MARANG – Sebelum ini, keluarga Mazlan Ali, 56, di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan di sini menggemparkan penduduk selepas mereka mendakwa diganggu makhluk halus yang rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Kini, selepas hampir dua bulan cerita itu senyap daripada bualan umum, keluarga Mazlan mengalami satu lagi kejadian aneh.
Anaknya, Masliana, 32, mendakwa, dia mampu melihat makhluk halus dan mengesan penyakit pada badan seseorang yang berpunca daripada gangguan atau kehadiran makhluk halus.
Anak kedua Mazlan itu berkata, walaupun mereka sekeluarga bersyukur apabila tidak lagi diganggu, malah tiada lagi tangisan anak kecil di tengah malam, namun dia pula mengalami kejadian pelik selepas gangguan itu.
Perkara itu disedari Masliana yang juga ibu tunggal empat anak kira-kira seminggu lalu selepas dia pergi melawat seorang rakannya yang jatuh sakit, dikenali sebagai Kak Nor di Kampung Mak Kemas, Bukit Payong.
Kata Masliana, dia ke rumah Kak Nor selepas mendapat tahu rakannya itu mengalami masalah mulut kejang dan sering jatuh sakit belakangan ini.
Rasa ada orang lain dalam tubuh sendiri
“SEBAIK tiba di rumahnya, hati saya berdebar-debar. Malah, apabila berada di sisinya badan saya terasa seram sejuk dan menggeletar.
“Ketika saya menyentuh kakinya pula, saya terus menangis, secara spontan saya memberitahu bahawa dia terkena buatan orang,” katanya.
Masliana berkata, tingkah lakunya juga agak pelik dan ia seolah-olah di luar kawalan.
“Saya rasa seperti ada orang lain dalam tubuh saya.
“Paling mengejutkan, pada malam hari sama saya lihat lembaga berbungkus di luar rumah,” katanya.
Masliana berkata demi-kian ketika ditemui Sinar Harian pada majlis kenduri doa selamat dan aqiqah anak saudaranya, Nurul Badriah Mohd Syawal, empat bulan.
Majlis diadakan di rumah adiknya, Mohd Syawal, 23, selepas solat Jumaat, di sini, petang kelmarin.
Anggap ujian ALLAH SWT
MENGULAS lanjut mengenai lembaga misteri berbungkus dilihatnya itu, Masliana berkata, kelibat makhluk misteri yang dipercayai mengikutnya dari Kampung Mak Kemas itu akhirnya menghilangkan diri dalam kepekatan malam.
Makhluk dikatakan Masliana hantu pocong itu juga tidak lagi kelihatan sehingga kini.
Justeru, Masliana me-nggagap ia hanya ujian ALLAH SWT, termasuk kelebihan baru pada dirinya iaitu dapat mengesan kehadi-ran makhluk halus pada tubuh badan seseorang.
“Mungkin makhluk halus itu menunjukkan dirinya sebagai amaran agar saya tidak membantu dan memberitahu keadaan sebenar Kak Nor.
“Mungkin juga ini semua berlaku secara kebetulan kerana gangguan tidak lagi berlaku selepas hantu Kak Limah ditangkap,” katanya enggan mengulas kelebihannya yang mampu mengesan penyakit berpunca daripada gangguan makhluk halus itu.
Katanya, dia juga me-nganggap kelebihan itu kesan daripada pengalaman dilalui sepanjang tempoh diganggu hantu Kak Limah sebelum ini.
Tidak lagi diganggu
NOVEMBER lalu, keluarga ini hidup dalam keadaan tertekan selepas diganggu lembaga wanita misteri berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik.
Namun, gangguan itu berakhir selepas pengamal perubatan dari Selangor datang menawarkan khidmatnya untuk menangkap jin yang dikatakan mengganggu keluarga terbabit.
Kini, menurut Masliana, misteri hantu Kak Limah tidak lagi mengganggu keluarganya, malah anak kecil yang tinggal di kawasan rumah keluarganya tidak lagi menangis pada waktu malam seperti yang berlaku sepanjang November hingga Disember tahun lalu.
“Ia termasuk makhluk berbungkus yang saya lihat lebih kurang seminggu lalu itu.
“Makhluk itu juga tidak lagi muncul dan saya anggap semua itu sebagai ujian Tuhan terhadap saya dan berharap keadaan itu tidak berpanja-ngan,” katanya.
Syukur semuanya berakhir
BAPANYA, Mazlan juga masih tinggal bersama lima daripada lapan anaknya di kawasan seluas kurang satu hektar.
Mereka sekeluarga tinggal berasingan bersama keluarga masing-masing di lima rumah di atas tanah milik ketua keluarga itu.
Sementara itu, adik Masliana, Mohd Syawal ketika ditemui, mengucapkan terima kasih di atas segala pertolongan semua pihak dalam mengatasi masalah gangguan hantu Kak Limah sebelum ini dan berharap keadaan aman itu terus kekal.
“Kini, keluarga termasuk bapa kami (Mazlan) bersyukur apabila semuanya sudah berakhir,” katanya.
No comments:
Post a Comment