Tuesday, October 30, 2012

Keranda dilengkapi sistem karaoke

SEORANG pekerja menguji sebuah keranda yang dilengkapi sistem karaoke di kilang milik Nogoy di wilayah Pampanga semalam.

MANILA - Sebuah keranda yang dilengkapi sistem karaoke dihasilkan oleh beberapa pekerja di sebuah kilang di wilayah Pampanga, utara bandar raya ini semalam.

Pemilik kilang itu, Robert Nogoy mengeluarkan keranda tersebut sempena sambutan Hari Halloween.

Nogoy menggantikan bahagian dalam keranda itu dengan sistem karaoke bagi memberi kejutan kepada para tetamu parti Halloween.

Para tetamu parti Halloween kerap memakai pakaian seperti ahli sihir dan hantu. - Agensi


Sunday, October 28, 2012

Ketumbuhan 28kg dibuang

IRMSTRAUD merasakan dirinya seperti orang baru selepas menjalani pembedahan.
RMSTRAUD merasakan dirinya seperti orang baru selepas menjalani pembedahan.

DOKTOR menunjukkan gambar ketumbuhan yang dibuang.
DOKTOR menunjukkan gambar ketumbuhan yang dibuang.


DRESDEN (Jerman): Doktor di sini berjaya mengeluarkan ketumbuhan seberat 28 kilogram, cukup besar untuk memenuhi sebuah kereta sorong, daripada seorang wanita berusia 60 tahun.

Wanita berkenaan, Irmtraud Eichler, sebelum ini dikatakan obese selepas berat badannya meningkat apabila ketumbuhan pada ovarinya itu membesar.


Doktor memberinya ubat antiobesiti untuk memerangi berat badannya yang naik secara mendadak.

Tetapi apabila ketumbuhan itu membesar sehingga Irmtraud tidak boleh berdiri, anaknya mendesak dia menjalani satu lagi pemeriksaan.


Imbasan ultrasound yang dilakukan ke atas wanita itu menunjukkan dia menghidap ketumbuhan yang semakin membesar.


Pakar bedah di Klinik Universiti di Dresden, timur Jerman, menghabiskan masa tujuh jam untuk membuang ketumbuhan yang berukuran 60 sentimeter kali 50 sentimeter, bersama-sama dengan rahim, ovari dan tiroid Irmtraud.

Berat pesakit itu berkurangan 40 kilogram selepas pembedahan berkenaan dan berkata, dia amat gembira dengan keadaannya sekarang.


Seorang jurucakap hospital berkata, wanita itu sudah pulih sepenuhnya dan boleh berjalan semula dengan bantuan tongkat. “Saya amat berterima kasih kepada doktor terbabit. Saya merasakan diri saya sebagai orang baru sekarang,” kata Irmtraud kepada agensi berita tempatan, DPA. - DM


Alasan pelik tuntut insurans telefon bimbit


London: Kita mungkin tidak pernah dengar kejadian seseorang yang hilang telefon bimbitnya selepas alat komunikasi itu termasuk ke dalam perut lembu atau memasaknya. 

Namun, dua kejadian itu antara yang dimaklumkan kepada pekerja syarikat insurans oleh pelanggan yang membuat tuntutan pampasan sejak 12 bulan lalu. 
Antara alasan paling pelik syarikat insurans itu adalah kisah petani di Devon yang mendakwa telefonnya termasuk dalam dubur lembu. Petani itu berkata, alat komunikasi berkenaan dipegangnya ketika membantu seekor lembu beranak, lapor akhbar, di sini.. 


Alasan kedua paling pelik membabitkan seorang wanita berusia 40-an di Nottingham. 

Dia mendakwa termasak alat itu ketika membuat kek untuk anak perempuannya menyambut hari jadi. 

Seorang wanita 30-an pula berkata, telefonnya dirampas seekor burung di Barry Island, Wales. 
Seorang wanita berusia 20 tahun di Bristol pula mendakwa gegaran telefonnya tidak berfungsi ketika menggunakan alat itu untuk tujuan peribadi. 

Dalam satu lagi kes, seorang pekerja berusia 40 tahun berkata, telefonnya terjatuh ketika mahu duduk di mangkuk tandas. 

Seorang lagi lelaki berisia 30-an mendakwa, ketika merakamkan aksi monyet dari dalam keretanya di Tamah Safari Longleat, seekor monyet naik ke bumbung kenderaan dan merampas alat itu daripadanya. 
Agensi


Saturday, October 27, 2012

Saintis cipta sarung tangan pintar



HUNTSVILLE, Alabama 27 Okt. - Sekumpulan saintis sebuah universiti di sini mencipta sejenis sarung tangan yang membolehkan pengguna telefon pintar menaip mesej dengan menekan huruf yang terdapat pada sarung tangan tersebut.

Ciptaan itu, Gountlet Keyboard yang dihasilkan oleh empat jurutera komputer Universiti Alabama, diilhamkan daripada filem Minority Report lakonan Tom Cruise yang disiarkan pada 2002.

Seorang daripada pereka cipta tersebut, Jiake Liu berkata, dengan sarung tangan itu, pengguna boleh menggunakan ibu jari mereka untuk menyentuh huruf yang terdapat pada jari dan tapak tangan mereka tanpa perlu menggunakan papan kekunci atau skrin sentuh pada alatan elektronik mereka.

Katanya, fungsi space dan enter turut dimasukkan dalam sarung tangan terbabit yang dihubungkan melalui Bluetooth.

"Gauntlet Keyboard boleh berfungsi dengan komputer, telefon pintar, alat kawalan permainan video, alat muzik dan peralatan tentera.

