RALEIHG - Penyelidik dari Pusat Teknologi Nano dan Molekul di Universiti
Wake Forest telah membangunkan ciptaan sejenis fabrik yang boleh
menyerap haba badan lalu menukarkannya kepada kuasa elektrik untuk
digunakan sebagai pengecas telefon pintar, iPhone atau komputer riba.
Dengan hanya menggunakan sentuhan jari, Power Felt boleh mengalirkan kuasa dengan sendiri untuk mengecas alat elektronik.
Ia berfungsi apabila fabrik itu mengesan perubahan suhu dan haba dari
tubuh si pemakai yang kemudiannya akan menghasilkan elektron.
Salah seorang penyelidik, Corey Hewitt berkata, Power Felt mungkin
boleh dijadikan sebagai salah satu alat kelengkapan kecemasan pada masa
hadapan.
“Selagi tubuh manusia mengeluarkan haba, ia akan menghasilkan voltan secara berterusan,” menurutnya.
No comments:
Post a Comment