Thursday, January 26, 2012

Mual seluar dalam superman

 


Inilah rupanya seluar dalam Sauperman 



 JOHOR BAHRU: Penduduk beberapa kawasan perumahan di sekitar Tampoi, di sini, kurang senang dengan ‘penularan’ iklan produk dinamakan Seluar Dalam Superman (SDS) yang kononnya mampu merawat masalah tenaga batin lelaki.

Ini berikutan kawasan perumahan mereka menjadi sasaran ejen jualan SDS mempromosikan produk berkenaan menerusi iklan yang ditampal di merata tempat.

SDS yang dikatakan dilengkapi magnet kononnya boleh merawat masalah lemah tenaga batin serta mampu mengubah saiz kemaluan penggunanya dan ia dijual dengan harga antara RM350 dan RM900 setiap satu.

Seorang pesara, Mohd Ilham Samudin berkata, dia terkejut apabila iklan seluar dalam menggunakan nama Superman itu ditampal di tempat awam hingga memalukan selain mencemarkan pemandangan.

“Bagi saya iklan itu bukan saja mencacatkan pemandangan, malah boleh mengakibatkan pelbagai pengaruh buruk di kalangan masyarakat.

“Mungkin peminat Superman terutama lelaki, mudah terpedaya hingga sanggup membelanjakan ribuan ringgit bagi mendapatkan seluar dalam itu dengan anggapan mendapat kuasa luar biasa,” katanya yang tinggal di Taman Bahagia, Tampoi.



2 comments:

  1. hahaha... iklan mcm ni pon ada.. kreatif sungguh diorng nih..

    ReplyDelete
  2. emm...macam2 cara pengiklan gunakan untuk lariskan barangan jualan mereka

    ReplyDelete