Saturday, January 26, 2013

UFO Terhempas Punca Ikan Mati

Berjuta-juta ikan ditemui mati secara misteri di perairan Okinawa minggu lalu, sementara itu, imej UFO (gambar kecil) yang dilaporkan terhempas di perairan Okinawa, dikeluarkan tentera laut Jepun.



Berjuta-juta ikan ditemui mati secara misteri di perairan Okinawa minggu lalu, sementara itu, imej UFO (gambar kecil) yang dilaporkan terhempas di perairan Okinawa, dikeluarkan tentera laut Jepun.


Okinawa: Objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terhempas ke dalam laut di Okinawa, didakwa menjadi punca berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu minggu lalu.

Berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu dan setakat ini lebih 50 tan sudah dibersihkan di sepanjang pantai dan beberapa wilayah yang berhampiran.
Lebih menghairankan bangkai yang ditemui mati itu menunjukkan kesan terbakar dan pendarahan di bahagian mata.

Laman web Veteran Today melaporkan, wartawan mereka menghubungi dengan sumber boleh dipercayai pemerintah Jepun yang menyaksikan proses mengeluarkan UFO yang terhempas itu.


Kesan kemalangan UFO

“Saya dapat mengesahkan bahawa jutaan ikan yang mati di perairan Okinawa adalah kesan daripada ‘kemalangan’ UFO terbabit.

“Kami mempunyai pakar yang ditempatkan di kapal JS Kurama di laut Jepun yang bertanggungjawab membawa bangkai UFO itu ke permukaan,” kata sumber itu yang dipetik laman berkenaan.
Sumber itu juga menyatakan Perdana Menteri Jepun sudah dimaklumkan bahawa cecair misteri yang mengalir dari UFO terbabit menyebabkan asap beracun naik ke permukaan laut.

Katanya, cecair itu bukan saja membunuh ikan tetapi asap yang dihasilkan menyebabkan anggota penyelamat sukar menaikkan bangkai UFO terbabit.


Halang media siar

“Pakar turut menyatakan kebimbangan bahan kimia UFO itu boleh mencemarkan air laut dan membunuh hidupan di sekitarnya. Malah ketika diangkat, air laut di sekitar UFO terbabit mendidih,” kata sumber itu.

Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda dilaporkan menandatangani perintah menghalang media di negara itu melaporkan mengenai nahas yang berlaku. - Agensi



Friday, January 18, 2013

Terseliuh 10 kali sehari

pix_topright

London: Menghidap sindrom Ehlers-Danlos, seorang wanita mengalami kesakitan dari semasa ke semasa pada bahunya hanya kerana pergerakan tubuh yang mudah.

Menurut Lauren Harry, pada hari tertentu sendinya boleh terseliuh sehingga 10 kali.


Antara lain, kata Lauren, 20, ia berlaku akibat bersin atau terhenjut di dalam kenderaan akibat brek mengejut.

Minggu lalu saja, katanya, dia pergi mendapatkan rawatan kecemasan di hospital sebanyak empat kali. Doktor percaya, Lauren menghidap sindrom Ehlers-Danlos yang menyebabkan kolagen wanita itu terlalu lemah memastikan anggota badannya berada di tempat yang betul. Lauren - dari Wrexham, Wales - berkata, dia sakit pada kakinya ketika berusia 11 tahun tetapi menyangka ia masalah biasa akibat proses tumbesaran.


“Ketika berusia 15 tahun, saya terjatuh menyebabkan bahu cedera. “Sejak itu, bahu dan sendi saya yang lain, termasuk lutut dan jari, sering terseliuh,” katanya. Keadaan itu menyebabkan dia gagal menamatkan pendidikan peringkat AS.


Kata Lauren, setakat ini dia menjalani lima pembedahan berasingan di Hospital Wrightington Lancashire, untuk memberi kestabilan pada bahunya.

Bagaimanapun, katanya, masalah itu masih berterusan. “Bahu saya terseliuh 10 kali sehari kerana saya terbatuk, bersin atau tersepak sesuatu,” katanya.


Lauren yang kini bertugas sebagai kakitangan restoran makanan segera di Chester berkata, baru-baru ini semua jari tangannya terseliuh kerana membuka pintu tempatnya bekerja. Di rumah, kata Lauren, dia juga tidak boleh bergurau dengan adik-beradiknya tanpa mengalami kesakitan akibat terseliuh. - Daily Mail


Tuesday, January 15, 2013

Dolar dan euro tak stabil, permintaan emas mungkin naik


SINGAPURA - Permintaan untuk emas mungkin akan meningkat dengan dunia kini bergerak ke arah sistem rizab pelbagai mata wang berikutan ketidakpastian kestabilan dolar dan euro, demikian menurut analisis aset pegawai utama yang diadakan oleh bank-bank pusat dan dana kedaulatan di sini.
   
Ini adalah rumusan analisis sistem monetari dunia oleh Forum Institusi Monetari dan Kewangan Rasmi (OMFIF) dalam satu laporan yang diadakan oleh Majlis Emas Dunia, iaitu badan pembangunan pasaran industri emas.

