Friday, March 9, 2012

Lelaki 'Batman' bantu orang ramai

 
 GAMBAR menunjukkan bilik tidur Zoltan Kohari. 

 DUNAJSKA STREDA, Slovakia - Seorang lelaki yang memakai kostum mirip Batman disanjung sebagai wira kerana dia kerap membantu orang ramai.

Batman merupakan watak adiwira dalam siri komik di Amerika Syarikat dan filem keluaran Hollywood.

Lelaki itu, Zoltan Kohari tinggal di dalam sebuah bangunan terbiar di sini, 55 kilometer ke selatan bandar raya Bratislava.

Kohari yang berusia 26 tahun itu hidup bersendirian tanpa kemudahan asas seperti air, elektrik dan alat pemanas.

Dia yang hidup dalam kemiskinan akan memperoleh bekalan makanan dan minuman daripada orang ramai yang pernah dibantunya.

Walaupun belum pernah menentang penjahat, Kohari memberitahu, dia percaya pada keadilan dan berharap dapat membantu pihak polis bagi memerangi jenayah. - Agensi


No comments:

Post a Comment