Sunday, October 14, 2012

Pengguna online perlu pastikan logo PUIM elak penipuan



PUTRAJAYA - Pengguna yang ingin membeli-belah secara online dinasihatkan supaya melakukan pembelian melalui laman web yang mempunyai logo Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) bagi mengelak sebarang penipuan atau kerugian.

Presiden PUIM, Mohd. Azrul Mohd. Nor berkata nombor siri dan logo PUIM merupakan bukti bahawa status seseorang usahawan Internet telah disahkan oleh pihak persatuan dimana hak pengguna dapat dilindungi.

"Buat masa ini sejumlah 130 syarikat atau perusahaan yang melakukan jualan di internet telah mendapat logo PUIM.

"Sekiranya pelanggan berdepan dengan penipuan atau sebarang masalah perkhidmatan, mereka boleh menyemak melalui PUIM dan kita akan dapat menghubungi usahawan tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan Usahawan Internet, di sini hari ini.

Sementera itu, beliau berkata laman sosial seperti facebook berjaya melahirkan ramai peniaga dan usahawan baru, selain membantu mengembangkan perniagaan mereka.

Menurutnya, kebanyakan peniaga kecil-kecilan yang berniaga melalui Internet menyasar kepada pelanggan wanita dengan menjual produk kecantikan dan kosmetik, tudung dan pakaian wanita. - Bernama

No comments:

Post a Comment