Saturday, June 8, 2013

Henti jual Tapioca Starch Pearls

MINUMAN Bubble Tea turut menggunakan produk Tapioca Starch Pearls. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengarahkan pengedar Tapioca Starch Pearls yang diimport dari syarikat Wang Tai di Taiwan menarik balik produk makanan tersebut dari pasaran negara ini dan melupuskannya kerana mengandungi asid maleik yang boleh merosakkan buah pinggang.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu, Noraini Mohd. Othman berkata, sehingga kini sebanyak 66 sampel produk makanan yang merangkumi tapioca balls atau tapioca pearls, mi dan mihun kering serta tapioca starch yang diambil di pasaran tempatan telah dianalisis.

Beliau berkata, keputusan analisis menunjukkan 65 sampel didapati tidak mengandungi asid tersebut.

“Bagaimanapun, pengguna yang telah memakan produk tersebut sebelum ini tidak perlu bimbang kerana pengambilan asid maleik sekali sekala pada paras rendah tidak memudaratkan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment