Saturday, September 17, 2011

Yuna Dilantik Sebagai Duta Produk Olay.

masa pelancaran Yuna duta baru Olay
 
Pernah dilantik sebagai duta produk Canon, nampaknya rezeki sekali lagi memihak kepada Yuna apabila dia dilantik sebagai duta produk penjagaan kulit,Olay.

Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble, Ellie Xie berkata, Yuna dipilih sebagai duta jenama Olay kerana mereka merasakan penyanyi berbakat ini adalah seorang pengguna yang tahu akan kriteria & keistimewaan produk Olay.

“Yuna juga berada di dalam lingkungan umur yang tepat di mana kebanyakan wanita yang berumur sekitar 25-an adalah lebih terbuka dengan penjagaan kulit, melawan kesan penuaan. Menurut laporan Olay Beauty, 65% daripada wanita yang terlibat dalam kaji selidik telah mengalami tanda awal kesan penuaan, namun kebanyakan daripada mereka (85%) tidak menyedari kesan penuaan tersebut.

“Tambahan lagi, Yuna mencerminkan imej wanita Olay – seorang wanita yang mempunyai peribadi, yakin diri dan proaktif,” ujar Ellie menerusi lampiran siaran media kepada OHBULAN!

Yuna, mengakui dia mengalami kesan penuaan apabila mencecah umur 21. Katanya, kesan lingkaran gelap bawah mata, kedutan dan tona warna yang tidak sekata mula kelihatan ketika mencecah umur tersebut.

“Kebanyakan wanita Asia teruja dengan produk pemutihan sehingga terlupa bahawa kulit memerlukan pelembab, pelindung sinar UV dan pemakanan yang sihat agar kulit tampil cantik. Dan, produk Olay Total Effects mengandungi ramuan yang mampu melawan 7 tanda penuaan dalam sebiji botol,” tambah Yuna lagi.

No comments:

Post a Comment