Pertama kali Honda Jazz Hibrid diperkenalkan secara global adalah ketika
Paris Motor Show 2010. Telah pun berada di pasaran negara sejak
pengenalannya minggu lalu, Honda Jazz hibrid ditawarkan pada harga
RM94,800 (dengan insurans).
Harga itu menjadikan Jazz sebagai model hibrid paling murah dalam pasaran negara ketika ini. Menggunakan gabungan enjin 1.3 liter (L) i-Vtec dan Sistem Bantuan Motor Bersepadu (IMA), Jazz Hibrid dikatakan mampu memberi kilas pada tahap rpm yang lebih rendah, cekap minyak dan rendah emisi.
Dilengkapi dengan motor elektrik dan bateri, Jazz Hibrid lebih berat kira-kira 70 kilogram berbanding Jazz 1.5L biasa tetapi tahap penggunaan bahan apinya lebih jimat kira-kira 25 peratus. Penjimatan itu disumbang melalui rekaan badan yang aerodinamik, tayar dan brek yang mempunyai kurang rintangan serta angkup seretan rendah yang dipasang pada bahagian belakang.
Menurut Ketua Projek Menyeluruh Jazz Hibrid Serba Baru, Shingo Nagamine, tangki minyak diletakkan di bahagian tengah, enjin dan motor elektrik di bahagian hadapan sementara unit IPU iaitu inverter dan bateri diletakkan di belakang.
“Unit IPU dilengkapi salur udara yang diletakkan di dalam kenderaan bagi mengelakkannya terdedah dan telah diuji di Thailand di mana cuaca yang sama dengan Malaysia dan tiada isu berkaitan kelembapan bateri dan selamat digunakan.
“Malah, bahagian suspensi belakang turut menerima peningkatan bagi menampung berat bateri dan inverter,” katanya.
Oleh kerana kedudukan bateri yang diletakkan di bahagian bawah lantai but, isu banjir juga perlu diambil kira. Mengulas tentang itu, Shingo berkata ia dilindungi dari air, maka tidak akan mendatangkan sebarang masalah.
"Walau bagaimanapun, jika paras air mencapai lebih tinggi daripada casis, maka ada kemungkinan bahawa air mungkin meresap ke dalam bateri dan menyebabkan ia rosak. Sekiranya itu berlaku, bekalan bateri secara automatik akan terputus untuk mengelak sebarang kejutan elektrik," katanya.
Selain itu, Honda Jazz juga tidak didatangkan dengan tayar ganti kerana ruang lantai bawah but yang kini diduduki oleh bateri sebaliknya ia digantikan dengan kit kecemasan. Bagi meningkatkan pengalaman memandu di bandar, volum bantuan motor ditala ketika ia dihidupkan dan mula bergerak. Sebagai tambahan, mod pemanduan ECON ditetapkan bagi memberikan pemanduan pada kelajuan rendah menjadi lebih lancar.
Turut ditambah adalah fungsi Eco Assist bagi membantu pemandu memperoleh penjimatan maksimum daripada kereta mereka dalam pemanduan setiap hari. Fungsi itu juga menawarkan pengguna maklum balas pada masa sebenar bahawa cara mereka menekan brek dan pendikit memberi kesan ke atas penjimatan minyak dan alam sekitar.
Dari segi ruang, Jazz mengekalkan kawasan but normal (atas lantai) dengan kapasiti 300 liter dan membolehkan tempat duduk Ultra Seat dilipat sama seperti versi Jazz bukan hibrid yang memberikan ruang kargo kepada 846 liter.
Dari segi keselamatan, ia dilengkapi enam beg udara, struktur badan G-CON, Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Pemula Atas Bukit (HSA), ABS, EBD dan BA. Untuk ketenangan fikiran, Honda Malaysia Sdn Bhd menawarkan jaminan pek bateri sistem hibrid selama tempoh 5 tahun atau 140,000 kilometer jarak perbatuan yang mana terdahulu.
Keterangan lebih lanjut anda boleh layari disini hybrid.honda.com.my

No comments:
Post a Comment