Friday, April 27, 2012

Beruang liar ‘ditembak jatuh’ dari pokok

BERUANG seberat 91 kilogram itu jatuh dari pokok selepas ditembak dengan ubat pelali.
BERUANG seberat 91 kilogram itu jatuh dari pokok selepas ditembak dengan ubat pelali

COLARADO: Seekor beruang hitam besar yang memanjat pokok di Universiti Colorado-Boulder, terselamat selepas pegawai Jabatan Hidupan Liar berjaya menyelamatkannya daripada keadaan yang merumitkan.
Beruang jantan seberat 91 kilogram itu dilihat berkeliaran di kawasan dewan penduduk sebelum memanjat pokok itu.

Pegawai melepaskan tembakan ubat pelali ketika haiwan itu bergayut pada dahan dan tidak berapa lama, ia jatuh. Beruang berkenaan sebelum ini menghabiskan masa berkeliaran di kampus itu, kata pelajar dan memanjat pokok setinggi 4.5 meter itu berhampiran asrama universiti.

Pegawai Hidupan Liar melepaskan dua tembakan ubat pelali pada beruang itu. Jurucakap Jabatan Polis universiti, Ryan Huff memberitahu akhbar Denver Post, mereka memilih untuk menenangkan beruang itu kerana kedekatannya dengan pelajar dan kemungkinan ia mencetuskan bahaya.

“Beruang itu hanya berehat di atas pokok selama kira-kira dua jam,” kata Huff.

Sebagai persiapan menyambut haiwan berkenaan jatuh, pegawai menyediakan tilam besar di bawah pokok.

Gambar dan video merakam beruang itu jatuh ke atas tilam berkenaan dengan keadaan kakinya terlentang.

Haiwan itu kemudian dibenar berehat selama beberapa minit di atas tilam dalam keadaan bingung sebelum dipindahkan ke sebuah kandang besar.

Ada pelajar yang bertindak berani mengusap kaki beruang berkenaan menerusi celah kandang.

Jurucakap Jabatan Hutan dan Hidupan Liar Colorado, Jennifer Churchill, memberitahu wartawan, pihaknya melepaskan beruang itu selepas ia ditanda, di kawasan pergunungan di barat Boulder.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan bagi beruang hitam keluar dari hibernasi mereka ketika ini dan merayau untuk mencari makanan. - DM


Fasha-Jejai sah suami isteri

Majlis nikah Fasha Sandha dan Toh Muda Rizal Ashram Ramli



DENGAN dua kali lafaz, pelakon sensasi, Fasha Sandha selamat menjadi isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai tepat jam 9.45 malam tadi.

Jejai telah dinikahkan sendiri oleh bapa Fasha, Hassan Moiddeen . 

Fasha yang cantik dalam persalinan kurung tradisional kontemporari rona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini dengan wajahnya dirias jurumekap terkenal,
Saidatulnisa sempat melahirkan rasa gembira dan terharunya.
"Alhamdulillah, majlis ini telah pun selamat disempurnakan. Terima kasih buat keluarga dan sahabat yang hadir memeriahkan majlis nikah kami," kata pelakon TV Wanita Popular 2011 ini dipetik MH Online.

Majlis pernikahan serba sederhana tetapi meriah itu diadakan di Tingkat 30, Windows on KL, Crowne Plaza Mutiara di sini dengan dihadiri lebih 300 tetamu.

Pada majlis yang bertemakan rona lavender ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang.

Antara rakan artis yang sudi hadir ialah Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.

Thursday, April 26, 2012

Petani kahwin dua wanita satu malam

ABDUL RAHMAN duduk diapit dua isterinya, Intidhar (kiri) dan Suad di Samarra kelmarin.


SAMARRA, Iraq - Seorang petani berusia 22 tahun, Abdul Rahman Nayef al-Obeidi jatuh cinta dengan dua wanita.

Namun, daripada memilih salah seorang gadis itu untuk dijadikan isteri, dia melangsungkan perkahwinan dengan mereka pada hari yang sama di sebuah kampung di tengah Iraq.

Majlis perkahwinan Abdul Rahman dan dua wanita yang merupakan sepupunya, Intidhar, 17, dan Suad, 22, berlangsung pada 6 April lalu.

Ia diadakan di rumah keluarga lelaki itu di kampung Al-Laqlaq, utara Tikrit.

Majlis itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua pengantin wanita, saudara-mara dan rakan-rakannya yang terkejut dengan perkahwinan tersebut.

Abdul Rahman yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata, dia memberitahu ibu bapanya tentang niat untuk berkahwin dengan dua sepupunya dalam satu malam.

Ibu bapa lelaki itu bersetuju walaupun kebanyakan saudara-maranya menentang idea berkenaan.

"Saya mengambil masa kurang sebulan untuk membuat keputusan muktamad kerana dua keluarga itu ialah saudara-mara saya dan saya menyintai dua gadis tersebut," katanya.

