persatuan Kesuburan Britain yang juga perunding pakar sakit puan di Pusat Kesuburan Newcastle, Dr Jane Stewart, berkata kemampuan menghasilkan sel mengeluarkan sperma manusia dalam makmal menjadi kejayaan dalam rawatan kesuburan. – Agensi 


Sunday, August 7, 2011

Tikus hidup ditemui dalam roti


BRISBANE - Seorang wanita semalam mendedahkan dia terkejut selepas menemui tikus yang masih hidup di dalam bungkusan roti dibeli dari sebuah pasar raya Coles di Aitkenvale, utara Queensland pada Ahad lalu. 

Wanita yang enggan mendedahkan identitinya mendapati terdapat lubang besar pada permukaan roti itu seakan kesan akibat dimakan haiwan perosak. 

Mangsa akhirnya bertindak mengembalikan semula roti itu tetapi pihak pengurusan pasar raya tersebut enggan bertanggungjawab sebaliknya memberi pelbagai alasan tidak munasabah. 

Bagaimanapun, jurucakap pasar raya tersebut menyatakan satu siasatan dalaman sedang dilakukan memandangkan syarikat itu telah memenuhi piawaian keselamatan dan kebersihan makanan yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Townsville.


Friday, August 5, 2011

Nenek 80 tahun saman untuk jadi guru semula


BRIARWOOD, New York - Seorang nenek, Lillie Leon yang berusia 80 tahun memfailkan saman di sebuah mahkamah di Manhattan untuk mendapatkan semula pekerjaannya sebagai seorang guru awam di sebuah tadika, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Lillie diberikan notis pada minggu lalu yang menyatakan dia diberhentikan di Sekolah Awam 117 di sini.

Dia yang telah bekerja sebagai seorang guru selama tiga dekad selepas berhenti bekerja dalam sektor perbankan diberhentikan atas alasan tidak mampu untuk membawa anak muridnya yang mahu pergi ke tandas.
Rilex with M.Nasir and his 'Hang' Buddies by taking a break with KIT KAT.

Menurut peguam Lillie, Stewart Karlin, anak guamnya itu boleh mengajar dengan baik tetapi dia tidak boleh berjalan dengan cepat kerana mengalami masalah lutut.

Guru itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$100,049 (RM298,054) setahun dan tidak pernah menghadapi masalah disiplin sebelum ini.

Menurut guru itu, dia mahu kembali mengajar selama setahun lagi sebelum bersara. - Agensi


Wednesday, August 3, 2011

VIKKI sebelum dia kurus.

BENTUK badan terkini Vikki Billingham.

LONDON - Seorang ibu Vikki Billingham yang bertungkus-lumus untuk membawa anaknya ke taman permainan kini menarik nafas lega apabila berat badannya sudah menurun dengan jumlah luar biasa iaitu sebanyak 107.95 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.

Dia sebelum ini mempunyai berat badan 171.45kg.

Ekoran berat itu, Vikki malu untuk keluar ke kedai.

Ibu dua cahaya mata yang berasal dari West Midlands yang berusia 38 tahun itu menurunkan berat badan kerana mahu membawa anak-anaknya ke taman permainan.


BENTUK badan terkini Vikki Billingham.

Kini, dengan bantuan majalah diet dan beberapa kumpulan kelangsingan badan, berat badannya kini hanya 69.21kg.

Penurunan berat badan itu membuatkan Vikki gemar memakai fesyen yang menarik.

"Saya berasa lebih muda kini berbanding sebelum ini," katanya. - Agensi

Monday, August 1, 2011

Pakar buih belon cipta rekod baharu

SERAMAI 150 orang berdiri di dalam buih belon yang dihasilkan oleh Fan Yang di Beijing kelmarin.

BEIJING - Pakar belon buih, Fan Yang dari Kanada memecahkan rekodnya sendiri apabila seramai 150 orang berada di dalam buih belon yang dihasilkannya dalam satu pertunjukan di Beijing kelmarin.
Rekod lamanya ialah 100 orang berada di dalam buih belon yang dibuatnya dalam program televisyen popular, Oprah Winfrey Show pada 2008.
Dia yang kini menetap di New York telah membuat persembahan buih belon selama 20 tahun. - Agensi




Patung disangka bayi lemas dalam kereta

GAMBAR menunjukkan patung yang disangka bayi di dalam sebuah kereta di Worksop, Britain baru-baru ini.

WORKSOP, Britain - Beberapa anggota polis memecahkan tingkap cermin sebuah kereta kerana menyangka satu patung di dalam kenderaan itu ialah bayi yang ditinggalkan berseorangan oleh keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian itu berlaku apabila seorang pejalan kaki menyangka patung tersebut ialah bayi yang mungkin akan mati kerana ditinggalkan keluarganya berseorangan manakala semua tingkap kereta ditutup.
Pejalan kaki itu kemudian bertindak menghubungi polis.
Beberapa anggota polis kemudian memecahkan tingkap kereta itu bagi menyelamatkan patung tersebut yang disangka bayi baru-baru ini.
Namun, mereka kemudian mendapati bayi itu hanya patung.
Polis terpaksa membayar ganti rugi sebanyak £200 (RM974) ekoran tingkap kereta itu dipecahkan.
Patung itu adalah milik seorang budak perempuan, Chanel Cristofis berusia lima tahun.
Polis memberitahu bapa budak itu supaya tidak lagi meninggalkan patung berkenaan di dalam kereta. - Agensi


Menangi Hadiah Lumayan Sempena Hari Raya Dari PRODUA

Berkongsi hari istimewa ini dengan rakan-rakan dan keluarga anda dengan hanya  menghantar satu mesej kepada yang anda kasihi pada MYPerodua FB. 

Pemenang Hadiah utama akan dapat menghantar mesej-mesej Raya masing-masing dalam satu akhbar tempatan terkemuka pada Hari Raya nanti, Bukan itu sahaja , pemenang juga akan mendapat menjadi tuan rumah bagi rumah terbuka dan ditaja RM 10,000! .

"Tuliskan mesej Maaf zahir batin anda yang paling bermakna kepada orang tersayang."




Jika anda tidak memenangi  hadiah utama, 3 pemenang-pemenang hadiah sagu hati masih lagi berpeluang memenangi RM5,000!  

Peraduan berlangsung untuk dua minggu sahaja dari 31 July 2011 sehingga 14 August 2011 . Jom apa lagi tuliskan mesej yang paling menarik untuk orang anda sayangi dan menangi hadiah-hadiah menarik dari Produa.

Anda  boleh melawati   MYPerodua FB untuk keterangan lebih lanjut lagi   http://www.facebook.com /