Thursday, June 30, 2011

Newsweek 'hidupkan semula' Puteri Diana

LOS ANGELES 29 Jun - Mendiang Puteri Diana 'dihidupkan semula' pada paparan muka depan majalah Newsweek dengan foto yang menggambarkan dia dan kehidupan yang mungkin dilaluinya untuk meraikan hari jadinya yang ke-50 Jumaat ini.

Foto dan kisah tersebut membayangkan Diana mungkin berkahwin kali kedua, menggunakan Botox dan sedikit cemburu dengan kehadiran menantu baru, Kate Middleton.

Ia sekali gus membangkitkan kemarahan kebanyakan orang yang meluat melihat majalah itu dijual di kedai pada minggu masa yang sama Putera William dan isterinya memulakan lawatan rasmi ke Amerika Utara.

"Mengejutkan, hebat atau sekadar cerita murahan?," soal majalah Los Angeles Times.

Blog berita, Mediaite.com menggelarnya sebagai 'tidak menghormati di semua tahap', manakala laman web The Atlantic Wire memaparkan tajuk utama Setakat Manakah Seramnya Hantu Puteri Diana?.

Editor Newsweek, Tina Brown, seorang rakyat Britain yang menulis gosip pada 2007 mengenai biografi mendiang Diana, membayangkan jika puteri itu tidak maut dalam kemalangan di Paris pada 2007, mendiang mungkin berpindah ke New York, kekal kelihatan cantik, berkawan dengan bekas suami, Putera Charles dan isteri, Camilla serta mempunyai 10 juta pengikut dalam Twitter.

Namun foto Diana yang diubah menggunakan gambar digital di muka depan majalah tersebut yang 'menggambarkan dia masih bertubuh langsing dan bergaya, sedikit kedut di muka', menjadi faktor kemarahan orang ramai.

Foto itu juga memaparkan Diana berjalan seiringan dengan Kate sambil tersenyum dan penuh rasa kagum.

Kandungan majalah tersebut turut membayangkan laman sosial Facebook milik Diana menyukai filem, The King's Speech dan siri televisyen, The Real Housewives of New York.

Malah ia juga membayangkan mendiang keluar bersama David Beckham dan isteri, Victoria serta menghantar kata-kata sokongan kepada pakar perubatan spiritual, Deepak Chopra dan artis yang juga aktivis China, Ai Weiwei.

"Ugh... ia sungguh tidak sesuai... biarlah wanita malang itu bersemadi dengan aman. Jika saya adalah anggota keluarganya, saya akan sangat marah dan tersinggung,'' tulis seorang wanita di halaman komentar Newsweek. Terdapat juga berkata mereka membatalkan langganan terhadap majalah berita mingguan AS tersebut. - REUTERS

Tuesday, June 28, 2011

Harga ayam naik RM1 sekilo

NAIK...peniaga di Pasar Chow Kit menjual ayam RM8 sekilogram.

KUALA LUMPUR: Sejak dua minggu lalu, kebanyakan peniaga bahan keperluan di beberapa pasar mendakwa berlaku kenaikan harga terutama barangan mentah di pasar khususnya ikan dan ayam.
Tinjauan ke Pasar Chow Kit mendapati, harga ayam meningkat 50 sen hingga RM1 sekilogram yang dijual pada harga RM8 atau RM8.50 sekilogram berbanding RM7.50 sekilogram sebelum ini.

Malah, lebih mengejutkan harga ikan kembung yang dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat sehingga 100 peratus iaitu pada harga RM12 sekilogram sejak tiga hari lalu.
Peniaga, Ali Mahmud, 28, berkata, kenaikan harga berlaku sejak dua minggu lalu dengan kenaikan 20 sen hingga RM6 menyebabkan peniaga menerima pelbagai rungutan daripada pembeli.

“Kami menerima barangan daripada pemborong. Jika mereka menaikkan harga kami terpaksa menjual pada harga tinggi walaupun kadang-kadang keuntungan sedikit.

“Peniaga dalam dilema kerana setiap hari terpaksa menerima rungutan daripada pembeli jika berlaku keadaan sedemikian,” katanya.
Menurutnya, dia tidak pernah menaikkan harga ayam sesuka hati kerana sedia maklum bahan mentah berkenaan barangan kawalan.