Langkah paling penting yang perlu dibuatnya adalah dengan berusaha memujuk dua wanita muda tersebut.

Intidhar berkata: "Abdul Rahman memberitahu, dia akan berkahwin dengan saya dan Suad dalam satu malam. Apakah yang anda mahu katakan?

"Saya memberitahunya, ia sesuatu yang baik jika anda melayan kami dengan adil."

Agama Islam membenarkan lelaki berkahwin dengan empat wanita namun mensyaratkan isteri-isteri perlu dilayan dengan adil.

Suad berkata, dia terkejut apabila Abdul Rahman memberitahunya tentang hasratnya itu.

Namun, katanya, Abdul Rahman memujuknya supaya dia bersetuju.

Abang sulung pengantin lelaki itu, Salman berperanan sebagai orang tengah dengan berunding dengan dua keluarga gadis itu.

Dia kemudian berjaya menjadikan impian adiknya itu sebagai satu realiti.

Bapa Abdul Rahman, Nayef Hamid berkata, dia berasa bangga terhadap anaknya itu.

Dia merupakan satu-satunya anak lelaki yang berkahwin dengan dua wanita serentak.

Ibu Abdul Rahman, Rasmiya Mohammed mempunyai pendapat yang sama seperti suaminya dan dia tidak mahu anaknya berasa sedih kerana menyintai dua gadis.

Idea Abdul Rahman berkahwin dua itu disokong ramai lelaki yang memberi komen dalam laman Facebook mengenai gambar mereka manakala kaum wanita menentangnya.

"Lelaki ini seorang hero. Tiada seorang pun yang pernah melakukannya sebelum ini dan namanya patut dimasukkan dalam Guinness World Records," komen Ali Bassi Abbar.

Namun, Sara Yasser memberikan komen dengan sinis.

"Kasihan lelaki itu, dia tidak mahu melukakan hati salah seorang daripada mereka. Dia seorang lelaki yang baik," katanya.

Seorang lagi wanita, Sara Saad mengkritik dua pengantin baharu wanita tersebut dengan menyatakan bahawa setiap wanita yang bersetuju dengan perkahwinan itu adalah seperti tidak mempunyai perasaan dan maruah. - AFP


Wednesday, April 25, 2012

Mati takut implan payu dara pecah

PAIGE (kiri) bersama rakannya.
PAIGE (kiri) bersama rakannya.

SWANSEA (Wales): Seorang ibu yang dilanda kebimbangan melampau implan payu daranya akan pecah, ditemui mati di rumah saudaranya, lapor media semalam.
Kakitangan awam, Paige Goldup, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan perkampungan Godre'rgraig dan dikejarkan ke Hospital Morriston.

Bagaimanapun, doktor gagal menyelamatkan nyawanya dan disahkan meninggal dunia minggu lalu.

Media melaporkan, Paige, 24, dimasukkan implan silikon rosak ke payu daranya dan dijadual menjalani pembedahan untuk membuang bahan itu tidak lama lagi, Ibu kepada bayi berusia sembilan bulan itu dipercayai mengambil ubat berlebihan sebelum ditemui tidak sedarkan diri.

Saudara Paige berkata, ibu muda itu menjalani implan payu dara lebih dua tahun lalu.


Katanya. implan berkenaan dihasilkan sebuah syarikat Perancis, PIP, yang menjadi perhatian baru-baru ini ekoran skandal kecuaian dalam penghasilan produk berkenaan.

Sementara itu, Paige mengaku dia tertekan kerana amat bimbang implan berkenaan pecah dalam payu daranya.

Menulis di Twitter, Paige berkata, dia adalah antara pengguna implan PIP yang tertekan dan terpaksa mengisi borang perubatan untuk membolehkan dia menjalani pembedahan membuang bahan berkenaan.

“Saya harap klinik berkenaan melakukan pembedahan itu segera dan menanggung kosnya.

“Ia sangat menakutkan saya,” katanya. - TS



Monday, April 23, 2012

Letupan kuat meteor cetus panik

Foto meteor yang dirakam seorang penduduk tempatan di Nevada

CALIFORNIA - Beberapa kawasan di Nevada dan California, Amerika Syarikat (AS) mengalami keadaan agak cemas selepas satu letupan kuat berlaku disebabkan batu meteor yang jatuh, semalam.

Letupan yang turut menggegarkan kediaman di kawasan kejiranan Reno ke Winnemucca, Nevada dan Sacramento ke Bakersfield wilayah California, mencetuskan panik sehingga penduduk bertindak menghubungi agensi pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka.

Sebahagian penduduk di kedua-dua negeri terlibat, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum letupan berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi.

Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.

Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi.

Saturday, April 21, 2012

Minum air bikarbonat berlebihan bawa maut

Natasha Harris

WELLINGTON: Minum lapan liter minuman ringan setiap hari membawa padah kepada seorang wanita New Zealand kerana tabiat itu menjadi punca kematiannya disebabkan pengambilan air minuman berkenaan pada kadar itu adalah keterlaluan dan berlebihan.
Suri rumah dan ibu kepada lapan cahaya mata, Natasha Harris, 30, dari Invercargill, mati akibat serangan jantung pada Februari 2010.

