SHAH ALAM - Sejauh manakah ketulenan air zamzam yang dijual di negara
kita? Adakah ia asli seperti mana air itu diperoleh dari telaga asalnya
di Tanah Suci Makkah ataupun hanya air biasa yang dibotolkan dan
dilabelkan sebagai air zamzam.
Mungkin kerana air ini mempunyai permintaan tinggi, kita tidak pernah
terfikir lambakan jenama air zamzam yang bebas dijual pasar raya atau
kedai runcit, kedai jual ubat tradisional dan kitab agama itu,
sebenarnya tidak tulen.
Lantaran itu, Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini melarang keras
penjualan air zamzam secara meluas di pasaran dunia berikutan terdapat
laporan penipuan melibatkan penjualan air berkenaan di beberapa negara
Islam.
Sinar Harian mengupas isu ini sebagai panduan kepada umat Islam agar tidak terkeliru dan menjadi mangsa apabila air yang dijual tidak asli.
No comments:
Post a Comment