Sangat
mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia
berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku
salah mencuri ubi kayu.
Di
ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak
pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu
merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya
kelaparan.
Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap
dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek
itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya,
membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke
topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya
atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang
hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17),
kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan
sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semua hasilnya kepada yang tertuduh”
sebelum
tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp
3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar
dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu
dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh
pengurus ladang yang mendakwanya.
No comments:
Post a Comment