Tahap toksid terlalu tinggi dalam kafein, unsur rangsangan yang ditemui dalam Coke, mungkin menyumbang kepada kematiannya. Fairfax Media melaporkan pakar patologi, Dr Dan Mornin, memberi keterangan dalam siasatan rasmi kelmarin bahawa wanita itu mungkin mengalami hipokalemia atau kadar potassium rendah disebabkan pengambilan berlebihan Coca Cola dan tabiat pemakanan tidak sihat. 

Tanda hipokalemia termasuk degupan jantung tidak normal, menurut Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat. 

Mornin berkata, tahap toksid terlalu tinggi dalam kafein, unsur rangsangan yang ditemui dalam Coke, mungkin menyumbang kepada kematiannya.

Pasangan Natasha, Chris Hodgkinson, memberi keterangan bahawa wanita itu minum antara lapan dan 10 liter Coke sehari. 

“Perkara pertama yang akan dilakukannya di waktu pagi ialah minum Coke yang diletak di tepi katilnya dan perkara terakhir sebelum tidur ialah minum Coke. Dia ketagih Coke,” katanya.

Hodgkinson turut berkata, Natasha hanya makan sedikit dan merokok 30 batang rokok sehari. Beberapa bulan sebelum kematiannya, Natasha turut mengalami masalah tekanan darah dan kurang tenaga. 

Beliau berkata, pada pagi hari kematiannya, Natasha membantu anaknya bersiap ke sekolah apabila rebah. Beliau menghubungi perkhidmatan kecemasan dan cuba melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut tetapi gagal menyedarkannya. 

Seorang lagi pakar, Dr Martin Sage, dalam keterangan itu berkata ‘jelas pengambilan jangka panjang atau singkat minuman ringan cola boleh menyebabkan simptom yang dramatik dan ada andaian kukuh bahawa ia boleh membawa kematian dalam kes tertentu.

Siasatan rasmi kes Harris diadakan kerana kematiannya yang luar biasa atau tidak boleh dijelaskan dengan mudah selain boleh membantu membentuk dasar kesihatan masa depan di New Zealand. 

Disebabkan bukti kes sudah lengkap, pejabat koroner akan mengumpul dan mengeluarkan laporan akhir kematian itu.

Dalam satu temuramah dengan Associated Press, pakar pemakanan di Universiti Otago, Lisa Te Morenga, berkata sebarang pengambilan berlebihan apa juga bentuk cecair dalam cuaca sejuk berkemungkinan merosakkan sistem keseimbangan dan semula jadi badan.

Jurucakap Coca Cola Oceania, Karen Thompson, berkata produknya selamat. 

“Kami bersetuju dengan maklumat yang dikongsi oleh pejabat koroner yang mengambil secara berlebihan sebarang jenis produk makanan termasuk air, dalam tempoh singkat dengan kekurangan bahan berkhasiat dan gagal mendapatkan bantuan perubatan, boleh membawa petanda dramatik,” katanya. - AP.


Friday, April 20, 2012

Sosej berperisa pasir

Sosej berperisa pasir


KUANTAN – Seorang kakitangan swasta tidak dapat menikmati sosej berperisa lada hitam kegemarannya selepas merasa pasir ketika mengunyah sosej itu.

Roslam Mohamad, 46, berkata, dia membeli sosej itu bersama isterinya, Norehan Zakaria, 37, di sebuah pasar raya, di sini malam kelmarin.

Menurutnya, ketika pulang dari pasar raya berkenaan, dia meminta isterinya untuk menyediakan sosej tersebut, namun kecewa setelah merasainya.

“Pada mulanya, saya menyangka rasa kasar itu ialah serbuk lada hitam yang ada di dalam sosej berkenaan.

“Namun, setelah beberapa kali merasa benda yang sama, saya jadi pelik. Dalam fikiran saya, takkanlah serbuk lada hitam sekasar itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak di Indera Mahkota 6, di sini semalam.

Tambahnya lagi, isterinya juga turut mengadu perkara yang sama setelah memakan sosej itu.

“Bila isteri saya menyatakan perkara yang sama, saya yakin bahawa ‘benda’ kasar itu ialah pasir, bukannya serbuk lada hitam yang tidak hancur.

“Saya dan isteri juga cuba untuk menguraikan isi sosej itu dan mendapati isinya bercampur dengan pasir,” katanya.

Roslan berkata, dia sering menjadikan sosej sebagai hidangan malamnya namun itu adalah kejadian pertama dialaminya.

“Sebelum ini, saya pernah membeli makanan yang dihasilkan oleh syarikat yang sama dengan sosej itu. Puas hati dengan produk yang dihasilkan membuatkan saya ingin membelinya lagi.

