Friday, April 15, 2011

Produk tiada Sijil Radioaktif dilarang masuk

ANTARA produk makanan dari Jepun yang dijual di Malaysia. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kesemua produk makanan yang diimport dari Jepun tidak akan dibenar dibawa masuk ke negara ini sekiranya tidak mempunyai Sijil Radioaktif yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten Jepun.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, arahan itu berkuat kuasa semalam dan telah dimaklumkan kepada kerajaan Jepun menerusi Pengarah Keselamatan Makanan.
“Sejak 10 hingga 12 Mac lepas, kita hanya menjalankan pemeriksaan sendiri untuk mengawal produk yang masuk dari negara Jepun. Kita sudah beri tempoh hampir sebulan dan kini sudah tiba masanya untuk mereka melaksanakan Sijil Radioaktif.
“Kalau tidak ada sijil berkenaan, mereka tidak boleh bawa masuk produk makanan ke Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Karnival Yuan 2011 di Bandar Utama di sini semalam.
Tiong Lai berkata, menjadi tanggungjawab kerajaan Jepun memastikan produk makanan yang hendak dieksport bebas daripada bahan radioaktif dan selamat untuk digunakan oleh masyarakat di negara lain.


No comments:

Post a Comment