Seperti tidak menyangka berita baik muncul juga dimana kumpulan The
Cranberries yang cukup terkenal sekitar tahun 90-han bakal mengadakan
persembahan di Kuala Lumpur.
Kumpulan berasal dari Ireland yang dianggotai oleh Noel Hogan, Michael
Hogan, Fergal Lawler, dan juga Dolores O'Riordan ini bakal turun ke
Malaysia pada 4 April bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Ditubuhkan pada tahun 1989, mereka berempat aktif sehingga tahun 2003,
dan kemudian berehat seketika mengambil haluan masing-masing.
Tahun 2009 menyaksikan mereka kembali bergabung dan aktif semula dengan
mengadakan konsert untuk para peminat mereka. Sehingga kini mereka telah
menghasilkan 6 buah album dimana album terbaru mereka berjudul "Roses"
baru sahaja dilancarkan tahun ini. Apa yang pasti, mereka masih
mengekalkan genre dan identiti asal mereka walaupun kali terakhir mereka
menghasilkan album ialah pada tahun 2001 yang berjudul "Wake Up &
Smell The Coffee".
Untuk keterangan lanjut anda boleh layari DISINI
No comments:
Post a Comment