“Namun, apa yang berlaku membuatkan saya benar-benar serik dan akan berhati-hati selepas ini,” katanya.

Katanya, jika benar tekstur kasar yang dirasainya itu pasir, dia meminta supaya pihak bertanggungjawab lebih peka serta mengutamakan kebersihan dan keselamatan pengguna.

“Jika dibiarkan, saya bimbang ramai lagi yang mengalami nasib yang sama seperti saya. Justeru, saya harap pihak terbabit mengambil tindakan segera serta meneliti semula bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan sosej itu,” katanya.




Thursday, April 19, 2012

Parah dibaham anjing jiran

KEADAAN Erfan selepas dibaham anjing. Gambar kecil, anjing yang menyerang Erfan.
KEADAAN Erfan selepas dibaham anjing. Gambar kecil, anjing yang menyerang Erfan.


CARDIFF: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun mengerang kesakitan sejurus selepas dibaham seekor anjing bernama Tyson, semalam.

Erfan Ali dikejarkan ke hospital selepas dibaham anjing berkenaan yang melompat pagar setinggi 1.3 meter untuk memasuki perkarangan rumahnya di Cardiff ketika kanak-kanak itu membantu ibunya, Monowara dan kakaknya, Masudah, mengangkat kain jemuran.

Monowara, 37, lari bersama-sama anaknya ke dalam rumah tetapi gagal menyekat anjing itu daripada memasuki dapur dan meneruskan serangan. 

Anjing baka Rhodesian Ridgeback itu membaham kedua-dua pipi dan tangan kirinya.


Pemilik haiwan itu, Kevin Large, 27, bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.


Anjing itu kemudian ditembak mati.

Anjing baka Rhodesian Ridgeback terkenal kerana keberaniannya dan pernah digunakan untuk memburu singa di Afrika.

Seorang hakim memberitahu Large, dia boleh dipenjarakan atas kesalahan gagal mengawal haiwan peliharaannya itu. 

Hukuman akan dibacakan pada perbicaraan bulan depan.

Sehubungan itu, Erfan sudah menjalani beberapa pembedahan plastik.

Bapanya, Dilwar berkata: “Parut akibat serangan itu bukan saja berbentuk fizikal. Erfan sentiasa menangis sebelah malam dan tidak mahu tidur bersendirian. Dia kini begitu takut dengan anjing.” - Agensi


Wednesday, April 18, 2012

Mawar Putih muncul sebelum histeria

GAMBARAN wajah Mawar Putih yang didakwa dilihat oleh pelajar SMK Syed Abu Bakar sebelum mereka dilanda histeria


BALING – Beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar, Kupang di sini mendakwa mereka ternampak kelibat seorang wanita berwajah hodoh setiap kali berlaku kes histeria.

Pada tahun ini sahaja sekolah itu telah mengalami lima kejadian histeria.

Antara saksi kelibat wanita yang mendakwa dirinya bernama Mawar Putih itu ialah pelajar tingkatan dua yang hanya mahu dikenali Intan Kasim.

Menurut Intan, makhluk itu mempunyai susuk tubuh seperti wanita dewasa, memiliki raut wajah cantik di bahagian kanan tetapi hodoh pada sebelah kiri selain sekuntum bunga mawar terselit di telinga kanannya.

Katanya, bahagian wajah yang hodoh itu ditutup dengan kain selendang yang dipakainya.

Intan mendakwa makhluk itu bercakap menggunakan bahasa istana.

Anak sulung daripada lima beradik itu mendakwa dia terserempak dengan kelibat makhluk itu di sekitar kawasan tandas sekolah sejak beberapa minggu lalu.

“Selepas melihat dia, badan saya tiba-tiba jadi lemah dan pengsan.


Monday, April 16, 2012

Tanam anak hidup-hidup ikut ‘nasihat’ tukang tilik

Tanam anak hidup-hidup ikut ‘nasihat’ tukang tilik


UTTAR PRADESH - Sepasang suami isteri sanggup menanam anak mereka berumur sembilan hari hidup-hidup, gara-gara terlalu percaya dengan ramalan diberikan oleh seorang tukang tilik di Hapur, utara India.


Akhbar tempatan melaporkan, tukang tilik dikenali sebagai Nizaam itu, menyuruh pasangan Kiran Pal, 37, dan isterinya menanam bayi kelima mereka yang ditempatkan di dalam periuk tanah sedalam 0.9 meter di belakang rumah pada Khamis lalu.


Menurut tukang tilik tersebut, tindakan menanam bayi itu kononnya dapat memanjangkan umur memandangkan keempat-empat anak mereka sebelum ini, meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi dan masalah kesihatan.


Hasil daripada maklumat beberapa jiran, bayi malang tersebut ditemui masih hidup oleh pihak berkuasa pada Jumaat lalu, sungguhpun telah tertanam hampir 24 jam.

