Sangat
 mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah  Indonesia 
berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang  mengaku 
salah mencuri ubi kayu.
Di
 ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak  
pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu
  merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya  
kelaparan. 
Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap  
dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek
 itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi  hakimnya, 
membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1  juta ke
 topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang  mahkamah.
‘Saya
 atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap  orang yang 
hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang  RM17), 
kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan  
sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semua hasilnya kepada yang tertuduh”
sebelum
 tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang  sebanyak Rp 
3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk  membayar 
dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan  terharu 
dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar  oleh 
pengurus ladang yang mendakwanya.
No comments:
Post a Comment