Saturday, March 3, 2012

Wajah seperti bola selepas warna rambut

 


Seorang wanita muda yang gemarkan gaya wajah baru mengalami kecacatan penglihatan buat sementara waktu dan dirawat di hospital selama tiga hari ekoran tindak balas pewarna rambut yang dibelinya di pasar raya.

Wajah Carmen Rowe membengkak seperti “bola” selepas menggunakan pewarna rambut hitam Clairol “Nice n Easy” yang dibelinya di sebuah pasar raya tempatan di Asda.
Dia dimasukkan ke Hospital Morriston Swansea keesokan harinya selepas mengalami wajah bengkak menyebabkan dia tidak dapat melihat.
Bagaimanapun, wanita berusia 25 tahun itu berkata, dia menjalankan ujian pada kulit 48 jam sebelum menggunakan pewarna itu tanpa menghadapi sebarang masalah dan telah mewarnakan rambutnya sejak dia berusia 13 tahun.

Carmen akhirnya dibenarkan keluar dari hospital selepas tiga hari rawatan apabila bengkak di wajahnya surut dengan pengambilan steroid dan antibiotik.
Namun, dia dimasukkan semula ke hospital sebanyak empat kali bulan seterusnya selepas mengalami sakit dan bengkak di wajahnya. Doktor akhirnya mengesan tindak balas alahan terhadap Paraphenylenediamine di dalam pewarna rambut itu.

No comments:

Post a Comment