"Ciptaan ini juga boleh digunakan sebagai papan kekunci kepada penguna yang cacat sebelah tangan atau kekurangan jari," katanya. - AGENSI




Friday, October 26, 2012

Guru dera murid tadika dipecat

SAKIT...murid malang ini menjerit kesakitan ketika diangkat Yanhong dengan memegang cuping telinganya.
SAKIT...murid malang ini menjerit kesakitan ketika diangkat Yanhong dengan memegang cuping telinganya.

Foto
MELAMPAU...kepala seorang murid diserkup dengan bakul sampah.

Foto
ZALIM...seorang murid dicampak ke dalam tong sampah.

Foto lain menunjukkan kanak-kanak dengan mulut mereka ditutup pita pelekat dan tangan mereka dilekatkan ke meja agar mereka duduk diam tidak bergerak. Satu lagi foto menunjukkan seorang kanak-kanak dicampak dalam tong sampah dengan belakang tubuhnya melengkung di tepi tong sampah.


Gambar terakhir menunjukkan kepala seorang kanak-kanak diserkup dengan bakul sampah.


Bagaimanapun, apabila bersemuka dengan media tempatan, Yanhong menjelaskan dia dan murid berkenaan hanya berseronok.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan: “Tadika itu diarahkan agar menyingkirkan guru terbabit dan melaporkan perkara itu kepada pihak keselamatan awam tempatan.”


Pihak berkuasa yang menyiasat kes itu mendapati Yanhong tidak layak untuk kerja itu, tetapi diambil bekerja ekoran kekurangan tenaga pengajar.

Awal minggu ini seorang lagi guru di negara itu mencetuskan kemarahan apabila rakaman menunjukkan dia menampar kanak-kanak perempuan berusia lima tahun berulang kali. - DM





Anak ikan yu disambar helang masih hidup di padang golf

GAMBAR yang dirakamkan pada Isnin lalu menunjukkan seekor anak ikan yu bintang yang ditemui dekat lubang ke-12 di padang Kelab Golf San Juan Hills, selatan Los Angeles.



LOS ANGELES - Seekor anak ikan yu yang masih hidup ditemui berada dekat lubang ke-12 di Kelab Golf San Juan Hills, selatan bandar raya ini pada Isnin lalu.

Anak ikan yu bintang yang sepanjang 60 sentimeter itu dipercayai disambar seekor burung helang laut di Lautan Pasifik dekat padang golf tersebut.

Burung helang itu kemudian melepaskan ikan tersebut semasa ia terbang melintasi padang golf berkenaan.

"Seorang petugas kami yang membuat rondaan mendapati terdapat sesuatu yang bergerak-gerak di atas rumput dekat lubang ke-12.

"Selepas melakukan siasatan, dia mendapati terdapat seekor ikan yu yang kecil. Dia kemudian membawa ikan tersebut dengan menggunakan kereta golf ke bangunan kelab," kata pengarah operasi kelab itu, Melissa McCormack kelmarin.

Menurutnya, terdapat tanda gigitan pada badan anak ikan itu sekali gus menyebabkan beberapa kakitangan kelab tersebut menganggap ia terjatuh dari paruh burung helang.

McCormack berkata, seorang kakitangan kelab golf kemudian membawa ikan tersebut untuk dilepaskan ke Lautan Pasifik di pantai Dana Point yang terletak lapan kilometer dari situ. - AFP



Monday, October 22, 2012

Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji

SENAD HADZIC

SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.

"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.

Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. - AFP



Bantu wanita cantikkan kulit



SEBAGAI menghargai wanita, jenama depilatori terkemuka, Veet mencari individu berkeyakinan yang mampu menyerlahkan kecantikan kulit dalam peraduan Veet It Off.

Peraduan ini terbuka kepada semua wanita Malaysia berusia 16 tahun ke atas melalui laman facebook www.facebook.com/VeetMalaysia. Hanya klik ‘like’ pada laman facebook Veet kemudian ambil gambar sebelum dan selepas anda memotong pakaian, muat naik gambar dan dapatkan rakan anda mengundi penyertaan anda. 
Menurut Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser Malaysia, Nikhilesh Kalra, Veet adalah jenama yang membantu wanita mendapatkan kulit yang cantik dan licin. 

“Rangkaian produk kami memberikan wanita kulit yang menawan, licin dan lembap.

Ini membolehkan mereka memahami dan mengetahui erti kecantikan sebenar. Paling penting, tiada yang memahami kulit dan bulu roma wanita seperti kami,” kata Nikhilesh. 
Nikhilesh menambah peraduan ini menjadi batu loncatan kepada wanita menyerlahkan kulit mereka. Bukan itu saja, Veet juga inginkan wanita menunjukkan kreativiti sama ada dengan mengubah atau membuang sebahagian pakaian dengan cara paling kreatif. 

Peraduan ini berakhir sehingga24 Oktober 2012. Sebanyak 50 penyertaan paling banyak menerima undian akan dipanggil bertemu panel pengadil peraduan. Hanya 10 peserta akhir disenarai pendek untuk ke pusingan seterusnya bagi memenangi hadiah utama wang tunai RM5,000, bekalan produk Veet setahun dan wajah disiarkan di dalam majalah. 

Peserta akhir akan menghadiri kursus mengenai penjagaan kulit dan tatarias serta bergaya untuk sesi bergambar bagi melengkapkan diri mereka untuk acara akhir yang akan diadakan November ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan Veet It Off dan pameran bergeraknya, sila layari  disini

Saturday, October 20, 2012

Rantai anak untuk kerja

JIANG Manqi diikat datuknya pada basikal.
JIANG Manqi diikat datuknya pada basikal.