Ketahui kuasa di sebalik setiap Ferrari





Tahukah anda semua kuasa di sebalik setiap Ferrari, Shell Helix. Dan berita baik kerana kini kuasa ini akan berada dalam kereta anda.

Shell lama menjadi rakan kongsi dengan Ferrari dan itulah mengapa Shell Helix adalah kuasa di sebalik bukan sahaja setiap kereta Ferrari Gran Turismo, tetapi juga setiap Formula Satu kereta Ferrari pada setiap perlumbaan. Ia tidak hairanlah crème de la crème dunia automobil menggunakan Shell Helix.

Shell Helix Ultra teknologi menyediakan enjin kereta dengan lima kali pembersihan yang lebih baik, kestabilan tiga kali lebih baik ricih, dan dua kali rintangan pengoksidaan yang lebih baik daripada minyak mineral biasa. Ini adalah hasil daripada beribu-ribu jam yang dimasukkan ke dalam penyelidikan dan pembangunan yang terbaik anda boleh memberi kereta anda.

Shell memahami bahawa semua pemilik kereta bangga melihat kereta mereka sebagai supercars. Jadi jika anda adalah seorang pemandu yang membanggakan, memilih Helix Shell untuk supercar anda.

Bagi RedBro ShellHelix mungkin perkara yang terbaik saya pilih untuk kuasa kereta .Memilih ShellHelix hari ini pasti kereta anda terasa seperti Ferrari sekarang!

Keterangan lebih lanjut layari disini  >>> http://dld.bz/bupYR

Saturday, April 14, 2012

Pakar karate makan mayat


Da Silveira bersama-sama seorang wanita  ditangkap atas tuduhan membunuh.
Da Silveira bersama-sama seorang wanita ditangkap atas tuduhan membunuh.



PERNAMBUCO (Brazil): Seorang pakar karate dan dua wanita ditangkap kerana membunuh sekurang-kurangnya dua orang sebelum memakan daging mangsa untuk ‘membersihkan jiwa.’

Menurut polis, ketiga-tiga warga Brazil yang ditangkap di Pernambuco, timur laut negara itu, adalah anggota yang mempercayai fahaman ‘menyucikan dunia.’ Pakar karate, Jorge da Silveira, 51, ditangkap bersama-sama Isabel Pires, 51, dan Bruna da Silva, 25, kerana merancang membunuh tiga wanita setiap tahun.

Seorang jurucakap polis berkata, rancangan mereka terbongkar apabila polis menemui buku 50 muka milik da Silveira yang mengandungi lukisan dan maklumat mengenai memakan daging manusia.
Polis juga menemui dua mayat di laman rumah kumpulan terbabit.

Mereka percaya mayat itu milik Alexandra Falcao, 20, dan Gisele da Silva, 30, yang dilapor hilang di kawasan itu baru-baru ini.

Kedua-dua mangsa dilapor dilihat berhampiran rumah suspek sejurus sebelum hilang.

Jiran membakar rumah terbabit, tempat mayat itu ditemui Khamis lalu, menurut laporan media Brazil.

Pesuruhjaya Polis, Wesley Fernandes berkata, ketiga-tiga suspek merancang membunuh seorang lagi mangsa berhampiran bandar itu.
Dia percaya suspek sudah membunuh lebih ramai mangsa. - Agensi


Friday, April 13, 2012

Fenomena Halo di Alor Setar

fenomena halo

ALOR SETAR - Orang ramai di bandar raya ini dikejutkan dengan satu fenomena di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan.

Keadaan yang dikenali sebagai Fenomena Halo itu mula dikesan tengah hari semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia kepada Bernama hari ini, keadaan itu adalah satu fenomena semula jadi.

"Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus yang kelihatan seakan-akan kepingan awan yang terletak pada ketinggian sekitar 6,000 hingga 18,000 meter di atas paras tanah," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata dalam amalan pemerhatian cuaca, kewujudan halo merupakan antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut petir dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan.

Menurut kenyataan itu, lapisan awan cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi kadang-kadang matahari atau bulan juga boleh kelihatan sebagai bayangan malap melalui lapisan awan yang tebal.

Apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk.

Menurut kenyataan itu lagi orang ramai yang ingin melihat halo perlu memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari.

"Jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama dan perlu sembunyikan matahari dari penglihatan di sebalik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja," katanya.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari kerana ia sangat berbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-lens reflex (SLR).- Bernama


Thursday, April 12, 2012

Promosi 50% Off Dinner Plate Dari KFC




KFC is offering you 50% OFF for ala carte Dinner Plate with purchase of one Dinner Plate Combo!!!


Time:


6pm - 9pm


* Offers valid until 9th May 2012 only


Share this with your friends Now !!! >>>> http://bit.ly/IE9bze




Sunday, April 8, 2012

Izabella bayi pintar, berkomunikasi seawal 6 bulan

izabella


HERTFORSHIRE - Seperti ibu bapa lain, melatih anak kecil menggunakan bekas najis memerlukan kesabaran yang tinggi.

