Monday, May 2, 2011

LONDON - Pihak berkuasa kesihatan Britain akan membina perhentian bas baru yang mengeluarkan bunyi batuk berkahak perokok apabila orang ramai mendekatinya, lapor sebuah akhbar semalam. Perhentian bas itu yang menelan belanja £1,200 sebuah (RM5,939), dilengkapi cip sensor yang dapat mengesan kehadiran manusia seterusnya mengeluarkan bunyi manusia sedang batuk. Setakat ini, sebanyak 15 buah kemudahan itu telah dibina dalam fasa percubaan di seluruh Britain, terutamanya di kawasan yang banyak mencatatkan kes kanser paru-paru. Pembinaannya merupakan sebahagian kempen antimerokok di negara itu bagi menggalakkan perokok yang mengalami batuk berpanjangan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan. "Tempat perhentian bas unik ini merupakan kempen iklan kesihatan baru yang dapat menarik perhatian orang ramai," kata seorang pegawai kesihatan, Dr. Phil Sawyer.

GUNUNG BERAPI Tungurahua menghamburkan batu berapi ketika meletus

QUITO - Gunung berapi Tungurahua di Ecuador menghamburkan batu berapi sebesar lori sejauh lebih satu kilometer dalam satu letusan kuat yang menyebabkan lebih 300 penduduk lari meninggalkan rumah mereka, demikian menurut pihak berkuasa.
Sekolah-sekolah ditutup untuk hari ketiga berturut-turut semalam selepas awan debu melitupi berpuluh-puluh pekan sekitar gunung berapi setinggi 5023.1 meter itu yangterletak sekitar 134 kilometer dari ibu kota Equadaor di sini.
"Batu paling kecil sebesar kereta, manakala yang terbesar menyamai saiz sebuah lori," kata seorang saintis, Silvana Hidalgo yang memantau gunung berapi itu. 

No comments:

Post a Comment