KANAK-KANAK ini dirantai ibu bapa mereka.
KANAK-KANAK ini dirantai ibu bapa mereka.

GUANGZHOU: Dua kanak-kanak dirantai pada sebuah bangunan di bandar raya ini ketika ibu bapa mereka bekerja.

Budak lelaki dan kakaknya, berusia tiga dan empat tahun diikat dengan rantai besar supaya mereka tidak boleh melarikan diri atau diambil oleh orang tidak dikenali.

Kanak-kanak berkenaan, yang ibu bapanya pekerja pendatang yang miskin, pernah dilihat menangis mengenangkan keadaan mereka yang terpaksa di rantai itu.

Penduduk berhampiran berkata, ibu bapa kanak-kanak itu berasal dari Hunan, wilayah selatan China dan melakukan pelbagai jenis kerja di kawasan itu.


Terlalu bahaya untuk membawa mereka ke kawasan pembinaan ketika mereka bekerja.


Kerana itu, pasangan berkenaan merantai anak mereka untuk memastikan mereka selamat.

Si bapa berkata, dia dan isteri sedar mereka tidak sepatutnya merantai anak mereka sedemikian. 

“Isteri saya sudah beberapa kali menangis kerana terpaksa merantai mereka. 
Tetapi, kami tidak punyai pilihan,” katanya.

Perbuatan itu menggambarkan kemiskinan melampau yang dihadapi ramai keluarga di China.

Sebahagian ibu bapa tidak mampu membayar penjagaan anak atau anggota keluarga yang kurang upaya ketika mereka keluar bekerja.

Bulan lalu, gambar mendedahkan nasib seorang gadis berusia 13 tahun, Jiang Manqi, yang diikat pada basikal berenjin di Fuzhou, wilayah Fujian. 

Dia diikat sedemikian untuk membolehkan datuknya mengutip sampah untuk dikitar semula.

Keluarganya tidak mampu untuk mengubati penyakit sawannya. Kerana itu dia diikat pada basikal supaya anggota keluarganya boleh mengawasinya.

Sementara itu, di Nanjing, timur China, seorang wanita merantai anaknya dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu.

Hong Chunlin, 37, menghabiskan sebahagian besar masanya dengan tangan dirantai pada katil.

Dia dijaga oleh ibunya, Chen Jiufang yang beryusia 71 tahun. 

Wanita itu berkata, dia bertindak demikian selepas kelakuan anaknya menjadi ganas. - DM




Aplikasi iPhone mampu hodohkan wajah

 8 Awesome Face Transformation Apps For iPhone

bald booth iphone app 8 Awesome Face Transformation Apps For iPhone

 8 Awesome Face Transformation Apps For iPhone

LONDON: Peter Andre kelihatan seperti mengalami bengkak misteri.

Sebenarnya, gambar penyanyi itu telah digunakan oleh seseorang untuk menghasilkan wajah yang begitu buruk menerusi UglyBooth pada iPhone. 
Ia applikasi muat turun yang mengubah orang berwajah biasa menjadi begitu hodoh. 

Hidung dibuat untuk kelihatan besar dan penyek. Muka pula ditempel dengan dengan jerawat bernanah.


Seorang pengguna menggunakan gambar beberapa selebriti pada aplikasi itu dan hasilnya memang melucukan.


Gambar selebriti televisyen, Amanda Holden dan pemain bola sepak, Peter Crouch juga diberi layanan buruk itu. - DM


Najis lembu buat elektrtik


LITTLETON: Najis lembu akan digunakan untuk memberi kuasa membolehkan peminat ski sampai ke sebuah pusat peranginan ski Vermont musim sejuk kali ini. 

Pendekatan menggunakan najis lembu untuk menghasilkan elektrik itu adalah sebahagian daripada usaha kreatif pihak berkuasa yang menyedari kebaikan adanya banyak ladang ternakan di negeri ini. 
Killington adalah antara pusat ski terbesar di New England. Pengusahanya bercadang menggunakan 300,000 kilowatt tenaga elektrik daripada najis itu daripada 13 ladang ternakan pada tahun ini. 

Mereka mahu bekalan kuasa itu menggerakkan K-1 Express Gondola membawa peminat ski ke kemuncaknya setinggi 4,241 kaki, kata jurucakap pusat peranginan berkenaan, kelmarin. 

Program tenaga kitar semula 

Bekalan elektrik daripada najis haiwan itu disalurkan menerusi program tenaga dikitar semula di loji terbesar New England, Green Mountain Power. 
Dimulakan pada 2004 oleh agensi Perkhidmatan Awam Pusat Vermont yang kemudian dibeli oleh syarikat induk Green Mountain Power pada tahun ini, pogram ‘kuasa lembu’ itu menghasilkan lima megawatt menerusi najis 10,000 daripada 270,000 ternakan di negeri ini. 

Program itu menetapkan, najis akan dikumpul pada siang hari dan dicampur dengan air bersih daripada peralatan menghasilkan susu. 

Pengendali program berkenaan memberitahu, mereka pada masa ini menggunakan 300,000 gelen najis sehari. - REUTERS


Friday, October 19, 2012

Kemaluan Wanita Dikunci Dengan Mangga Oleh Suami

http://i.imgur.com/KnId5.jpg

Ini kisah sadis tahap gila! Seorang wanita yang dikenali sebagai Sitabai Chouhan dikejarkan ke Hospital  Maharaja Yashwant Raoin di Indore India kerana cubaan membunuh diri. Beliau cuba membunuh diri dengan memakan racun tikus. Semasa beliau cuba dirawat pihak hospital menemui  sebuah mangga yang mengunci kemaluan beliau. Yang mengerikan disini ialah mangga tersebut mengunci kemaluan beliau melalui lubang yang ditebuk secara terus melalui labia milik Sitabai.

Setelah disoal siasat Sitabai memberitahu pihak hospital suami beliau Sohalnal Chouhan (38) mengunci beliau sejak empat tahun yang lalu. Setelah ditahan pihak polis Sohalnal berkata beliau melakukan kuncian ini kerana mengesyaki si isteri akan mencari lelaki lain ketiak beliau tiada rumah. 

Beliau mengaku akan mengunci kemaluan isterinya pada waktu pagi dan hanya akan membukanya pada waktu malam selepas pulang dari kerja. Sebuah kunci ditemui didalam sarung kaki beliau ketika pemeriksaan polis didapati dapat membuka mangga yang terletak pada kemaluan Sitabai. Alasan yang diberikan oleh Sohalnal ialah di dalam keluarga beliau sudah ada beberapa kes si isteri curang kepada si suami dan beliau hanya mahu memastikan perkara yang sama tidak berlaku kepada beliau.

Pasangan ini sudah mempunyai lima orang anak dan Sitabai Chouhan cuba membunuh diri kerana tidak mampu menahan si suami dari mencabul kehormatan anak perempuan sulung mereka. Sadis! Sohalnal Chouhan kini menanti untuk dibicrakan atas kesalahan mencederakan isteri beliau. 

Monday, October 15, 2012

Felix Baumgartner, lelaki cipta rekod dunia terjunan angkasa

Felix Baumgartner cipta rekod dunia terjunan angkasa

Felix Baumgartner cipta rekod dunia terjunan angkasa

Felix Baumgartner cipta rekod dunia terjunan angkasa
Felix Baumgartner cipta rekod dunia terjunan angkasa
Felix Baumgartner cipta rekod dunia terjunan angkasa
Felix Baumgartner cipta rekod dunia terjunan angkasa
LOS ANGELES 15 Okt – Impian seorang lelaki untuk mencipta rekod dunia dari pinggir angkasa akhirnya berjaya semalam.Felix Baumgartner mencipta rekod dunia, dengan terjun dari pinggir angkasa pada ketinggian 23 batu dari aras bumi.
Beliau mendarat dengan selamat di gurun New Mexico selepas terjun bebas dari belon angkasanya dengan ketinggian 39km/23 batu dari aras bumi.
Difahamkan payung terjunnya dibuka setelah beliau mencapai kelajuan jatuh bebas melebihi 1100 kilometer sejam.
“Kadang-kadang anda perlu naik sangat tinggi untuk menyedari betapa kecilnya anda,” kata Baumgartner sebelum beliau melompat dari kapsulnya, sambil diperhatikan di seluruh dunia melalui siaran langsung.
Beliau mengambil masa lebih dua jam menggunakan sebuah belon khas yang di isi gas helium untuk naik ke ketinggian terjunan dan telah pun memecahkan satu rekod dunia, iaitu rekod altitud paling tinggi untuk sebuah penerbangan belon membawa manusia.
Kali ini, Felix Baumgartner melakukan cubaan kali yang kedua selepas gagal minggu lalu akibat masalah angin.
Untuk melakukan terjunan ini, Baumgartner berlatih selama lima tahun dan telah memegang banyak rekod termasuk terjunan dari Menara Berkembar Petronas.







Sunday, October 14, 2012

Pengguna online perlu pastikan logo PUIM elak penipuan



PUTRAJAYA - Pengguna yang ingin membeli-belah secara online dinasihatkan supaya melakukan pembelian melalui laman web yang mempunyai logo Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) bagi mengelak sebarang penipuan atau kerugian.

Presiden PUIM, Mohd. Azrul Mohd. Nor berkata nombor siri dan logo PUIM merupakan bukti bahawa status seseorang usahawan Internet telah disahkan oleh pihak persatuan dimana hak pengguna dapat dilindungi.

"Buat masa ini sejumlah 130 syarikat atau perusahaan yang melakukan jualan di internet telah mendapat logo PUIM.

"Sekiranya pelanggan berdepan dengan penipuan atau sebarang masalah perkhidmatan, mereka boleh menyemak melalui PUIM dan kita akan dapat menghubungi usahawan tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan Usahawan Internet, di sini hari ini.

Sementera itu, beliau berkata laman sosial seperti facebook berjaya melahirkan ramai peniaga dan usahawan baru, selain membantu mengembangkan perniagaan mereka.

Menurutnya, kebanyakan peniaga kecil-kecilan yang berniaga melalui Internet menyasar kepada pelanggan wanita dengan menjual produk kecantikan dan kosmetik, tudung dan pakaian wanita. - Bernama

Maram dinobat ratu cantik Arab Saudi

Maram (tengah) bersama pemenang kedua dan ketiga ratu cantik Arab Saudi 2012.
Maram (tengah) bersama pemenang kedua dan ketiga ratu cantik Arab Saudi 2012


Riyadh: Pertandingan ratu cantik di Arab Saudi? Ia mungkin kedengaran aneh, tetapi benar berlaku dan disertai wanita negara itu, bersama panel hakim untuk menghakimi peserta dan dua naib juara.

Selamat datang ke acara tahunan kali ketiga pertandingan ratu cantik Arab ‘Ratu Etika’ , di mana wanita yang menang tidak dinobatkan berdasarkan paras rupa, ukuran badan atau kecantikan fizikal, tetapi pada ‘etika’ beliau. Tema pertandingan ratu cantik tahun ini ialah "etika saya, identiti saya". Pertandingan diadakan Isnin lalu di Dewan Besar Raja Abdullah di wilayah Timur Qatif. 

Pemenang, Maram Zaki al-Saif, dipilih sebagai ‘Ratu Etika’ Arab selepas hakim terpegun dengan aksi beliau yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.

Selain merangkul gelaran ‘Ratu Etika’, Saif turut menerima wang tunai bernilai kira-kira 10,000 riyal (RM8,153), ujar akhbar tempatan harian, Sharq.

Ratu yang berasal dari kepulauan Tarout di Arab Saudi ini adalah antara lima finalis yang berjaya mengharungi setiap saringan yang disertai 285 peserta, berumur antara 16 dan 24 tahun.
Dalam pertandingan sama, Fatema Abdel Jaleel Al Abad, 17, dari rantau Al-Ahsa Arab Saudi dinobatkan naib johan manakala Fatema Saeed Al Baik, 23, dari Al Qatif naib juara kedua.

Selain etika peserta dan tingkah laku yang baik, pengarah eksekutif pertandingan Khadra'a Al Mubarak berkata kriteria pemilihan pemenang turut dinilai daripada segi karisma dan prestasi teater, di samping tahap keyakinan yang tinggi dan kemahiran literasi, lapor akhbar Sharq.

Ratu etika perlu menjawab dua soalan utama, yang ditujukan kepada semua lima finalis. Soalan-soalan adalah: Apakah makna sekiranya anda layak merangkul gelaran pemenang? Apakah yang akan anda sumbang kepada gelaran itu?

Al Saif berkata, kemenangan akan menggalakkan beliau untuk mencapai cita-cita dan matlamat beliau, di samping menjadi sumber inspirasi kepada rakan senegara untuk mempercayai dalam keupayaan mereka untuk membentuk perubahan dalam masyarakat secara keseluruhannya. Beliau juga menyatakan keinginannya untuk mewujudkan projek pemulihan vokasional bagi orang kurang upaya yang akan dapat membantu mereka mencari peluang pekerjaan sesuai.

Acara pelancaran itu dihadiri oleh selebriti wanita, dan beberapa tokoh media, bersama-sama ibu peserta. - Agensi


Friday, October 12, 2012

Ibu Kejam, Gamkan Tangan Anak Ke Dinding

Ibu Kejam

Texas – Seorang ibu berhati `binatang’ yang telah membelasah dan melekatkan tangan anaknya ke dinding dengan gam, akhirnya menerima balasan selepas dia dihukum penjara selama 99 tahun, dalam kes yang mengejutkan masyarakat itu.
Elizabeth Escalona, 23, tidak menunjukkan reaksi apabila hukuman dijatuhkan namun meraung apabila pendakwaraya secara terbuka memintanya mengira berapa banyak lebam yang terdapat pada badan anak kecil itu, Jocelyn Cedillo.
Kanak-kanak berkenaan itu berada dalam keadaan koma selepas diserang ibu sendiri pada bulan September lalu.
Keterangan daripada anaknya menunjukkan Jocelyn telah didera selepas dia kencing merata-marata.
Menurut polis, budak malang itu ditendang di perut, dipukul dengan bekas susu dan diseret ke lantai sebelum tangannya dilekatkan di dinding dengan gam yang kuat.
Keadaan itu menyebabkan Jocelyn mengalami pendarahan di bahagian otak, patah tulang, lebam dan terdapat kesan gigitan.
Malah sebahagian kulitnya telah terkeluar daripada tangannya dan doktor turut menemui kes cat putih di dinding pada tapak tangan budak itu.
Jocelyn bersama empat adik beradiknya yang lain, termasuk seorang bayi yang dilahirkan tahun ini, kini dipelihara oleh neneknya.
Dalam pada itu, ketika proses perbicaraan diadakan, pendakwaraya telah memainkan rakaman yang menunjukkan Escalona, pernah mengancam untuk membunuh ibunya, ketika dia masih remaja.
Wanita itu telah menyertai kumpulan gangster pada usia 11 tahun dan turut mengambil marijuana.
Pada mulanya  pendakwaraya mencadangkan Escalona dihukum penjara selama 45 tahun, namun dalam penghujahan akhir, mereka menukar hukuman kepada penjara seumur hidup.
Bagaimanapun adiknya merayu supaya Escalona diberikan rawatan pemulihan di sebalik penjara yang panjang itu.



Uji Ketahanan Diri Dengan Sepak Kelapa `Berapi’

Uji Ketahanan Diri

Indonesia – Setiap kali menonton perlawanan bola sepak penonton pastinya akan merasa bahang kepanasan akibat debaran menyaksikan siapa yang akan menjadi juara.

Namun di Indonesia, bahang panas itu bukan disebabkan oleh debaran menantikan aksi pemain pujaan masing-masing sebaliknya kerana permainan bola itu sendiri adalah panas.

Apa tidaknya, buah kelapa yang dibuang kulitnya, dijadikan sebagai bola. Bukan itu sahaja, ia juga direndam di dalam minyak tanah selama dua hari, sebelum dibakar.

Ia sekali gus  menjadikan perlawanan bola sepak itu sebagai perlawanan bola panas.

Pemainnya, yang hanya berpakaian kain pelekat serta berkaki ayam itu akan mengejar kelapa yang dinyalakan api itu dan berebut-rebut untuk menendangkan.

Seperti biasa, pasukan yang menjaringkan gol akan menang.

