Monday, October 8, 2012

Remaja Terpaksa Dibuang Usus

Remaja

Britain – Seorang remaja terpaksa menjalani pembedahan membuang ususnya selepas dia minum koktel yang dicampurkan dengan nitrogen, ketika meraikan hari jadinya yang ke-18 di sebuah bar.

Tindakan itu bagi menyelamatkan nyawanya selepas doktor mendapati ususnya remaja tersebut telah berlubang.

Gaby Scanlon, yang meraikan hari jadinya di sebuah bar di Lancaster dibawa ke hospital tentera selepas menghadapi masalah pernafasan dan mengadu sakit perut.

Keadaan Scanlon kini masih serius, namun dia berada dalam keadaan stabil.

Minuman tersebut dijual di bar berkenaan dan dikenali sebagai Pornstar Martini, yang dihasilkan dengan mencampurkan nitrogen.

Cecair nitrogen berkenaan sering digunakan untuk menyejukkan makanan dan minuman dengan menghasilkan wap air.

Teknik berkenaan dipopularkan oleh chef Heston Blumenthal di dalam televisyen, namun ia hanya digunakan untuk menyejukkan gelas sahaja.

Jika ditelan, cecair nitrogen itu boleh menyebabkan mulut, tekak atau perut menjadi beku, menyebabkan ia melecur, sekali gus merosakkan tisu dalam badan.

Ia juga boleh mendidih dalam perut dan menghasilkan pemeluwapan wap air, hingga merosakkan sistem organ dalam badan.

Dalam pada itu, polis memaklumkan, pemilik bar berkenaan telah berhenti menjual minuman yang dicampurkan dengan cecair nitrogen itu selepas kejadian tersebut.

“Premis berkenaan telah memberikan kerjasama penuh dalam siasatan yang dijalankan.

“Kita juga telah mengambil keterangan daripada beberapa saksi semasa kejadian berkenaan,’’ kata polis




No comments:

Post a Comment