Peniaga ikan yang mahu dikenali Hairi, 29, berkata minggu ini menyaksikan kenaikan beberapa jenis ikan seperti kembung, kerisi dan selar sehingga dua kali ganda daripada harga sebelum ini.

“Kekurangan bekalan ikan terutama kembung akibat keadaan cuaca tidak menentu menyebabkan harganya naik mendadak dan ini kali kedua harga ikan naik.

“Kami tidak dapat menjangka harganya akan turun dalam masa terdekat kerana tidak menunjukkan ia akan kembali normal dan bergantung keadaan semasa,” katanya.

Saturday, June 25, 2011

Wanita ada 'radar gay'

KEINGINAN wanita mencari pasangan memberikannya naluri untuk mengecam kecenderungan seks lelaki.

TORONTO, Kanada - Sekiranya seorang wanita berkata, dia boleh mengecam lelaki gay dengan hanya memandangnya, dakwaan tersebut sememangnya benar, lapor sebuah akhbar semalam.
Sekumpulan saintis University Toronto, Kanada menyatakan, wanita memiliki naluri yang berfungsi seperti 'radar gay' untuk membantu mereka mengecam lelaki homoseks dengan hanya memandang wajahnya.
Kebolehan tersebut, kata mereka, paling kuat apabila wanita berada dalam fasa subur dan teruja untuk melakukan hubungan intim.
Penemuan unik itu berdasarkan tiga eksperimen melibatkan 40 wanita yang mana mereka diberikan gambar 80 lelaki mengandungi ekspresi wajah yang sama.
Para penyelidik seterusnya mendapati mereka dapat mengecam lelaki gay dan bukan gay dalam gambar-gambar itu.
Ketua kajian berkenaan, Profesor Nicholas Rule berkata, kebolehan semula jadi wanita dalam kajian itu didorong keinginan mereka untuk mencari pasangan dan memiliki anak.
"Namun, naluri wanita tidak ketara apabila dia diminta untuk mengecam kecenderungan seks wanita lain," katanya. - Agensi

165 barang di pasaran turun harga

ISMAIL SABRI (kanan) melihat beberapa buah beg yang dijual pada Ekspo Beli Barangan Malaysia di East Coast Mall, Kuantan semalam.

KUANTAN – Bilangan barangan di pasaran yang mengalami penurunan harga adalah lebih banyak berbanding yang mengalami kenaikan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya mendapati sebanyak 165 jenis barang mengalami penurunan harga manakala 135 lagi mengalami kenaikan.
“Banyak pihak mempersoalkan harga barang naik, namun keadaan sebenarnya adalah lebih banyak barang mengalami penurunan harga.
“Contohnya yang turun harga ialah bawang merah dan beberapa lagi barang. Para pengguna boleh memeriksa harga barang-barang tersebut di portal kementerian (http://www.kpdnkk.gov.my),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan penutup Ekspo Beli Barangan Malaysia di East Coast Mall di sini semalam yang disertai 97 syarikat pengeluar barangan buatan tempatan.
Ismail Sabri berkata, para pengguna juga perlu bijak memilih kedai serta pasar raya yang menjual barangan pada harga murah.

Lelaki 99 tahun berkahwin kali pertama

GILBERT HERRICK dan Virginia Hartman.

ROCHESTER, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki berusia 99 tahun, Gilbert Herrick berkahwin buat kali pertama semasa dia berumur 99 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Herrick yang pernah menjadi askar semasa Perang Dunia Kedua melangsungkan perkahwinan dengan seorang balu berusia 86 tahun, Virginia Hartman dalam satu majlis perkahwinan di Hospital Komuniti Monroe di sini baru-baru ini.
"Saya tidak pernah menemui seorang wanita yang sesuai sehinggalah saya menemui Virginia," kata Herrick.
Ketika ditanya sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung jika dia mempunyai nasihat mengenai hubungan romantik, Herrik berkata: "Cinta akan mencari anda."
Pasangan itu melangsungkan perkahwinan dalam majlis yang dihadiri anggota keluarga dan rakan-rakan pada 4 Jun lalu.
Pasangan itu berkenalan pada tahun lalu apabila mereka bertembung di satu laluan di hospital berkenaan.
Mereka kemudian menjadi rakan dengan Virginia suka melukis sama seperti Herrick.
Majlis perkahwinan mereka diatur oleh lima orang anak Virginia, cucu dan cicitnya yang turut menghadiri majlis tersebut. Pasangan itu akan berkongsi sebuah bilik di hospital itu selepas mereka menjadi suami isteri. - Agensi

Thursday, June 23, 2011

Barang kemas RM24.1 juta milik Eva Peron ditemui

SEBAHAGIAN barang kemas milik Eva Peron yang ditemui semula dipamerkan polis di Milan, Itali kelmarin.