Disifatkan sebagai permainan bola sepak yang paling panas dan mencabar selama 60 minit, pemainnya pula bukan calang-calang orang.

Sebelum turun padang, mereka perlu berpuasa selama 21 hari yang merupakan sebahagian daripada proses penyucian diri.

Selepas semuanya bersedia, barulah perlawanan itu dimulakan.

Permainan tersebut popular di Jawa Timur dan dimainkan di sekolah agama.

Menurut penganjur pertandingan, perlawanan itu diadakan bagi menguji keberanian pemain yang juga pelajar sekolah agama itu untuk bermain dengan api.

Ia juga sebagai persediaan pelajar untuk mendapatkan ketahanan diri serta kekuatan rohani.


Thursday, October 11, 2012

Budak sambut hari lahir dengan wiski

Budak Sambut Hari Lahir


CARDIFF: Seorang budak dibiarkan menyedut separuh gelas wiski menggunakan straw selepas sebuah restoran tersilap menghidangkan arak itu walaupun sepatutnya dia diberi jus buah.

Media semalam melaporkan, Sonny Rees menghabiskan kira-kira 40 peratus alkohol itu tanpa disedari kakitangan restoran Frankie and Benny’s di Swansea. Insiden itu berlaku ketika Rees dibawa meraikan hari lahirnya yang kedua. Menurut sumber, kesilapan itu disedari apabila Rees menunjukkan riak wajah serta kelakuan aneh setiap kali menyedut minuman.


Ekoran itu, katanya, ibu Rees, Nina, 34, menghidu serta mencuba minuman berkenaan dan terkejut mendapati ia adalah arak. Rees kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Sementara itu, Nina berkata, dia memesan jus limau dan air kosong untuk anaknya. “Rees sempat menyedut kira-kira 10 kali dan saya dapat lihat dia mabuk,” katanya. - TS


iPhone 5 Bersalut Emas Mula Dijual Di Dubai Pada Harga US$5000




Semenjak iPhone 5 dilancarkan dan mula dijual secara besar-besaran ke seluruh negara, pelbagai idea kreatif mula muncul dari pelbagai pihak untuk melariskan lagi penjualan telefon pintar ini secara mendadak..Idea yang dibawa adalah untuk memasarkan telefon iPhone 5 yang bersalut emas pada harga US$5000.

Telefon pintar iPhone 5 yang bersalut emas telah mula dijual di Dubai Mall semenjak, hari Khamis ini, lapor sebuah akhbar tempatan, 7 Days.

iPhone 5 mewah yang disaluti emas kuning 24 karat ini telah dikeluarkan oleh sebuah syarikat dari London, Gold & Co. pada hari Isnin yang lalu hanya selepas 72 jam iPhone 5 dipasarkan di Britain.

Model iPhone yang berwarna hitam dan bersalut emas kuning tersebut akan dijual pada harga US$4,628 manakala model iPhone yang berwarna putih dan bersalut emas kuning pula akan dijual pada harga US$5,036, lapor akhbar tersebut.

Setiap telefon tersebut akan dibuat khas dengan nombor individu dan hadir bersama dalam sebuah kotak kayu buatan tangan berserta sijil ketulenan.

Telefon tersebut telah pun dipamerkan di Collector’s Palace di Dubai Mall pada pukul 7.30 petang.

Selepas pelancaran itu, telefon berkenaan akan mula dijual oleh wakil pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat Gold & Co. seperti syarikat Damas di Timur Tengah, Evolve Lifestyle Group di India dan pejabat G&C London di Hong Kong.




Wednesday, October 10, 2012

Mangkuk kencing berbentuk mulut wanita di restoran akan dibuang

MANGKUK kencing yang dipasang di restoran mewah Perancis.
MANGKUK kencing yang dipasang di restoran mewah Perancis.

SYDNEY: Sebuah restoran baru Perancis di bandar raya ini berkata, ia akan membuang mangkuk kencing lelaki berbentuk mulut wanita berlipstik dari premis itu ekoran bantahan orang ramai.

Restoran berkenaan, Ananas Bar dan Brasserie juga memohon maaf kerana mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai. Menurutnya, mangkuk itu ciptaan artis Belanda, Meike van Schijndel, biasa digunakan di Eropah.

“Kami memohon maaf sekiranya ia menyebabkan rasa tidak puas hati. Kami akan menanggalkannya hari ini,” kata jurucakap restoran mewah itu yang dibuka tiga minggu lalu.

Pengulas makanan akhbar Sydney Morning Herald menyifatkan mangkuk kencing itu sebagai ‘tidak mengejutkan.’ Bagaimanapun, aktivis wanita dan bekas penasihat politik, Anne Summers berkata, rekaan itu menjijikkan.

“Sikap membenci wanita begitu berleluasa dan ini adalah satu contohnya,” kata Anne. - DM



Tuesday, October 9, 2012

Juara makan lipas maut



DEERFIELD BEACH: Pemenang pertandingan makan lipas mati selepas memuntahkan berpuluh-puluh serangga itu dan cacing yang masih hidup.

Edward Archbold jatuh sakit dan pengsan di sebuah kedai haiwan, tempat pertandingan diadakan. 
Rakaman video menunjukkan Archbold menyumbat masuk lipas ke dalam mulutnya, tidak lama sebelum dia meninggal dunia. 

Lelaki berusia 32 tahun itu memenangi hadiah seekor ular sawa. Dia merancang menjual haiwan itu kepada seorang rakan.


Seramai 30 lagi peserta menyertai pertandingan berkenaan di Deerfield Beach, Florida.