Dirangsang oleh kehendak China untuk meningkatkan pengaruh kewangannya, renminbi China mungkin muncul secara berperingkat sebagai mata wang antarabangsa tulen dengan Beijing mengurangkan hadnya ke atas penggunaan transaksi dan pelaburan keluar negara.
   
Dalam tempoh akan datang berhubung ketidakpastian dan transisi antara mata wang rizab yang berbeza, para pengurus aset bank pusat rasmi seluruh dunia mungkin meningkatkan minat masing-masing terhadap emas ekoran keraguan mengenai kekuatan keseluruhan pengaturan monetari global, kata laporan itu.
   
Laporan OMFIF itu meninjau kepastian pengurusan aset berhubung pengagihan kuasa ekonomi global. - Bernama






Saturday, January 12, 2013

Bayi lahir dalam pesawat

KAKITANGAN penerbangan Merpati Nusantara Airlines bergambar dengan bayi perempuan pramatang yang lahir dalam pesawat itu baru-baru ini.


JAKARTA - Seorang bayi perempuan pramatang dilahirkan di dalam sebuah pesawat Merpati Nusantara Airlines, baru-baru ini.

Ketika kejadian, pesawat itu dalam penerbangan dari Timika ke Makassar.

Kelahiran bayi itu disambut oleh pramugari, Sherly Juwita dan dibantu empat kakitangan penerbangan pada kira-kira pukul 7 malam waktu tempatan.

Bayi yang dilahirkan oleh Harmani itu berada dalam keadaan sihat ketika kandungan ibunya baharu memasuki usia tujuh bulan.

Bagaimanapun, Sherly menerima khabar duka apabila dia dimaklumkan bayi itu meninggal dunia sejurus tiba di Makassar.

''Saya amat sedih. Tetapi mungkin itu yang terbaik untuk dia daripada Allah,'' katanya yang mengaku terkejut dengan berita itu ketika dihubungi Liputan6.com di sini.

Seorang pramugari berkata, semasa dilahirkan, bayi itu kelihatan agak sihat dan mendapat rawatan rapi daripada pramugari penerbangan.

''Kami berikannya oksigen dan meletakkannya di dalam sebuah bekas untuk bayi pramatang,'' katanya yang telah berkhidmat selama 17 tahun di syarikat itu. - AGENSI




Friday, January 11, 2013

Amah bunuh bayi dihukum mati di Saudi


RIYADH - Seorang pembantu rumah warga Sri Lanka telah dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh bayi dalam jagaanya pada tahun 2005.

Sebelum ini, kumpulan hak asasi manusia mendesak badan perundangan menilai semula kes berkenaan kerana ketika kejadian, pembantu rumah berkenaan Rizana Nafeek masih berumur 17 tahun.

Kumpulan itu turut menyatakan hukuman berkenaan melanggar kod antarabangsa kerana faktor usia tertuduh.

Kelmarin, Kementerian Dalam Negara berkata, pelaksanaan hukuman itu telah dijalankan, tetapi ia tidak memberikan butiran lanjut. - AP



Wednesday, January 9, 2013

Otak dalam hidangan segera

Otak dalam hidangan segera
Objek dipercayai otak manusia dalam gumpalan tepung.

LONDON - Seorang pelajar terkejut selepas menemui objek menyerupai otak manusia di dalam tepung rangup ketika menikmati makanan di restoran hidangan segera popular di Colchester, timur London.

Ibrahim Langoo, 19, menemui daging berpusar berwarna merah dan masih berdarah.

“Mustahil di dalam ketulan dada ayam mempunyai bahagian otak,” katanya.

Sejurus menemui objek itu, pihak pengurusan restoran tersebut menawarkan baucar percuma kepadanya sebagai ganjaran ganti rugi dan berharap perkara itu 'selesai'.

Pihak restoran terbabit bagaimanapun, menafikan penemuan itu dan mendakwa ia adalah bahagian buah pinggang salah satu daripada ayam itu. - The Sun