Tetapi, ia tidak menjadi masalah besar kepada pasangan dari Cheshunt, Finn dan Raluca Oniciuic kerana bayi perempuan mereka telah pandai berkomunikasi untuk memberitahu jika mahu membuang air seawal umur enam bulan.

Menurut ibunya yang berumur 26 tahun, si cerdik, Izabella menggunakan pelbagai bunyi isyarat untuk menyatakan apa yang dia perlukan pada masa itu.

“Sebagai contoh, Izabella akan berkata ‘eh eh’ apabila dia lapar dan ‘boo boo’ jika mahu membuang air. Dia juga tidak suka memakai lampin pakai buang dan jarang menangis seperti bayi lain serta tidur lena sepanjang malam,” menurutnya.

Raluca mendedahkan dia berkomunikasi dengan anaknya sama seperti bercakap dengan orang dewasa kerana bayi istimewa tersebut turut memberikan tindak balas seakan memahami apa yang dituturkan ibunya.

Pakar menyatakan ia adalah sangat luar biasa bagi bayi sebaya Izabella untuk berkelakuan sepertinya kerana kebanyakan budak normal hanya akan mula belajar menggunakan tandas apabila mereka berumur sekurang-kurangnya 18 bulan dan ke atas.

Warga emas bunuh dan makan isteri

Warga emas bunuh dan makan isteri


BOSTON - Seorang warga emas berumur 79 tahun yang baru sahaja berhijrah dari China ke Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), mengaku tidak bersalah dan keliru dengan pertuduhan terhadapnya iaitu membunuh kejam isteri pertamanya, kelmarin.

Menurut polis, Jeiming Liu yang ditemui anak lelakinya, dalam keadaan duduk di atas sebuah kerusi malas serta berlumuran darah pada tangan, mulut dan muka sambil memandang ke luar kondominium serta dikelilingi cebisan daging yang dipercayai milik isterinya.

 Kemudian dia menjumpai ibunya, Yuee Zhou, 73, dalam sebuah bilik tidur dengan keadaan berbaring, berlumuran darah dan mengalami kecederaan parah pada bahagian lengan tangan.

 Namun, anak lelaki Liu yakin ayahnya tidak mampu melakukan kekejaman itu kerana mempunyai saiz fizikal yang kecil.

 Liu yang asyik mengulangi ayat ‘Ini bukan ibu kamu’ sejak ditemui, dipercayai menghidapi penyakit Alzheimer atau demensia.

 Penolong Pendakwa Raya Daerah, Michael D. McHugh berkata, Liu mungkin memakan cebisan daging isterinya berikutan sebahagian lengan kiri mangsa berlubang dan beberapa batang jari turut ditemui di sekitar kondominium mereka.


Saturday, April 7, 2012

Facebook undang ketagihan



LONDON 7 April - Penggunaan jaringan sosial Facebook merupakan satu aktiviti yang boleh mengakibatkan ketagihan, tetapi pengguna yang menghabiskan masa terlalu lama menggunakannya mungkin merasa tidak gembira dengan kehidupan mereka.

Penyelidik dari Universiti Gothenburg, Sweden menyatakan, kebanyakan pengguna yang mula membuka komputer akan terus memasuki laman web jaringan sosial tersebut.

Menurut penyelidik, golongan berpendapatan dan berpendidikan rendah didapati merupakan golongan paling berisiko mengalami ketagihan itu.

Golongan berkenaan meluangkan lebih banyak masa menggunakan Facebook dan sebahagian daripada mereka melahirkan rasa tidak gembira atau tidak puas hati dengan kehidupan masing-masing.

Kira-kira 85 peratus pengguna berkata, mereka menggunakan Facebook setiap hari dan separuh daripada jumlah itu memaklumkan mereka membuka laman web jaringan sosial itu sebaik membuka komputer atau alat telekomunikasi lain.


Beli coklat, percuma ulat



ALOR SETAR - Rasa geli dan loya!, ­begitulah yang dihadapi tiga beranak ­apabila hasrat menikmati coklat yang baru dibeli dari sebuah pasar raya terbantut ketika melihat beberapa ekor ulat keluar dari kepingannya.

Ahmad Pouzai, 55, bersama isteri dan anaknya mula menyedari keadaan luar ­biasa coklat itu apabila membuka ­lapisan pembungkus coklat ketika ­berada dalam kereta selepas selesai membeli ­barangan keperluan kira-kira jam 10.50 pagi semalam.

“Entah kenapa tiba-tiba timbul perasaan ingin mencuba coklat ini, mungkin kerana keluaran tempatan dan ­diedarkan ke luar negara seperti United Kingdom, Hong Kong serta Singapura sedangkan saya sendiri tidak pernah membelinya ­sebelum ini.