Bagaimanapun, tidak seorangpun sakit selepas itu. 

Penganjur pertandingan, Ben Siegel berkata: “Kami berasa begitu sedih. Dia kelihatan seperti ingin menunjuk-nunjuk. Tetapi dia lelaki baik.” 

Menurut Siegel, Archbold tidak menunjukkan tandasakit sebelum pertandingan. 

Michael Adams, Profesor Entomology di Universiti California, Riverside, berkata, dia tidak pernah mendengar orang mati selepas memakan lipas. 

“Kecuali lipas berkenaan tercemar bakteria atau patogen lain, saya tidak fikir lipas tidak selamat dimakan. 

“Memang ada orang yang alah kepada lipas. Tetapi lipas atau serangga yang ada kaitan dengannya tidak ada toksin,” kata Adams. 

Pegawai kini menanti keputusan bedah siasat untuk menentukan punca kematian Archbold. - DM


Monday, October 8, 2012

Remaja Terpaksa Dibuang Usus

Remaja

Britain – Seorang remaja terpaksa menjalani pembedahan membuang ususnya selepas dia minum koktel yang dicampurkan dengan nitrogen, ketika meraikan hari jadinya yang ke-18 di sebuah bar.

Tindakan itu bagi menyelamatkan nyawanya selepas doktor mendapati ususnya remaja tersebut telah berlubang.

Gaby Scanlon, yang meraikan hari jadinya di sebuah bar di Lancaster dibawa ke hospital tentera selepas menghadapi masalah pernafasan dan mengadu sakit perut.

Keadaan Scanlon kini masih serius, namun dia berada dalam keadaan stabil.

Minuman tersebut dijual di bar berkenaan dan dikenali sebagai Pornstar Martini, yang dihasilkan dengan mencampurkan nitrogen.

Cecair nitrogen berkenaan sering digunakan untuk menyejukkan makanan dan minuman dengan menghasilkan wap air.

Teknik berkenaan dipopularkan oleh chef Heston Blumenthal di dalam televisyen, namun ia hanya digunakan untuk menyejukkan gelas sahaja.

Jika ditelan, cecair nitrogen itu boleh menyebabkan mulut, tekak atau perut menjadi beku, menyebabkan ia melecur, sekali gus merosakkan tisu dalam badan.

Ia juga boleh mendidih dalam perut dan menghasilkan pemeluwapan wap air, hingga merosakkan sistem organ dalam badan.

Dalam pada itu, polis memaklumkan, pemilik bar berkenaan telah berhenti menjual minuman yang dicampurkan dengan cecair nitrogen itu selepas kejadian tersebut.

“Premis berkenaan telah memberikan kerjasama penuh dalam siasatan yang dijalankan.

“Kita juga telah mengambil keterangan daripada beberapa saksi semasa kejadian berkenaan,’’ kata polis




BR1M: Daftar mulai 1 Nov, penerima lama tak perlu mohon



PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan akan membuat pemeriksaan dan semakan dengan agensi berkaitan bagi memastikan pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 adalah yang benar-benar layak menerima bantuan di bawah skim itu.
   
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata bagi pemohon baharu, mereka perlu mengisi borang pendaftaran permohonan yang disediakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pejabat daerah serta pejabat pembangunan persekutuan.
   
Kementerian akan melakukan semakan dengan agensi berkaitan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, LHDN dan sebagainya, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
   
Beliau berkata pendaftaran bermula 1 Nov ini, dan hanya dua kategori pemohon perlu mengisi borang iaitu orang bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan kurang RM2,000 (kecuali pelajar institusi pengajian tinggi) dan mereka yang tercicir daripada senarai BR1M yang lepas.
   
Bagi penerima BR1M yang lalu, mereka tidak perlu lagi memohon kerana akan layak secara automatik menerima BR1M 2.0 yang dijangka diagih awal tahun depan, katanya.

"Namun kami tetap buat pemeriksaan, mungkin ada yang perlu pengubahsuaian, mungkin ada kes-kes penerima BR1M tahun ini yang dah meninggal dunia. Kalau ketua keluarga dah meninggal, isteri masih boleh ambil (BR1M 2.0)," katanya.
   
Pada pembentangan Belanjawan 2013 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelaksanaan BR1M 2.0 sebagai susulan kepada BR1M tahun ini, dan turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, yang melayakkan mereka menerima bantuan RM250.
   
BR1M tahun ini menyaksikan kerajaan persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.2 juta isi rumah membabitkan peruntukan kira-kira RM2.2 bilion, manakala BR1M 2.0 membabitkan peruntukan RM3 bilion dengan tambahan penerima kira-kira 2.7 juta individu bujang.
   
Husni berkata bagi pelajar institusi pengajian tinggi, mereka akan menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 berbanding RM200 pada pemberian tahun ini.   

Bagi yang tercicir daripada senarai BR1M tahun ini, beliau memberi contoh mereka mungkin terdiri daripada kumpulan yang lambat menghantar borang, atau mungkin maklumat mengenai BR1M tidak sampai kepada mereka, atau mungkin baru tergolong dalam kategori warga emas (60 tahun) sebatang kara.
   
Ahmad Husni berkata selain borang yang disediakan di pejabat berkenaan, permohonan juga boleh dibuat dalam talian. - Bernama



Lelaki dengan imej botak lebih dominan

Bryan Cranston - Samuel L. Jackson
Bryan Cranston dan Samuel L. Jackson (kanan) antara personaliti Hollywood yang muncul dengan imej botak. – Foto ihsan lifeinc.today.com

KAJIAN mendapati lelaki botak bersifat lebih dominan, lebih maskulin dan sesuai untuk menjadi pemimpin.

