Donald dan isterinya mula mengenakan pakaian sedondon sejak 1980 sebagai cara untuk menunjukkan 'kami sehati dan sejiwa'.
MASSACHUSETTS - Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan bahagia dan rumah tangga harmoni serta serasi bersama.
Dipetik MailOnline, begitu juga dengan Donald Featherstone, 77, dan isterinya Nancy, 60, dari Fitchburg yang mendedahkan rahsia kebahagiaan mereka sejak lebih tiga dekad lalu.
Menurut pasangan itu, mereka akan memastikan corak pakaian yang dikenakan adalah sama pada setiap hari.
Difahamkan, mereka mempunyai kira-kira 600 baju ditempah khas dan turut memadankannya dengan aksesori sedondon.
"Kami mula menyukai konsep ini sejak pertama kali menghasilkan baju serupa 33 tahun lalu.
"Walaupun kadangkala terpaksa berjauhan, kami akan memastikan gaya sama dikekalkan," kata Nancy.
Kisah cinta pasangan itu bermula pada Ogos 1975 selepas bertemu dalam satu persidangan di Chicago dan akhirnya melangsungkan perkahwinan 23 Julai 1976. -
No comments:
Post a Comment