Saturday, October 27, 2012

Saintis cipta sarung tangan pintar



HUNTSVILLE, Alabama 27 Okt. - Sekumpulan saintis sebuah universiti di sini mencipta sejenis sarung tangan yang membolehkan pengguna telefon pintar menaip mesej dengan menekan huruf yang terdapat pada sarung tangan tersebut.

Ciptaan itu, Gountlet Keyboard yang dihasilkan oleh empat jurutera komputer Universiti Alabama, diilhamkan daripada filem Minority Report lakonan Tom Cruise yang disiarkan pada 2002.

Seorang daripada pereka cipta tersebut, Jiake Liu berkata, dengan sarung tangan itu, pengguna boleh menggunakan ibu jari mereka untuk menyentuh huruf yang terdapat pada jari dan tapak tangan mereka tanpa perlu menggunakan papan kekunci atau skrin sentuh pada alatan elektronik mereka.

Katanya, fungsi space dan enter turut dimasukkan dalam sarung tangan terbabit yang dihubungkan melalui Bluetooth.

"Gauntlet Keyboard boleh berfungsi dengan komputer, telefon pintar, alat kawalan permainan video, alat muzik dan peralatan tentera.

"Ciptaan ini juga boleh digunakan sebagai papan kekunci kepada penguna yang cacat sebelah tangan atau kekurangan jari," katanya. - AGENSI




No comments:

Post a Comment