MILAN – Sejumlah barang kemas bernilai lebih £5 juta (RM24.1 juta) yang pernah dimiliki Wanita Pertama Argentina, Eva Peron ditemui semula oleh polis Itali.
Pendedahan itu dibuat polis dalam satu sidang akhbar kelmarin di sini.
Semua barang kemas itu, termasuk sebuah tiara bernilai £3.5 juta (RM16.9 juta) yang dihadiahkan kepada Eva oleh keluarga diraja Belanda, dua bentuk cincin dan sepasang anting-anting ditemui di sebuah hotel di sini dalam satu serbuan pihak berkuasa.
Barang kemas itu dicuri sekumpulan penjenayah Serbia daripada sebuah butik di bandar Valencia, Sepanyol pada Disember 2009.
Pada tahun lalu, polis Sepanyol menangkap enam anggota geng penjenayah berkenaan tetapi gagal menemui barang kemas berkenaan.
Namun, hasil soal siasat terhadap tahanan-tahanan tersebut, polis Sepanyol memberikan maklumat mengenai seorang konconya kepada polis di sini, Itali.
Selepas membuat intipan selama beberapa bulan, penjenayah berkenaan ditangkap di sebuah hotel di sini dengan polis turut menemui semula barang kemas tersebut.
Eva yang merupakan isteri bekas Presiden Argentina Juan Peron lebih dikenali dengan gelaran Evita.
Wanita itu menjalani kehidupan penuh mewah dan glamor yang kemudian diadaptasikan ke layar perak menerusi filem berjudul, Evita dengan wataknya dilakonkan oleh Madonna.
Peron memerintah Argentina pada awal 1950-an sebelum hidup dalam buangan pada 1955, tiga tahun selepas Eva meninggal dunia pada usia 33 tahun akibat kanser. – Agensi

Wednesday, June 22, 2011

Kedai Rakyat 1Malaysia: 250 barang lebih murah

NAJIB membuat bayaran selepas berbelanja di Kedai Rakyat 1Malaysia 
di Stesen LRT Kelana Jaya, Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA: Pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga lebih murah daripada pasaran membuktikan kerajaan mendengar keluh-kesah rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, menjadi hasrat kerajaan dan beliau sendiri untuk melihat Gagasan 1Malaysia bukan sekadar slogan atau kata aluan ucapan di majlis tertentu sebaliknya dalam bentuk produk dan perkhidmatan yang boleh membantu serta memberi keselesaan kepada rakyat.

“Sebelum ini Klinik 1Malaysia dan kini kita mengambil langkah membuka Kedai Rakyat 1Malaysia selepas kajian mendalam terhadap keperluan dan kepayahan rakyat terutama mereka berpendapatan rendah serta sederhana rendah di bandar.

“Kedai pertama ini yang menawarkan 250 barangan keperluan harian pada harga lebih murah adalah inisiatif Mydin Mohamed Holdings Berhad bersama Syarikat Impian Stabil Sdn Bhd manakala Syarikat Prasarana Negara menyediakan lokasi,” katanya dalam ucapan pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia di Stesen LRT Kelana Jaya, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis; Pengerusi Syarikat Prasarana Negara Berhad, Tan Sri Izzuddin Dali dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin.

Perdana Menteri berkata, konsep Kedai Rakyat 1Malaysia tidak banyak beza dengan Restoran Rakyat yang diperkenalkan pentadbiran bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak ketika kemelesetan ekonomi sekitar 1970-an.

“Konsepnya hampir sama, kita menjual barangan keperluan harian pada harga murah, pembungkusan minimum tetapi kualitinya tetap sama dengan barangan di pasaran manakala pemilihan LRT Kelana Jaya sebagai lokasi pertama dilihat sesuai kerana menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia turut memberi suntikan besar kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kerana kebanyakan barangan itu dibekalkan mereka.

