Thursday, April 5, 2012

PETRONAS memperkenalkan perkhidmatan penghantaran gas kerumah


PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memperkenalkan perkhidmatan terbarunya dikenali sebagai Servis Penghantaran Gas Petronas ke Rumah (GPHD) dengan jaminan penghantaran dalam tempoh sejam.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amir Hamzah Azizan berkata, perkhidmatan itu berbeza dengan penghantaran gas ditawarkan pihak lain kerana ia memberi peluang kepada pelanggan mengumpul mata ganjaran Kad Mesra.

“Bersesuaian dengan moto Bukan Sekadar Menghantar Gas, kami turut menawarkan perkhidmatan pemeriksaan injap kompak, hos, regulator dan penyambung silinder bagi memastikan ia dipasang dalam keadaan baik,” katanya selepas pelancaran servis berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.


Menurutnya, pelanggan yang ingin membuat pesanan gas silinder bersaiz 12 atau 14 kilogram boleh menghubungi talian 1-300-888-GAS (427) dengan waktu operasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

“Kami akan menentukan ejen jualan gas terdekat dengan kediaman pelanggan dan caj penghantaran minimum akan dikenakan iaitu sekitar RM2.40 dan RM3,” katanya sambil menambah perkhidmatan itu boleh didapati sekitar Lembah Klang, bandar utama di Selangor dan ibu negeri di seluruh Malaysia.

Untuk keterangan lanjut anda boleh layari  DISINI




1 comment:

  1. harga se tong gas berapa dan berapakah caj keseluruhan ini kerana saya duduk di cheras area shamelin

    ReplyDelete