Menurut penyelidik, Albert Mannes, beliau memutuskan untuk membotakkan kepalanya apabila mula mengalami masalah keguguran rambut di usia 30-an dan mendapati ramai yang melayannya dengan cara berbeza dan mula berfikir untuk membuat kajian berhubung senario tersebut.

Dalam ujian pertama, beliau menunjukkan gambar peserta lelaki dengan kepala botak dan peserta yang mempunyai rambut.

Undian jelas memihak kepada si botak dengan statistik yang tinggi berbanding lelaki berambut.

Bagi eksperimen kedua, Mannes menunjukkan seorang lelaki mempunyai rambut dan lelaki sama dengan kepala botak menggunakan teknik Photoshop.

Keputusan bancian itu kemudiannya memihak kepada lelaki botak kerana disifatkan lebih berpotensi untuk berkuasa, berkeyakinan, lebih maskulin dan tinggi sifat kepimpinan.

“Ini menunjukkan lelaki botak mampu memberi mereka rangsangan sosial dan psikologi dan mampu membuka laluan di tempat kerja serta dalam kehidupan,” katanya.

Tetapi, ini tidak bermakna lelaki botak mampu menjadi pemimpin yang baik, ia juga boleh menjadi sebaliknya.

“Orang ramai boleh memberi mereka peluang untuk menunjukkan sifat kepimpinan tetapi proses ini tetap memakan masa dengan melibatkan persepsi sosial di kalangan rakan sekerja, jadi lelaki botak juga mampu merawat masa depan mereka,” ujar beliau.

Jadi, jika lelaki di luar sana mengalami masalah keguguran rambut, Mannes berkata, membotakkan kepala mungkin boleh manjadi altenatif dengan kadar kos yang lebih rendah.


Sunday, October 7, 2012

Sophie wanita RoboCop

SOPHIE (tengah) diberi peluang mencuba Rex disaksikan keluarga dan teman lelakinya, Tom (dua dari kiri).
SOPHIE (tengah) diberi peluang mencuba Rex disaksikan keluarga dan teman lelakinya, Tom (dua dari kiri).

SOPHIE amat teruja apabila dapat meninggalkan kerusi roda dan kembali berjalan dengan bantuan Rex untuk kali pertama.
SOPHIE amat teruja apabila dapat meninggalkan kerusi roda dan kembali berjalan dengan bantuan Rex untuk kali pertama.

LONDON: Sophie Morgan boleh dianggap seorang RoboCop apabila separuh daripada tubuhnya berfungsi dengan bantuan peralatan canggih bernilai �90,000 (RM443,747).
Bagi sesiapa yang melihat Sophie, pasti akan berasa kagum.

Dari pinggang ke bawah, setiap tubuhnya disokong alat bermotor diperbuat daripada gentian karbon. Sophie, 27, mengawal pergerakan mesin itu menggunakan alat pada tangannya bagi membolehkan kakinya berjalan. Pada tiga langkah terawal, Sophie kelihatan menahan sakit tetapi dia tersenyum lebar beberapa detik kemudian. Hanya lima minit sebelum itu, dia hanya mampu duduk di kerusi roda apabila pergerakannya jadi sangat terbatas akibat lumpuh dari paras dada ke bawah.
Sophie ditimpa bencana sembilan tahun lalu apabila kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan dan insiden itu merosakkan tulang belakangnya.

Selepas beberapa tahun, dia menerima kenyataan tidak akan berjalan lagi seperti sebelum ini. Namun, media semalam melaporkan, Sophie adalah antara manusia pertama mendapat faedah daripada alat dikenali sebagai Rex itu.

Rex adalah kemajuan perubatan besar pertama dicapai untuk membantu orang lumpuh sejak beberapa dekad lalu. Ia membantu pesakit termasuk yang lumpuh dari paras leher ke bawah - untuk kembali berjalan.
Dalam perkataan lain, Rex akan menamatkan penggantungan pesakit lumpuh kepada kerusi roda. Sophie - kini bertugas sebagai penyampai televisyen - mencuba Rex kali pertama pada Mei lalu.

Katanya, ia adalah pengalaman yang sukar diceritakan.
“Dengan ketinggian 1.5 meter, lantai kelihatan begitu jauh apabila memakai Rex.

“Saya berasa selamat tetapi emosi bercampur-baur dan selepas beberapa minit saya tidak percaya boleh berjalan,” katanya. Pengalaman itu menyebabkan dia terus mahu mencuba Rex secara berterusan. Teman lelaki Sophie, Tom, 28, berkata sejak berkenalan lima tahun lalu, Rex membolehkan dia melihat kekasihnya berdiri untuk kali pertama. Ketika ini ada hanya 10 unit Rex dicipta dan 30 orang pernah mencubanya. - DM




Saturday, October 6, 2012

Pengedar Dadah Dibunuh…Dan DISIMEN!

18SG: Pengedar Dadah Dibunuh...Dan DISIMEN!





Pertembungan antara peniaga dadah di Mexico selalu mengakibatkan kesan yang sangat mengerikan, seperti dapat anda lihat dalam gambar-gambar ini.

Akibat yang sangat buruk rupanya menimpa lelaki malang tersebut.

Kejadian ini berlaku beberapa tahun yang lalu di suatu tempat di Mexico.

Dalam sebuah pertengkaran yang berlaku, lelaki ini ‘menemui’ kematian yang sangat tragis.

Tubuhnya dimasukkan ke dalam tong kemudian dibancuh menggunakan simen.

Dahsyat! –


sumber