“Selain itu, jika berlaku malapetaka seperti banjir atau mahu membantu rakyat miskin, bekalan barangan ke perluan boleh diperoleh daripada Kedai Rakyat 1Malaysia pada harga lebih murah.

“Selepas ini, kedai sama akan dibuka di lokasi lain yang kita akan kenal pasti seperti Klinik 1Malaysia di seluruh negara,” katan
ya.

“Selepas ini, kedai sama akan dibuka di lokasi lain yang kita akan kenal pasti seperti Klinik 1Malaysia di seluruh negara,” katanya.

Tuesday, June 21, 2011

Aktor 51 tahun kahwin gadis 16 tahun

DOUGH HUTCHISON dan isterinya, Courtney Alexis.

LAS VEGAS - Aktor Dough Hutchison yang berusia 51 tahun yang merupakan pelakon filem The Green Mile, siri drama Lost dan 24 telah berkahwin dengan penyanyi lagu berentak country, Courtney Alexis Stodden yang berumur 16 tahun pada 20 Mei lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun perbezaan umur pasangan itu terlalu jauh iaitu 35 tahun, perkahwinan mereka telah menarik perhatian orang ramai.
"Kami sedar perbezaan umur yang terlalu besar menjadi kontroversi. Namun, kami saling menyintai dan ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa cinta sejati tidak mengira umur," kata pasangan itu kepada laman hiburan E! Online.
Menurut undang-undang negeri Nevada, seseorang yang mahu mendapatkan lesen perkahwinan perlu berusia 18 tahun ke atas.
Namun, keputusan Courtney yang berkahwin ketika berusia 16 tahun itu tidak menyalahi undang-undang negera tersebut kerana dia mendapat restu daripada ibunya.
"Kami memberi sokongan penuh kepada perkahwinan ini. Doug seorang lelaki yang baik dan kami menyukainya," akui ibu Courtney, Krista Stodden kepada laman hiburan RadarOnline.com.
"Mereka begitu saling menyintai dan kami memberi sokongan terhadap perkara ini.
"Courtney masih dara semasa dia berkahwin dengan Dough," katanya. - Agensi

Perkahwinan pasangan lesbian pertama di Nepal

\
COURTNEY MITCHELL (kanan) menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangan lesbiannya, Sarah Welton dalam majlis perkahwinan sesama jantina di sebuah kuil Hindu di Katmandu, Nepal 

KATMANDU - Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal.
Nepal baru-baru ini telah mengiktiraf hak-hak lelaki homoseksual dan menggubal undang-undang untuk menamatkan diskriminasi seksual.
Pasangan itu, Courtney Mitchell, 41, dan Sarah Welton, 48, dari Denver, Colorodo diraikan dalam persandingan tradisi Hindu di kuil Dakshinkali yang terletak di selatan Katmandu, ibu negara Himalaya.
Ahli Parlimen Nepal, Sunilbabu Pant, seorang aktivis hak gay berkata, ia merupakan perkahwinan awam pertama daripada pasangan lesbian di negara konservatif.
Di Nepal, perkahwinan sejenis tidak menyalahi undang-undang. - AP

Monday, June 20, 2011

Lebih ramai lelaki mati akibat rokok, arak

LONDON: Kemungkinan kematian sebelum usia 65 tahun di kalangan lelaki akibat terlalu banyak merokok dan minum arak adalah dua kali ganda berbanding wanita.

Satu kajian yang dilakukan oleh Kesatuan Eropah menunjukkan 630,000 lelaki mati pada usia bekerja berbanding 300,000 wanita di seluruh negara kesatuan itu.

Dr Richard de Visser, dari Universiti Sussex, penyelidik utama kajian berkenaan memberi tumpuan khusus terhadap kesan alkohol, penggunaan dadah dan kelakuan seks yang berkait dengan kematian pramasa itu.

Beliau mendapati, di seluruh Eropah, 63 peratus lelaki merokok berbanding 45 peratus wanita. Dianggarkan, kira-kira satu daripada setiap tujuh kematian di rantau itu berkait dengan amalan berkenaan.

Kajian itu juga mendapati, lelaki lebih ramai minum arak berlebihan dan terbabit dalam penyalahgunan dadah berbanding wanita.

Di 23 daripada 31 negara, kadar kematian di kalangan lelaki akibat penyakit hati kronik adalah dua kali ganda daripada wanita. Dalam pada itu, 82 peratus yang mati akibat penggunaan dadah berlebihan juga adalah lelaki. - Agensi

Sunday, June 19, 2011

Gaya duduk rakyat Thai jadi kegilaan di Facebook

RATUSAN orang menghantar gambar yang menunjukkan mereka duduk bersimpuh 
di pelbagai lokasi di laman Facebook.

BANGKOK - Gaya duduk tradisional rakyat Thailand kini menjadi kegilaan terbaharu dalam kalangan penduduk negara itu di laman Facebook, lapor akhbar Bangkok Post semalam.
Lebih 65,000 orang sudah mendaftarkan diri di laman Facebook yang mempromosikan kempen gaya duduk itu yang dikenali sebagai pubpeab sejak ia dilancarkan pada Jumaat lalu.
Gaya duduk itu menunjukkan seseorang individu itu duduk bersimpuh di pelbagai lokasi dengan gambar mereka disiarkan di laman berkenaan.
Antara gambar itu menunjukkan anggota-anggota pasukan bola keranjang Pattani di selatan Thai duduk bersimpuh di tengah gelanggang sukan tersebut.
Terdapat juga gambar yang menunjukkan dua lelaki duduk bersimpuh di sebuah stesen tren.
Pengarah Jabatan Pemantauan Kebudayaan Thailand, Ladda Tangsupachai memuji kempen tersebut dengan menyatakan generasi muda perlu banyak mempelajari gaya duduk tradisional itu. - Agensi

Sumbat lembu dalam V6

CURI... lembu yang disumpit dengan ubat bius disumbat ke dalam kereta sebelum dilarikan.

ALOR GAJAH: Taktik tiga lelaki menyamar sebagai anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum mencuri seekor lembu jantan di Simpang Guthre, Tebong, dekat sini, kecundang apabila seorang daripada mereka ditahan polis, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.45 pagi, tiga lelaki berusia 40-an itu memberhentikan kereta Proton Perdana V6 dinaiki mereka selepas menyumpit lima ekor lembu di dalam pagar rumah penduduk dikenali sebagai P Bakachander, 47.

Jurucakap polis berkata, mangsa menyedari gerak-geri tiga suspek itu yang berlegar-legar di persekitaran rumahnya sebelum menyumpit lima lembu dan memasukkan seekor daripadanya ke dalam kereta dan melarikan diri.

Mangsa kemudian menghubungi polis sebelum anggota peronda yang meronda di sekitar Alor Gajah serta berdekatan mengesan dan mengepung kereta terbabit di setiap penjuru jalan raya ke arah Bukit Bulat.

“Bertindak atas maklumat itu, enam kereta peronda bergegas ke lokasi sebelum terserempak dengan kereta suspek bergerak laju ke arah Hutan Percha, Kemuning kemudian ke Solok Menggong sebelum berpatah balik dan berselisih dengan sebuah kereta peronda.

“Anggota peronda kemudian mengejar kereta suspek yang memecut laju dan berjaya menghalangnya ketika kereta itu membelok ke arah Machap,” katanya.

Menurutnya, ketika kenderaan suspek dikepung, mereka cuba melarikan diri dengan keluar menuju ke arah ladang kelapa sawit berhampiran, namun seorang daripada mereka tidak bernasib baik apabila kakinya terbolos ke dalam longkang sebelum ditangkap.

“Dua suspek lagi gagal dikesan kerana melarikan diri di dalam ladang sawit dan pemeriksaan ke atas kereta menemui satu sumpit menggunakan bahan PVC dan pelekat lambang polis,” katanya.

Sementara itu, Balachander berkata, ketika kejadian dia berada berdekatan lembunya di dalam kawasan berpagar selepas menyedari sebuah Proton Perdana V6 di depan rumahnya dalam keadaan mencurigakan.

“Beberapa minit selepas itu lima ekor lembu saya tumbang tanpa menyedari ia disumpit tiga lelaki dari dalam kereta tadi sebelum mereka mendekati saya sambil mendakwa anggota polis.

