LONDON - Jumlah wanita melahirkan bayi dengan berat lebih lima kilogram
dilaporkan telah meningkat kepada 50 peratus sejak empat tahun lalu di
Britain.
Mereka turut digelar sebagai bayi sumo kerana kelahiran itu telah
menambahkan lagi masalah kegemukan di negara tersebut kerana sesetengah
pakar berpendapat kononnya ibu obes sering melahirkan anak lebih berat.
Walaupun mereka dilahirkan sihat, pakar kesihatan tetap khuatir saiz
terlalu besar akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan bayi itu
apabila meningkat dewasa.
Pada bulan lalu, Elaine Martin, 32, melahirkan bayi perempuan terbesar di Ipswich diberi nama Niamh seberat enam kilogram.
No comments:
Post a Comment