Tuesday, January 8, 2013

UK kendali pembedahan pindah tangan pertama

UK kendali pembedahan pindah tangan pertama


Pakar bedar Simon Kay bersama Mark Cahill

LONDON - Bekas pemilik pub dari West Yorkshire menjadi orang pertama di United Kingdom (UK) berjaya menjalani pembedahan pemindahan tangan.
Mark  Cahill, 51, tidak dapat lagi menggunakan tangan kanannya yang lumpuh akibat gaut.
Doktor mengatakan yang Cahill menunjukkan tindak balas positif selepas menjalani pembedahan selama lapan jam di Leeds General Infirmary.
Masih terlalu awal untuk menilai kawalan tangan akan dapat diberikan tetapi setakat ini beliau sudah mampu menggerakkan jarinya tetapi deria sentuhan belum pulih seperti sedia kala.
“Rasanya setakat ini baik-baik saja, tiada lagi kesakitan dan saya sendiri tidak sabar untuk melihat tangan baru saya berfungsi dengan baik,” kata Cahill yang mahu menghabiskan masa bersama cucunya.
Tangan baru Cahill, bapa kepada seorang anak lelaki dan mempunyai seorang cucu, masih lagi berbalut tetapi jarinya sudah boleh digerakkan.
"Harap-harap ini akan mengubah kehidupan saya," katanya lagi.
Beliau menderita penyakit gaut sejak 20 tahun lalu dan lima tahun lalu, penyakit itu merebak sehingga ke tangan kanannya mengakibatkan beliau tidak dapat membuka jarinya, malah tangan kanan tidak dapat berfungsi.
Salah satu pilihan yang ada ialah tangan bionik tetapi beliau menawarkan diri untuk menjalani pembedahan pindah tangan.
Pembedahan ini yang melibatkan prosedur memotong tangan penerima dan memasukkan tangan penderma dilakukan pada masa yang sama.
Tangan penderma dipotong setakat kawasan jam tangan dipakai dan pakar bedah menyambung saraf lengan Cahill dengan tangan penderma yang sesuai bersama saluran darah.
Pembedahan pindahan tangan itu dibuat pada 27 Disember lalu.
Pakar bedah plastik, Prof Simon kay berkata, "pasukan pembedahan sudah bersedia sejak November lalu dan menunggu anggota penderma yang sesuai yang hanya datang pada Krismas lalu."
“Ia amat mencabar kerana menjadi pasukan pertama di UK menjalani pembedahan pemindahan tangan pertama,” katanya.
“Setakat ini, pesakit memberi tindak balas positif,” tambah beliau.
Setakat ini lebih 60 operasi pemindahan tangan telah dibuat di seluruh dunia

Sunday, January 6, 2013

Kucing dilatih bawa telefon ke penjara

SEORANG pengawal memegang seekor kucing yang membawa beg mengandungi pelbagai barang di sebuah penjara di Alagoas 

BRASILIA - Seekor kucing yang dilatih oleh para banduan untuk membawa telefon bimbit dan pelbagai peralatan menggali terowong telah ditangkap di sebuah penjara di timur laut Brazil.

Menurut seorang ketua kesatuan pengawal penjara Alagoas, Marcelo Avelino, seorang pengawal itu yang melihat kucing tersebut kemudian mendekati haiwan berkenaan.

Avelino menjelaskan, pengawal berkenaan mendekati kucing tersebut kerana dia mendapati terdapat sesuatu yang ganjil pada tubuh haiwan itu.

Beliau memberitahu akhbar O Globo, pengawal itu yang mendekati haiwan berkenaan mendapati terdapat sebuah beg yang dibawa kucing itu.

Menurutnya, beg tersebut mengandungi mata gergaji dan peralatan menggali untuk digunakan dalam penggalian terowong.

Beliau berkata, sebuah telefon bimbit turut ditemui termasuk bateri dan alat pengecas.

Kucing itu kerap dilihat masuk dan keluar dari penjara berkenaan.

Seorang pegawai penjara tersebut, Luiz de Oliveira Souza memberitahu portal berita G1, para banduan tersebut telah membela haiwan itu.

Souza menyatakan, saudara-mara banduan kerap membawa pulang kucing itu selepas mereka datang ke penjara tersebut.

"Kami berasa amat terkejut dengan taktik baharu banduan itu yang melatih haiwan supaya ia datang semula ke penjara dan membawa barang-barang," katanya. - Agensi






Saturday, January 5, 2013

Tuna 'bluefin' dibida RM5 juta, catat rekod di Jepun

ikan tuna

TOKYO - Jepun hari ini mencatatkan rekod apabila seekor ikan tuna 'bluefin' dijual pada harga 155 juta yen (RM5.1 juta) iaitu hampir tiga kali ganda berbanding harga tahun lalu.

Secara tradisi harga yang tinggi menandakan kadar permulaan tahun.

Malah harga yang dibida hari ini disifatkan sebagai "agak mahal" oleh pemilik restoran sushi, Kiyoshi Kimura yang turut membayar harga yang tinggi tahun lalu.

Harga RM5.1 juta itu dibayar bagi tuna seberat 222 kilogram (kg), yang ditangkap timur laut. Ia 47kg lebih ringan berbanding harga paling tinggi dibayar tahun lalu.

Harga tinggi tahun lalu ialah 56 juta yen.

Bagaimanapun harga tidak digambarkan oleh kualiti ataupun saiz ikan, sebaliknya lebih dikaitka dengan publisiti dan ramalan suasana perniagaan satu-satu tahun.

Ikan dilelong di pasar Tsukiji, yang memperdagangkan produk bernilai jutaan ringgit dan lokasi popular bagi pelancongan bermula pada jam 5 pagi waktu tempatan.

Sebaik sahaja membida harga tertinggi, Kimura menghantar tuna itu ke restorannya, Sushi Zanmai, yang terletak tidak jauh dari pasar.

Laporan media memetik beliau sebagai berkata, beliau mahu "menggalakkan rakyat Jepun" menerusi bidaannya.

Tuna itu dijual AS$7,600kg (RM22,800kg).

Potongan terbaik tuna 'bluefin' yang dikenali sebagai "o-toro" boleh dijual sehingga 2,000 yen (RM70).