“Pakaian mereka ada lambang polis dan saya melihat seekor lembu rebah berhampiran pagar manakala empat lagi di dalam pagar sebelum mereka mengangkat dan memasukkan lembu di tempat duduk belakang dan terus beredar.

“Saya pelik apabila mereka memasukkan lembu yang pengsan ke dalam kereta yang diubah suai sedangkan pada mulanya mendakwa anggota polis,” katanya.

Saturday, June 18, 2011

Castrol tawar hadiah menarik

BP Castrol Lubricants (Malaysia) Sdn Bhd (Castrol) menawarkan pelbagai hadiah menarik, antaranya percutian ke Disneyland, Hong Kong; Universal Studio, Singapura, iPad2 dan pelincir Castrol Magnatec sempena kempen Castrol Magnatec Perlindungan Serta-merta.

Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura, Mark Ng berkata, orang ramai berpeluang merebut hadiah itu dengan menyertai pertandingan permainan atas talian iaitu Augmented Reality yang disediakan di facebook Castrol Malaysia.

“Permainan ini membantu syarikat menyampaikan kebaikan penggunaan  Castrol Magnatec untuk menyelesaikan masalah kehausan enjin kenderaan.

“Pertandingan ini dipromosikan bersama kempen Castrol Magnatec Perlindungan Serta-merta di seluruh negara tahun ini iaitu di Mid Valley Megamall (16 hingga 19 Jun), Gurney Plaza, Pulau Pinang (1 hingga 3 Julai), AEON Tebrau City, Johor Bahru (22 hingga 24 Julai) dan One Utama, Kuala Lumpur (11 hingga 14 Ogos),” katanya pada majlis pelancaran kempen itu di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, menerusi permainan itu, peserta dapat melihat raksasa Augmented Reality yang bertindak sebagai watak penyebab kehausan dan molekul pintar pada Castrol Magnatec sebagai alat untuk melindungi enjin kenderaan daripada serangannya.

Sumbat lembu dalam V6

CURI... lembu yang disumpit dengan ubat bius disumbat ke dalam kereta sebelum dilarikan.

ALOR GAJAH: Taktik tiga lelaki menyamar sebagai anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum mencuri seekor lembu jantan di Simpang Guthre, Tebong, dekat sini, kecundang apabila seorang daripada mereka ditahan polis, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.45 pagi, tiga lelaki berusia 40-an itu memberhentikan kereta Proton Perdana V6 dinaiki mereka selepas menyumpit lima ekor lembu di dalam pagar rumah penduduk dikenali sebagai P Bakachander, 47.

Jurucakap polis berkata, mangsa menyedari gerak-geri tiga suspek itu yang berlegar-legar di persekitaran rumahnya sebelum menyumpit lima lembu dan memasukkan seekor daripadanya ke dalam kereta dan melarikan diri.

Mangsa kemudian menghubungi polis sebelum anggota peronda yang meronda di sekitar Alor Gajah serta berdekatan mengesan dan mengepung kereta terbabit di setiap penjuru jalan raya ke arah Bukit Bulat.

“Bertindak atas maklumat itu, enam kereta peronda bergegas ke lokasi sebelum terserempak dengan kereta suspek bergerak laju ke arah Hutan Percha, Kemuning kemudian ke Solok Menggong sebelum berpatah balik dan berselisih dengan sebuah kereta peronda.

“Anggota peronda kemudian mengejar kereta suspek yang memecut laju dan berjaya menghalangnya ketika kereta itu membelok ke arah Machap,” katanya.

Menurutnya, ketika kenderaan suspek dikepung, mereka cuba melarikan diri dengan keluar menuju ke arah ladang kelapa sawit berhampiran, namun seorang daripada mereka tidak bernasib baik apabila kakinya terbolos ke dalam longkang sebelum ditangkap.

“Dua suspek lagi gagal dikesan kerana melarikan diri di dalam ladang sawit dan pemeriksaan ke atas kereta menemui satu sumpit menggunakan bahan PVC dan pelekat lambang polis,” katanya.

Sementara itu, Balachander berkata, ketika kejadian dia berada berdekatan lembunya di dalam kawasan berpagar selepas menyedari sebuah Proton Perdana V6 di depan rumahnya dalam keadaan mencurigakan.

