Friday, March 30, 2012

Bekas Tapak Kaki Raksasa ditemui di Gunung Salabose


MAJENE - Penemuan berpuluh-puluh kesan tapak kaki saiz gergasi heboh diperkatakan oleh penduduk yang tinggal di lereng Gunung Salabose, Majene, Sulawesi Barat.

Setakat ini, belum ada penjelasan daripada pihak berkuasa tempatan mengenai penemuan itu, tetapi lokasi penemuan itu kini menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke Gunung Salabose.

Penduduk tempatan percaya kesan tapak kaki gergasi itu milik makhluk ghaib dan mereka memagarinya supaya tidak dipijak oleh pengunjung.

Menurut penduduk tempatan, kesan tapak kaki gergasi itu bukan hanya ditemui di kampung mereka, tetapi juga di lerang bukit menuju puncak Gunung Salabose.

Seorang penduduk, Abu berkata, pada mulanya tapak kaki itu ditemui tidak jauh dari kediaman mereka.
.


Thursday, March 29, 2012

Mangsa simbah asid Pakistan bunuh diri

 Wajah Fakhra Younus sebelum dan selepas diserang dengan asid lebih sedekad lalu. - Foto ihsan yahoo

ISLAMABAD — Wanita Pakistan, Fakhra Younus yang telah menjalani lebih 30 pembedahan sepanjang satu dekad lalu untuk memulihkan wajah dan badannya yang terjejas teruk akibat serangan asid membunuh diri baru-baru ini.

Bekas penari berusia 33 tahun, yang didakwa diserang oleh bekas suaminya, seorang wakil rakyat dan anak kepada ahli politik negara itu, melompat dari tingkat enam sebuah bangunan di Rom, Itali.

Fakhra tinggal di Rom untuk mendapatkan rawatan.

Wanita berkenaan membunuh diri pada 17 Mac lalu, lapor portal majalah mingguan TIME.

Jenazahnya dibawa pulang ke Pakistan Ahad lalu dan mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Fakhra mengambil tindakan membunuh diri kurang sebulan selepas penerbit film Pakistan menerima anugerah Oscar bagi dokumentasi berkaitan dengan mangsa-mangsa serangan asid, kata laporan itu lagi.

Nasib dilalui wanita itu menggambarkan keperitan layanan buruk dialami kebanyakan wanita di Pakistan.

Suami wanita itu, Bilal Khar, telah dibebaskan daripada tuduhan serangan asid ke atasnya. Bagaimanapun, menurut laporan itu, ramai percaya bahawa dia menggunakan hubungan dan pengaruh untuk melepaskan diri daripada tuduhan.

Lebih daripada 8,500 serangan asid, perkahwinan paksa dan keganasan dalam bentuk lain ke atas wanita dilaporkan di Pakistan tahun lalu.


Restoran di KLCC terbakar





KUALA LUMPUR - Sebuah restoran di tingkat empat pusat beli belah KLCC di sini terbakar pada 5.20 petang ini.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata semua jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian.


"Kita masih menunggu laporan pegawai di tempat kejadian," katanya kepada Bernama.


KLCC adalah antara destinasi pelancongan utama di negara ini.- Bernama


Wednesday, March 28, 2012

Transplan beri lelaki AS wajah baru

 

 WASHINGTON - Derita seorang lelaki selama 15 tahun berakhir selepas menjalani pembedahan muka menyeluruh  yang memberikannya wajah, rahang, gigi dan lidah yang baru.

Richard Lee Norris, 37, kehilangan hampir seluruh wajahnya dalam kemalangan, yang melibatkan penggunaan senjata api 15 tahun lalu, dan dia terpaksa menggunakan topeng untuk melindungi wajahnya daripada pandangan orang ramai.

Menurut doktor, pembedahan yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Maryland ini merupakan pembedahan yang paling lama pernah dilakukan.

Pembedahan yang dibiayai sepenuhnya oleh Tentera Laut Amerika Syarikat berlangsung selama 36 jam, termasuk satu siri operasi selama 72 jam yang melibatkan pemindahan organ daripada seorang penderma, yang turut menyelamatkan lima pesakit lain pada hari yang sama.

Pakar bedah utama, Eduardo Rodriguez berkata, Norris mempunyai pergerakan terhad di mulutnya kerana dia kehilangan bibir dan hidungnya dalam kemalangan tersebut.

"Matlamat kami adalah untuk mengembalikan fungsi dan memulihkan semula bentuk wajahnya," katanya.

Menurut pasukan doktor, pesakit tersebut kini semakin pulih dan mula mendapat rangsangan deria bau.

Kini kerajaan AS mula menilai kelayakan pembedahan pemindahan muka kepada lebih 200 anggota mereka yang tercedera di Afghanistan dan Iraq.

Pemindahan muka pertama telah dilaksanakan ke atas seorang wanita yang telah digigit anjingnya di Perancis pada 2005.

Lima tahun kemudian, pakar bedah di Sepanyol mengendalikan pemindahan muka penuh pertama di dunia.