Friday, February 17, 2012

Anak patung Putera William, Kate

 

 LONDON - Sebuah syarikat pengeluar anak patung Barbie Amerika Syarikat (AS), Mattel mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan sepasang anak patung pada April depan sempena ulang tahun pertama perkahwinan Putera William dan isterinya Kate Middleton.

Set anak patung itu akan turut dipakaikan persalinan gaun perkahwinan sama seperti di majlis mereka yang berlangsung di Westminster Abbey.

Harga bagi setiap set anak patung tersebut dianggarkan mencecah $100 (RM304) dan mereka yang berminat boleh membuat tempahan awal.


No comments:

Post a Comment