“Beberapa minit selepas itu lima ekor lembu saya tumbang tanpa menyedari ia disumpit tiga lelaki dari dalam kereta tadi sebelum mereka mendekati saya sambil mendakwa anggota polis.

“Pakaian mereka ada lambang polis dan saya melihat seekor lembu rebah berhampiran pagar manakala empat lagi di dalam pagar sebelum mereka mengangkat dan memasukkan lembu di tempat duduk belakang dan terus beredar.

“Saya pelik apabila mereka memasukkan lembu yang pengsan ke dalam kereta yang diubah suai sedangkan pada mulanya mendakwa anggota polis,” katanya.

Maxis Mulakan Pra-Daftar Untuk BlackBerry PlayBook

Maxis bakal menawarkan BlackBerry PlayBook

Maxis yang sebelum ini membawa masuk Motorola Xoom, HTC Flyer dan pelbagai tablet lain bakal membawakan orang ramai pakej BlackBerry Playbook pula. Antara ciri spesifikasi Blackberry Playbook adalah processor 1 GHz dual-core dengan RAM sebanyak 1GB. Dua kamera depan belakang, 3MP dan 5MP dengan kualiti 1080HD serta menyokong HTML untuk pelayan internet.

Maxis dilihat membawakan banyak pakej menarik berasaskan internet tablet untuk pengguna. Pengguna boleh mendapatkan harga yang rendah bagi peranti-peranti yang ada dengan mendaftar pelan yang disediakan. 

Tarikh rasmi pelancaran masih belum diketahui tetapi orang ramai yang berminat untuk mendapatkan info seawal pelancaran boleh mendaftar di laman Maxis BlackBerry Playbook

Thursday, June 16, 2011

Gambar Perodua Myvi 2011 Dan Harga Pasaran

Perodua Myvi 2011 terbaru telah dilancarkan secara rasmi tadi yang diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Terdapat 3 pilihan untuk pengguna iaitu Standard, Premium dan Elegance. 

Kesemua pilihan dilengkapi beg udara berkembar untuk pemandu dan penumpang depan, namun Standard tidak dilengkapi ABS, EBD dan BA seperti mana yang terdapat pada Premium dan Elegance. Bagi pilihan Elegance harga mencecah RM57,908.00 kerana kereta nie paling lengkap antara ketiga-tiga pilhan tadi kerana mendapat tambahan seperti kit badan penuh, panel skrin sesentuh 6 inci dengan sistem GPS dan kusyen kulit.

Bagi pilihan Standard pulak harganya antara RM44,426.00 sehingga RM48,326.00 kerana tidak dilengkapi rim aloi, sebaliknya menggunakan rim besi yang ditutup menggunakan penutup plastik (wheel cap). 

Sebelum nie ada ura-ura Myvi terbaru bakal menggunakan enjin berkapasiti 1.5L, malangnya untuk keluaran terbaru nie, Perodua masih mengekalkan enjin 1.3 untuk kesemua 3 pilihan tadi. Pasal enjin nie yang ramai yang kecewa kerana Perodua masih menggunakan enjin lama.

Kenderaan tenggelam kerana pemandu percaya GPS

GAMBAR menunjukkan kenderaan utiliti sukan ditarik keluar dari dalam tasik.

WASHINGTON - Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di sini kelmarin selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).
Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel.
Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS.
Namun, kenderaan itu bergerak memasuki sebuah tasik.
Ketiga-tiga wanita itu menggigil selepas mereka berjaya keluar dari kenderaan tersebut yang kemudian tenggelam ke dalam tasik berkenaan.
Sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi namun kenderaan tersebut sudah tenggelam ke dalam tasik.
Ia kemudian ditarik keluar dari tasik tersebut dengan menggunakan trak penunda itu. - Agensi

51 laman web kerajaan kena godam

LAMAN web KRU Studios yang sebelum ini ditutup akibat diserang oleh penggodam kembali pulih semalam

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan sebanyak 51 laman web milik agensi kerajaan digodam oleh penggodam yang tidak dikenali.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat SKMM, Muhamad Tahir Muhamad Noor berkata, sehingga awal pagi semalam, 41 daripada jumlah itu mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.
Menurutnya, serangan tersebut dikesan bermula pada pukul 11.30 malam kelmarin dan menjangkakan tempoh memulihkan kesemua laman web tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
"Pemantauan kami mendapati serangan semakin berkurangan menjelang pukul 4 pagi semalam (kelmarin) dan selepas membuat penilaian, kami menganggap kesan serangan itu terhadap pengguna di Malaysia adalah kecil," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Wednesday, June 15, 2011

Kereta baharu diletak dalam van kecil

SEBUAH kereta Mazda 626 diletakkan di dalam sebuah van kecil untuk dibawa pulang 
ke Kazakhstan dari Bargteheide, Jerman baru-baru ini.

BARGTEHEIDE, Jerman - Sebuah kereta baharu diletakkan dalam sebuah van kecil dalam keadaan menegak oleh pemiliknya untuk dibawa pulang ke Kazakhstan sejauh 3,540 kilometer dari sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Van itu digunakan kerana pemilik kereta tersebut tidak mahu menggunakan perkhidmatan penghantaran kenderaan berkenaan dengan menggunakan treler yang melibatkan kos yang tinggi.
Kusyen diletakkan di sisi kereta tersebut bagi mengelak badan kereta itu mengalami sebarang calar.
Bagaimanapun, polis Jerman menahan van yang membawa van tersebut semasa ia dalam perjalanan ke Kazakhstan baru-baru ini.
Kertas akhbar digunakan untuk menutup kereta jenis Mazda 626 itu daripada dilihat oleh orang ramai.
Dua lelaki, Konstanty Krol, 38, dan Cezar Chielewski, 28, yang membeli kereta itu ditahan oleh polis bersama dengan van berkenaan.
Anggota-anggota polis menahan van itu selepas mereka mendapati ia bergerak dalam keadaan tersenggut-senggut.
Seorang jurucakap polis berkata, kereta dan van tersebut telah dirampas.
Namun, katanya, kereta berkenaan akan dibenarkan dibawa pulang ke Kazakhstan setelah semua dokumen perjalanan yang sah disediakan oleh kedua-dua lelaki itu. - Agensi

Portal kerajaan digodam penjahat Dragon Force

SEBUAH kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous turut memberi 
amaran untuk menggodam laman web kerajaan.

KUALA LUMPUR - Portal rasmi Jabatan Pengajian Politeknik dan sebuah portal pelancongan swasta menjadi mangsa pertama sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Dragon Force Malaysia di sini awal pagi semalam.
Dalam kedua-dua portal itu, penggodam terbabit menyatakan tindakan tersebut dibuat sebagai protes terhadap kerajaan Malaysia supaya tidak menghalang kebebasan menggunakan Internet.
"Tiada yang selamat, terima kasih ahli Dragon Force. Kepada pentadbir, Dragon Force sudah datang. Terkejut huh? Jangan bimbang banyak yang akan datang lagi.
"Hormati kami, kami masukkan kod, kami ubah sistem anda, kami buka kata kunci anda, kami salah guna jaringan anda bukan kerana kami benci tetapi kami suka. Enjoy!," kata penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Kambeng Merah melalui mesej yang ditinggalkan dalam portal yang digodam.
Bagaimanapun, kedua-dua portal yang digodam selama 13 jam bermula tengah malam kelmarin sehingga kira-kira pukul 1 petang itu boleh diakses semula setelah dibaik pulih oleh pentadbir portal berkenaan.
Dalam pada itu, sumber daripada Jabatan Pengajian Politeknik mengesahkan kejadian tersebut dan sedang menunggu laporan penuh pembekal perkhidmatan laman webnya.
"Kami mempunyai dua portal iaitu www.politeknik.edu.my dan politeknik.gov.my. Yang telah diserang ialah politeknik.gov.my sementara portal yang satu lagi tidak digodam.
"Buat masa sekarang, memang tiada sebarang kerosakan serius dan semua kerosakan itu sudah dibaiki. Selepas pihak kami mendapat laporan penuh daripada pembekal, kami akan buat laporan terus kepada pihak atasan mengenainya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Selain itu, sebuah lagi portal milik syarikat Impressions Holidays & Resort Sdn. Bhd. iaituwww.tourmalaysia.com.my turut menjadi mangsa kumpulan sama.