Sunday, June 23, 2013

Senarai sekolah2 yang ditutup esok akibat jerebu





Jerebu: 61 sekolah di PD tutup

SEREMBAN - Sebanyak 61 buah sekolah membabitkan seramai 24,052 pelajar di daerah Port Dickson di sini ditutup esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemberita memaklumkan telah mengarahkan semua sekolah di daerah itu yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup sehari mulai esok sehingga dimaklumkan kemudian.

Tindakan segera itu berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan mencecah 304 iaitu tahap bahaya selepas dicacatkan kira-kira pukul 9 malam tadi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Kalsom Khalid ketika dihubungi berkata, semua sekolah di Port Dickson telah dimaklumkan berhubung perkara itu selepas menerima laporan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri.

"Kira-kira pukul 8.30 malam JAS memaklum bacaan IPU direkodkan pada 296 dan pukul 9 malam naik sehingga 304.

"Kita telah memaklum kepada 61 buah sekolah melibatkan 24,052 pelajar ditutup selaras dengan selaras dengan arahan kementerian," katanya.

Pengarah JAS negeri, Charanpal Singh berkata, pihak akan memantau situasi jerebu dari semasa ke semasa.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti pembakaran terbuka ini boleh menghubungi talian 012-2295692 untuk tindakan lanjut.


Jerebu: 110 sekolah di Segamat diarah cuti esok

JOHOR BAHRU - Sebanyak 110 buah sekolah rendah dan menengah di Segamat diarahkan bercuti esok selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencapai tahap berbahaya 400.

Pengarah Pelajaran negeri, Mohd Nor A Ghani berkata, arahan itu membabitkan 39,681 pelajar dan 3,418 guru.

Arahan bercuti sejak Jumaat lalu bagi 117 sekolah di Kluang dan 175 sekolah di Batu Pahat yang membabitkan 134,872 pelajar masih belum ditarik balik, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Arahan itu turut dipanjangkan kepada 171 sekolah kebangsaan dan 40 sekolah menengah di daerah Muar dan Ledang, membabitkan 76,400 pelajar serta 6,846 guru berikutan pengisytiharan darurat akibat jerebu di kawasan berkenaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. - Bernama


Jerebu: Semua sekolah di KL dan Selangor ditutup esok

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diarah tutup esok seperti yang dinasihatkan oleh Perdana Menteri, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

Katanya, beliau akan meminta Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh untuk mengambil langkah sepatutnya.

“Keadaan jerebu semakin buruk sehingga pukul 5 petang tadi dan semua sekolah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga kerana dikhuatiri memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar,” katanya dalam satu kenyataan. - Bernama



Jerebu: Semua sekolah di KL dan Selangor ditutup esok


KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diarah tutup esok seperti yang dinasihatkan oleh Perdana Menteri, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

Katanya, beliau akan meminta Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh untuk mengambil langkah sepatutnya.

“Keadaan jerebu semakin buruk sehingga pukul 5 petang tadi dan semua sekolah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga kerana dikhuatiri memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar,” katanya dalam satu kenyataan. - Bernama


Jerebu: 313 sekolah di Melaka ditutup

MELAKA - Kesemua 313 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh Melaka diarah tutup bermula esok ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap bahaya.

Selain itu, institusi prasekolah termasuk Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta turut diarah tutup.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron berkata kesemua institusi itu hanya akan dibuka semula sekiranya IPU menurun ke tahap sihat untuk aktiviti luar.

"Kita baru sahaja dimaklumkan mengenai penutupan sekolah ini oleh Kementerian Pendidikan dan semua sekolah itu akan dibuka semula apabila diberitahu kelak," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya IPU di Bandaraya Melaka pada 2 petang mencatatkan bacaan 397 manakala Bukit Rambai 456.

Idris berkata kerajaan negeri juga menyerahkan tambahan 25,000 topeng muka kepada Jabatan Pendidikan Melaka yang sebelum ini menerima jumlah sama.

Katanya setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) turut menerima 1,000 topeng muka untuk kegunaan orang ramai yang terpaksa keluar rumah untuk melakukan aktiviti harian.

Idris berkata seramai 1,500 orang dilaporkan mendapat rawatan berkaitan masalah pernafasan dan sakit mata semalam.

Beliau turut meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya melakukan teknik pembenihan awan di negeri itu bagi menyelesaikan keadaan jerebu yang semakin kritikal.

Di Kuantan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup bermula esok.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor kesihatan para pelajar ekoran IPU di Kuantan yang mencecah paras tidak sihat hari ini.

"Kalau kita tengok keadaan (jerebu) hari ini, memang teruk...jarak penglihatan pun makin kurang, nak bernafas pun sudah tidak selesa. Bayangkan kalau anak-anak kita ke sekolah esok, ini boleh membahayakan kesihatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, The Zenith Hotel dan Menara Zenith Putra Square, di sini hari ini oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Menurut laman web JAS setakat 11 pagi ini IPU dua kawasan di Kuantan dilaporkan mencatat bacaan tidak sihat iaitu Balok Baru 149 dan Indera Mahkota.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Ismail berkata arahan penutupan itu membabitkan 120 sekolah menengah dan rendah di daerah ini.

"Sebelum ini pun kita sudah keluarkan arahan kepada semua sekolah supaya tidak melakukan sebarang aktiviti kokurikulum," katanya.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan juga mengingatkan semua guru besar dan pengetua mengikuti garis panduan dikeluarkan sebelum ini, bagi menangani sebarang masalah jika jerebu melanda negara. - Bernama



sumber

No comments:

Post a Comment