“Sebagai langkah berwaspada ­setiap kali membeli, saya membaca dulu label kandungan coklat, tarikh halal dan yang pastinya tarikh luput coklat itu pada 16 Januari tahun depan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad berkata, isterinya sempat ­makan sedikit coklat berkenaan kerana belum menyedari kewujudan ulat yang ada pada bahagian bawahnya sebelum ­berkongsi bersama.

“Namun, sewaktu saya ingin mematahkan kepingan coklat seterusnya, saya perasan seekor ulat jatuh ke ­tempat ­duduk sebelum membuat ­keputusan memeriksa keseluruhan coklat dan menemui tiga ekor ulat.

“Walaupun sebelum ini pernah ­mendengar kejadian serupa berlaku pada orang lain, namun tak sangka kali ini kami pula terkena,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad berharap pihak pengurusan syarikat pengeluar coklat itu lebih prihatin terhadap produknya termasuk mengutamakan ­aspek kebersihan serta memeriksa kembali tarikh luput sebenar coklat.

“Saya sendiri sudah tidak berminat untuk membeli coklat jenama ­berkenaan selepas ini. Jika ingin membelinya saya akan mencari jenama lain atau yang biasa dibeli,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail berkata, syarikat pengeluar coklat perlu lebih berhati-hati dalam memastikan kualiti bahan serta produk dihasilkan sentiasa terjaga.

“Kita tidak mahu kejadian ­seperti ini turut berlaku di tempat lain ­kerana coklat yang sama diedarkan ke ­negara luar. Imej baik produk tempatan akan terjejas jika ada pembeli di negara berkenaan terbeli coklat sudah berulat.

“Sepanjang tahun ini, kita sudah ­menerima empat hingga lima kes yang melibatkan produk makanan tercemar serta berulat. Kita akan menghantar notis kepada syarikat terbabit untuk ­memastikan mereka mengambil langkah ­sepatutnya bagi mengatasi masalah berkenaan,” katanya.



Friday, April 6, 2012

Kanak-kanak 10 tahun lahir bayi 2.3kg

Kanak-kanak 10 tahun lahir bayi 2.3kg



BOGOTA - Ini berita yang amat mengejutkan! Di saat rakan-rakan sebayanya masih bermain dengan anak patung, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun di Colombia telah pun menjadi ibu kepada bayi perempuan seberat 2.3 kilogram.

Kanak-kanak puak peribumi Wayuu, yang tinggal di Semenanjung La Guajira, utara Colombia itu, dikejarkan ke hospital selepas sakit perut kerana kontraksi dan terpaksa menjalani proses kelahiran secara pembedahan Caesarean.

Doktor berkata, kanak-kanak itu tiba di hospital dalam keadaan pendarahan serta meraung kesakitan kerana kontraksi yang dialaminya, malah usia kandungannya mencecah 39 minggu berbanding usia kandungan normal iaitu 38 minggu.

Pihak polis mungkin boleh mendakwa bapa ibu muda itu kerana membenarkan seks bawah umur, tetapi kaum Wayuu diberi beberapa perlindungan membenarkan mereka mengekalkan kedaulatan dan warisan budaya tertentu termasuk melahirkan anak di usia sangat muda.

Di samping itu, masyarakat masih membisu dalam mendedahkan identiti si bapa bayi itu walaupun akhbar-akhbar Colombia mengeluarkan spekulasi bahawa suspek merupakan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun, selain percaya ia seorang lelaki dewasa 30-an.

Bagaimanapun, kes tersebut mendapat kritikan hebat pengarah hospital di mana dia melahirkan bahawa memang ada kanak-kanak lain daripada kaum Wayuu pernah melahirkan anak, namun tindakan itu tidak sepatutnya berlaku dalam usia terlalu muda yang masih dalam alam permainan dan persekolahan.

Thursday, April 5, 2012

PETRONAS memperkenalkan perkhidmatan penghantaran gas kerumah


PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memperkenalkan perkhidmatan terbarunya dikenali sebagai Servis Penghantaran Gas Petronas ke Rumah (GPHD) dengan jaminan penghantaran dalam tempoh sejam.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amir Hamzah Azizan berkata, perkhidmatan itu berbeza dengan penghantaran gas ditawarkan pihak lain kerana ia memberi peluang kepada pelanggan mengumpul mata ganjaran Kad Mesra.

“Bersesuaian dengan moto Bukan Sekadar Menghantar Gas, kami turut menawarkan perkhidmatan pemeriksaan injap kompak, hos, regulator dan penyambung silinder bagi memastikan ia dipasang dalam keadaan baik,” katanya selepas pelancaran servis berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.


Menurutnya, pelanggan yang ingin membuat pesanan gas silinder bersaiz 12 atau 14 kilogram boleh menghubungi talian 1-300-888-GAS (427) dengan waktu operasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

“Kami akan menentukan ejen jualan gas terdekat dengan kediaman pelanggan dan caj penghantaran minimum akan dikenakan iaitu sekitar RM2.40 dan RM3,” katanya sambil menambah perkhidmatan itu boleh didapati sekitar Lembah Klang, bandar utama di Selangor dan ibu negeri di seluruh Malaysia.

Untuk keterangan lanjut anda boleh layari  DISINI




Wednesday, April 4, 2012

The Cranberries bakal gegarkan KL April ini!




Seperti tidak menyangka berita baik muncul juga dimana kumpulan The Cranberries yang cukup terkenal sekitar tahun 90-han bakal mengadakan persembahan di Kuala Lumpur.

Kumpulan berasal dari Ireland yang dianggotai oleh Noel Hogan, Michael Hogan, Fergal Lawler, dan juga Dolores O'Riordan ini bakal turun ke Malaysia pada 4 April bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Ditubuhkan pada tahun 1989, mereka berempat aktif sehingga tahun 2003, dan kemudian berehat seketika mengambil haluan masing-masing.

Tahun 2009 menyaksikan mereka kembali bergabung dan aktif semula dengan mengadakan konsert untuk para peminat mereka. Sehingga kini mereka telah menghasilkan 6 buah album dimana album terbaru mereka berjudul "Roses" baru sahaja dilancarkan tahun ini. Apa yang pasti, mereka masih mengekalkan genre dan identiti asal mereka walaupun kali terakhir mereka menghasilkan album ialah pada tahun 2001 yang berjudul "Wake Up & Smell The Coffee".

Untuk keterangan lanjut anda boleh layari  DISINI

Monday, April 2, 2012

Mattel keluar patung Barbie versi botak

ANAK patung versi botak dikeluarkan syarikat pengeluar patung Barbie, Mattel sebagai sokongan kepada kempen mengurangkan pandangan negatif ke atas pesakit barah.
ANAK patung versi botak dikeluarkan syarikat pengeluar patung Barbie, Mattel sebagai sokongan kepada kempen mengurangkan pandangan negatif ke atas pesakit barah.

LONDON: Pengeluar patung Barbie, Mattel akan mengeluarkan patung versi botak sebagai tanda sokongan kepada dua orang ibu yang melancarkan kempen mengurangkan pandangan negatif selepas anak mereka kehilangan rambut akibat rawatan penyakit barah. Jurucakap Mattel, Alan Hilowitz mengesahkan bahawa anak patung berkenaan akan dikeluarkan lengkap dengan memiliki rambut palsu, topi, skaf dan aksesori tambahan yang diklasifikasikan sebagai ‘seorang rakan’ Barbie.

Beliau berkata ia bakal memberikan pengalaman mainan fesyen tradisi dan akan memberi pilihan kepada pengguna untuk menanggalkan rambut palsu dan memakai penutup kepala, lapor Sky News. 

Kedua-dua ibu berkenaan melancarkan kempen ‘bald and beautiful’ (botak dan cantik) yang berjaya menarik lebih 150,000 orang di Facebook yang menyukainya. 

Konsep itu bertujuan mengurangkan stigma di kalangan kanak-kanak untuk menjalani rawatan atau mereka yang dikaitkan dengan keadaan seperti alopecia (kehilangan rambut) dan trichotillomania (Kegemaran mencabut rambut) 

Pengasas bersama kempen itu, Jane Bingham berkata beliau langsung tidak menjangka ia boleh mengumpulkan momentum yang turut membantu mereka yang kehilangan rambut. 
“Kami menyangkakan ia hanya popular di kalangan sebilangan orang saja tetapi kami tidak menjangka ia begitu popular sehingga di seluruh dunia dan melalui media,” katanya yang dipetik dari CBS News. 

“Ia amat bagus, kami tidak dapat melakukannya. Mereka tidak akan mendengar kami jika ia hanya beberapa orang yang menulis mengenainya,” katanya. 

Selepas bertemu dengan beberapa ibu lain dalam keadaan yang hampir sama melalui bilik bual kehamilan secara talian, Rebbeca Sypin, mereka akhirnya tampil dengan idea untuk membantu kanak-kanak berkenaan. 

Mereka di belakang kempen berkenaan berkata bahawa mereka tidak cuba untuk membuli syarikat dengan tindakan sedemikian tetapi sebaliknya cuba menumpukan kepada sebilangan kanak-kanak yang mengalami masalah terbabit. 

“Kami tidak meminta, kami tidak mahukan orang ramai memboikot,” kata Sypin apabila ditanya mengenai rancangan berkenaan. – Agensi


Sunday, April 1, 2012

Chef buat semula susyi paling mahal


BERLIAN diletakkan oleh Araneta pada bahagian atas mutiara yang terdapat pada permukaan susyi.

MANILA - Seorang chef terkenal, Angelito Araneta Jr. membuat semula susyi paling mahal di dunia di sini semalam. Susyi itu dihiasi dengan beberapa berlian Afrika dan mutiara.

Araneta telah diiktiraf Guinness World Records pada tahun 2010 sebagai pencipta susyi yang paling mahal di dunia.

Lima potong susyi itu dijual pada harga AS$1,978.15 (RM6,057.10). - Agensi